Berapa banyak kos untuk pergi haji
secara muassasah. Tahun mama pergi ni kos untuk pergi haji secara muassasah
adalah sebanyak RM 9980.00. Bagi mereka yang kali pertama menunaikan haji
dengan cara muassasah ini TH memberikan subsidi sebanyak RM 6175.00. Oleh itu
jumlah keseluruhan kos sebenar adalah RM 16, 155.00. Bagi mereka yang telah
menunaikan haji kos yang perlu untuk pergi haji kali ke dua adalah RM
16,155.00.
Kos ini meliputi tambang pergi balik,
kos penginapan di Madinah, Mekah, Arafah, Mina serta kos perjalanan dari
Madinah ke Mekah, Mekah ke Arafah, Muzdalifah, Mina dan juga perjalanan dari
lapangan terbang ke hotel di Madinah dan dari Mekah ke lapangan terbang di
Jeddah. Selain daripada itu, kos ini juga meliputi kos bagi makan tengah hari
dan makan malam sepanjang di Mekah dan Madinah. Sarapan pagi tidak disediakan.
Namun begitu pihak TH menyediakan gula, teh, nescaffe dan krimer dalam bentuk
sachet serta cawan dan sudu untuk jemaah membuat air sendiri. Cerek air panas
ada dibekalkan di hotel tetapi air perlu dibeli kerana air dari paip air tidak
sesuai untuk digunakan sebagai air minuman walaupun di didihkan terlebih
dahulu. Manakala bagi makan dan minum di Arafah dan Mina pihak muassasah
menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.
Harga untuk roti canai( macm roti tisu aje) 2 keping dan 2 cawan air nescaffe berserta kari ni yan besar tu halia ya... daging hanya ada 3 potong kecik je... se inci tiap satu 15 rial ya....hu hu |
Roti ni murah je 1 rial ...besar dalam ada inti kurma.... memang kenyang bila makan ni |
Mama dan en hubby mengerjakan haji
tamatuk iaitu melakukan umrah dahulu dalam bulan haji dan selepas itu baru
melakukan ibadah haji. Bulan-bulan haji bermula dari 1 Syawal dan berakhir pada
10 Zulhijah…Jadi bagi haji tamatuk mama dikenakan dam seekor kambing (WAJIB)
dan dam ini dibayar dengan wang yang berjumlah RM 400.40 yang ditolak dari
akaun TH setiap seorang. Selain dari itu bagi yang ingin melakukan ibadah
korban TH juga menawarkan perkhidmatan ini dengan mengenakan bayaran sebanyak
RM 431.20( Terpulang kepada masing-masing nak buat atau tidak). Dam dan juga
korban ini tidak tetap setiap tahun. Jumlah yang dikenakan ini sentiasa
berubah-ubah dan ia akan dimaklumkan oleh pihak TH.
Selain dari itu, duit lain yang
diperlukan adalah untuk keperluan sarapan pagi dan juga makanan lain seperti
minum petang atau sebagainya. Makanan di Mekah dan Madinah agak mahal kecuali
roti ia sangat-sangat murah….tapi jemulah kan makan roti tiap pagi kan. Jadi
mama cadangkan perlu ada sekurang-kurangnya RM 1000.00 untuk tujuan ini bagi
sepanjang tempoh berada di sana. Bagi sesiapa yang memang dalam katogeri suka
makan perlu ada duit lebih lagi ya….
Sebanyak RM 500.00- RM 2000.00 lagi
perlu disediakan bagi persediaan untuk jemaah sekiranya tidak mampu untuk
mengerjakan kerja-kerja haji, ia boleh di upah untuk orang lain mengerjakan
ibadah tersebut seperti untuk menggunakan perkhidmatan kerusi roda bagi tawaf
dan saie. Harga upah ini berbeza-beza… waktu puncak musim haji upah boleh
melonjak ke RM 400-500 untuk tawaf atau saie. Selain dari itu upah untuk
melontar juga kalau tidak mampu untuk buat sendiri antara RM 200-RM 300 bagi
setiap hari.
Kos ini tidak termasuk kos untuk
shopping ya…. Kalau nak shopping tambahlah lagi duit tu ya…
Secara kasarnya kos untuk mengerjakan
haji secara muassasah pada tahun ini seseorang itu perlu ada duit simpanan TH
sebanyak RM 13,000.00. Kalau tambang meningkat pada tahun depan duit simpanan
dalam TH perlu ada RM15,000.00.
Ringkasnya:untuk seorang
Tambang RM 9980.00 (Haji 1435H)
Dam RM
400.00
Korban RM
431.00
Makan RM
1000.00
Lain-lain RM 2000.00 ( untuk persediaan sekiranya perlu
upah semasa melakukan pekerjaan haji)
Semasa di Mekah terdapat juga lawatan
yang di aturkan. Sekiranya berminat jemaah bolehlah mengikuti lawatan ini
dengan kos sendiri ya. Masa mama ini setiap lawatan dikenakan kos sebanyak RM
25.00 seorang. Mama ikut lawatan ni sebanyak 3 kali iaitu melawat sekitar
bandar Mekah, Lawatan Ke Hudaibiah dan Muzeum
dan yang terakhir lawatan ke Jabal Rahmah, Gua Hira’ (tidak naik ke atas
ya… hanya di bawah aje) Jabal Suur, Jabal Nuur dan juga Jaaranah.
Selepas mengerjakan umrah wajib,
jemaah boleh melakukan umrah sunat sendiri dengan berniat di miqat sama ada di
Tanaim, Jaaranah atau Hudaibiah. Biasanya jemaah akan pergi Tananim kerana
paling dekat. Kos tambang pergi dan balik naik van beramai-ramai sebanyak RM
10.00 seorang. Kalau naik teksi lebih mahal…Terpulanglah kepada jemaah berapa
kali nak melakukan umrah sunat ini.
Assalamualaikum, syukur dpt jumpa blog ni. Ibu ayah nak pegi haji tahun ini first time. Tak tahu sgt kos brp. so skrg dh boleh agak. cumanya nak tau, mcm mana cara nk upah kerusi roda? Pegawai TH yg carikan ke atau cari sendiri?
ReplyDeleteJazakalllahu khair
Assalamualaikum, syukur dpt jumpa blog ni. Ibu ayah nak pegi haji tahun ini first time. Tak tahu sgt kos brp. so skrg dh boleh agak. cumanya nak tau, mcm mana cara nk upah kerusi roda? Pegawai TH yg carikan ke atau cari sendiri?
ReplyDeleteJazakalllahu khair
walaikumussalam... kerusi roda tu kalau perlu sepanjang masa lebih baik bawa sendiri.. untuk memudahkan. Pihak TH juga boleh menguruskan pembelian kerusi roda di sana nanti. Tapi kalau perlu untuk waktu saie, ada banyak kerusi roda untuk sewa berserta orangyang akan meolak kerusi roda itu di tempat saie nanti... cuma harganya lah tu boleh melambung tinggi waktu puncak..Boleh juga pinjam dari kawan-kawan jika ada...
ReplyDelete