Tempat pertama yang dilawati adalah masjid Quba. Masjid ini merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhamad ketika berhijrah dari Mekah Ke Madinah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke
Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua
rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.
Kami diberikan masa 20 minit untuk menunaikan soalt di masjid quba ini. Solat Duha, Solat Hajat dan solat Taubat selain solat Tahayatul masjid.
Masa kami sampai orang tidak ramai lagi... Alhamdullilah. Keluar aje dari masjid orang tersangat la ramai sudah tiba dari pelbagai negara. Masa sampai bas hanya bebrapa buah sahaja, bila selepas solat bas dah berpuluh-puluh rasanya dan agar sukar nak mencari bas no 7, walaupun ada stiker dilekatkan, namum bas yang banyak dan serupa serta bebrapa lorong parking menyebabkan sukar nak jumpa. Namun alhamdulilah mama jumpa bas dengan agak mudah. Setelah semua jemaah naik bas ustaz buat head count... emmm tak cuku 2 orang... ustaz kata tak apa biar dia yang turun cari.. sebab orang memang tersangat ramai dan kami berdoa agar pasangan warga emas ini dapat jumpa bas kami... agak lama juga kami meunggu hampir 45 minit alhamdullilah akhirnya pasangan ini ditemui dalm keadaan keletihan sebab mereka pun berpusing-pusing mencari bas... Kerana masa lama menunggu maka terpakasalah ustaz membuat penjadualan semula lawatan kami ...
Tempat seterusnya adalah pasar kurma. Disini dijual pelbagai jenis kurma dengan bagai-bagai gred dan harga. Selain itu banyak lagi barangan berasakan kurma dan coklat serta gula-gula dijual. Harga di sini agak mahal berbanding dengan tempat lain disekitar masjid Nabawi. Namun jemaah dibenarkan makan sebaerapa banyak kurma jika larat la... semuanya HALAL kata penjual. Mama kurang beli kali ini.. hanya beli kura Ajwa sahaja dan sedikit coklat.
MASJID QUBA |
dalam pasar kurma |
posing 2 beradik |
Seterusnya ke Jabal Uhud dimana masa ini Nabi Muhamad telah tewas dalam peperangan Uhud dan ramai para suhada yang mati dan dikebumikan di sini.
sebahagian dari Jabal Uhud |
di belakang tu la bukit memanah yang nampal ramai orang sedang nak memanjat |
dari jauh pemandangan jabal uhud... yang kecik dan rendah di kanan tu la bukit memanah |