PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 18 November 2014

PERJALANAN HAJI 2014 BHG 3

Menyambung kembali cerita mengenai barang yang hendak di bawa....selain dari senarai yang disertakan sebelum ini, boleh lah bawa sedikit bekalan makanan seperti serunding daging/ayam, sambal bilis dan juga mee maggie. Ianya boleh menjadi penambah selera kalau dah jemu dengan makanan yang disediakan.

Sebenarnya jangan risau tentang pakaian,kasut ke selipar. Kalau tak cukup boleh beli di sana. Banyak kedai di sekitar tempat hotel tu ada jual jadi sediakan duit ya...

Bagi lelaki yang perlu di tambah ialah kain ikhram 2 pasang, kain pelikat yang tidak berjahit  satu atau 2 helai. Ianya akan digunakan semasa di Arafah dan Mina bagi memudahkan untuk ke toilet nanti. Tak perlulah stokin tangan tu ya... stokin untuk kaki bolehlah nak bawa dalam 3 pasang. Ianya boleh dipakai ketika tidak berikhram.

Bagi baju sejuk pula terpulanglah... tengok cuaca di sana. Masa mama pergi cuaca memang musim panas jadi baju sejuk tidak digunakan.





Gelang Haji ini mama terima dalam bulai Julai
Alhamdullilah mama memang teruja masa dapat gelang ni....
Lepas tu dapat surat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan pulak. Alhamdullilah semuanya selesai tanpa sebarang masalah. Injection bagi meningococal ditanggung oleh TH . Vaksin meningicoccal ini adalah mesti dan di ambil di Klinik Kesihatan Putrajaya. Kalau nak ambik di kinik swasta kena bayar sendiri. Selain dari vaksin meningococal ini Mama dan en hubby ambik 2 lagi vaksin iaitu pneomococal dan influanza. Vaksin ini adalah atas tanggunggan sendiri dan ianya tidak diwajibkan. Tapi mereka yang ada risiko tinggi seperti mereka yang mempunyai penyakit berkaitan paru-paru adalah sangat-sangat digalakna ambil vaksin ini.
Setelah itu barulah mama dan en hubby buat Pasport Antarabangsa Malaysia(PAM). Bagi yang dah selalu ke luar negara tak payah nak buat lagi. Mama dan en hubby tak pernah ke luar negara jadi inilah pertama kali kami buat PAM. Masa yang diperlukan tidak lama. Mama buat di Imigration Putrajaya 2 jam siap. Lepas buat tu passport kena serah kepada pihak TH yang kita berurusan dan kita akan dapat PAS ni apabila di Kelana Jaya.
Ni mama dan en hubby punya PAM seta buku kesihatan haji....tanda di petak kuning di buku kesihatan itu bermakna mama dan en hubby ada masalah kesihatan tapi terkawal dan layak untuk ke Tanah Suci... alhamdullilah

Lepas ni sambung lagi ya...





No comments:

Post a Comment