PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday 14 November 2014

HAJI SECARA MUASSASAH 2014

Menyambung bicara mengenai mama dan en hubby menjadi tetamu Allah. Kursus Perdana diadakan pertengahan syawal 9-10 Ogos 2014. Sebelum kursus perdana tu mama dan en hubby buat majlis kecil kenduri kesyukuran dan doa selamat. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar pada 17 Ogos 2014.

TH telah memberikan beberapa cenderamata tajaan dari pelbagai syarikat koperat. Ianya
amat berguna bagi jemaah.




 
beg  sandang ini diterima semasa di Kelana Jaya


Antara yang mama dan en hubby terima: beg hand luggage, toiletries, lampu picit, vitamin, sejadah, mask dan botol spray. Beg besar TH tidak sediakan maka mama dan en hubby beli beg yang murah je....

Yg purple tu mama punya la... yg satu lagi en hubby punya

Berdasarkan pengalaman mama, berikut adalah barang keperluan yang perlu di bawa bagi perempuan dulu ya:

1. Telekung 2 helai ( kain tak payah bawa) yang terbaik biarlah warna putih ya
2. Jubah 5
3. Seluar panjang untuk di pakai dalam jubah 3 helai 
4. Kain batik 
5. Baju tidur 2 
6. Selipar yang tahan lasak untuk berjalan dan ke tandas 1 pasang
7. Sarung lengan 5 pasang
8. Stokin 5 pasang
9. Stokin tawaf/ kasut tawaf  : 2 pasang
10. Tuala 2 helai: yang sedehana dan tak perlu tebal


Dari segi keperluan toiletris pula cam biasalah 
1. Berus gigi
2. Ubat gigi 
3. Shampoo
4. Bedak/sikat

Keperluan lain yang perlu:
1. Uncang kasut
2. Uncang batu
3. Krim kaki/pelembab muka/pelembab bibir: yang ni perlu untuk mengelakkan pecah ditumit kakai dan juga bibir akibat cuaca panan dan banyak berjalan
4. Tali untuk buat ampaian
5. Extension plug.. mudah nak caj telefon sebab plug hanya satu nak kongsi...
6. Penyangkut baju 12/ penyepit baju


Tikar tak payah beli sebab TH melalui syarikat koperat akan bagi tikar semasa di Kelana Jaya . Ianya untuk pelbagai tujuan di arafah, mina dan muzdalifah... sangat berguna


Sebenarnya mama bawak banyak barang tetapi lepas tu mama pos balik ke Malaysia semasa sampai di Madinah. Baju kurung pun mama bawak. Kasut, sandal, selipar semuanya bawak jugak... pas tu kasut kulit yang mama beli jenama Siti Katijah tu... mama pakai rasanya tak tahan lasak la.. kena air dan jalan jauh seminggu je tahannya... pas tu mam ada lagi kasut kulit lain, sandal pun ada selipar pun ada tapi mama beli kat kedai tepi hotel mama duduk kat mekah tu kan.... selipar getah senang... selipar tu la mama pakai seminggu dah sampai mekah  sampai balik kat Malaysia... kat mina, arafah pun pakai selipar tu senang, basah pun tak pa... angkat je bagi tos air... pas tu pakai.... tahan lasak..


ni dia selipar tu.... bukanla nak beli warna pink tau.. tapi yang muat kat kaki mama ni warna ni je...
Mama tak pakai telekung pada hari biasa kecuali semasa mengerjakan umrah, dan masa wukuf di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Sebab tu tak perlu bawak bawak telekung. Hari lain mama hanya pakai jubah dan tudung bisasa aje. Jadi mudah untuk en hubby mama nampak mama dari jauh..... senang nak kenal ... sebab orang terlalu ramai.....


No comments:

Post a Comment