PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday 18 December 2017

PERSEDIAAN UMRAH 2018 PART 1

Assalamualaikum.

Agak lama mama menyepi dari blog ini. Mama ingin berkongsi pengalaman dalam mengerjakan umrah agar ianya dapat memberikan sedikit gambaran buat mereka yang belum pernah menunaikan umrah. Ini merupakan pengalaman mama sendiri yang tidak pernah melakukan umrah sebelum ini.

Namun begitu, mama dan en suami pernah menunaikan haji sebelum ini iaitu pada tahun 2014. Namun begitu pengalaman mengerjakan haji sebelum ini adalah berbeza kerana semuanya diuruskan oleh pihak Tabung Haji. Sebagai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, apa yang perlu dibuat telah diatur oleh pihak TH. Ikut saja arahan yang diberikan dari masa ke semasa.

Mama memang sangat berhajat untuk membawa anak-anak mama menunaikan umrah semasa berada di tanah suci dahulu. Oleh itu salah satu doa mama agar kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk menunaikan umrah bersama-sama dalam tempoh 2 tahun sekembalinya dari menunaikan Haji. Namun begitu, hajat mama ini belum dapat dilaksanakan kerana untuk mendapatkan masa bagi ke tiga-tiga anak mama bercuti adalah agak sukar kerana mereka belajar di peringkat yang berbeza dan cuti mereka tidak sama. Seorang buat diploma, seorang buat ijazah dan seorang masih bersekolah. Ini merupakan cabaran pertama yang perlu diselesaikan.

Setelah berbincang dengan en hubby mama , 2018 adalah masa yang terbaik  kerana anak mama yang bersekolah sedang menunggu keputusan SPM 2017, dan 2 lagi anak mama akan bercuti smester 1 pada januari 2018 kira-kira 4 minggu.

Maka bermulalah persediaan untuk menunaikan umrah ini. Ianya dimulakan setelah kembalinya jemaah haji 2017, kerana selepas itu baru pendaftaran untuk umrah di buka. Memandangkan mama berhajat untuk pergi 2018, bulan Januari, maka mama dan en hubby telah bersepakat untuk menggunakan perkhidmatan TH Travel bagi perjalanan umrah 2018 ini.

Kami ambil pakej Fairus  bilik berempat dengan harga RM 6590 seorang. Booking perjalanan umrah ini ialah sebanyak RM 300 seorang dan dalam tempoh sebulan perlu dijelaskan sebanyak RM 1K bagi setiap orang iaitu total RM 5 K bagi kami sekeluarga. Mama booking tarikh perjalanan 2018 ini pada bulan Ogos 2017. Setelah itu mama sediakan pasport antarabangsa untuk ketiga-tiga anak mama sebab kami semua tidak pernah ke luar negara sebelum ini kecuali mama dan en hubby yang tidak perlu buat sebab dah buat masa pergi haji dahulu dan masih belum tamat tempoh lami passport kami.

Kos untuk buat passport ini ialah RM 200 seorang.
Bayaran penuh pakej umrah ini perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berangkat. Maka alhamdullilah selesai bab bayaran ini pada bulan Disember 2017. Semasa bayaran penuh ini dibuat pihak TH travel telah memberikan pengesahan penerbangan waktu pergi dan balik, memberikan beg untuk dibawa semasa umrah, dan kami diminta menyerahkan pasport antarabangsa bersama 3 keping gambar untuk proses penyediaan visa umrah yang kan dilakukan oleh pihak TH travel.

Oh ya sebelum itu, kami juga diminta untuk memberikan sijil lahir setiap anak yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan  Pengesahan daripada Wisma Putra. Salinan sijil nikah juga memerlukan pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra,

Lagi satu perkara yang perlu dilakukan ialah setiap orang yang ingin menunaikan umrah atau haji perlu mendapatkan imunisasi meningococcal bagi mengelakkan jangkitan atau radangan pada otak. Boleh ambil vaksin ini di klinik-klinik swasta. Kalau jemaah Haji vaksin ini diberikan percuma di klinik-klinik kesihatan yang ditetapkan oleh pihak TH. Kos vaksin ini di klinik swasta yang mama ambil ialah RM 140 seorang. Harga mungkin berbeza antara klinik-klinik ya.

Vaksin meningococcal ini mesti diambil. Kalau tidak ianya akan menjadi masalah besar semasa di Imigression Arab saudi nanti. Vaksin influenza dan pneumococal adalah vaksin pilihan nak ambil atau tidak terpulanglah pada masing-,masing.

Kursus untuk persediaan umrah pula, pihak TH travel ada menyediakan kursus ditempat yang terpilih. Kami pergi untuk mengikut kursus ini di masjid MIZAN Putrajaya yang diadakan pada setiap hari sabtu jam 9.00 hingga 1 tengahari. Sekali saja  menghadiri kursus ini. Kalau masih kurang jelas boleh pergi lagi pada hari sabtu berikutnya.
Kotak berisi beg dari TH travel 5 buah untuk kami sekeluarga

Beg 3 in 1 yang berwarna hitam

Ahamdullilah persiapan hampir lengkap cuma nak kena beli serba sedikit keperluan untuk anak-anak sahaja. Mama dan en hubby tidak perlu membeli kerana insyallah kelengkapan masa haji dahulu masih boleh digunakan. Untuk anak lelaki, beli 2 pasang kurta saja. Anak perempuan pakai jer jubah sedia ada. Tak perlu beli rasanya. Kain ihram guna yang en hubby punya ada beberapa pasang. So guna tu jer la . Cuma mama beli telekung baru sepasang seorang untuk tambahan telekung sedia ada. Lai-lain keperluan yang baru adalah selipar untuk anak lelaki dan perempuan serta stoking. Untuk sarung lengan mama punya ada banyak maka guna yang sedia ada .

Begitulah serba sedikit keperluan sebelum menunaikan umrah kami.  Insya Allah akan mama kongsikan cerita selanjuntnya di episode akan datang.





Monday 10 July 2017

RAYA 2017

Assalamualaikum... setelah sekian lama menyepi kini baru ada mood untuk mencoret di sini. Sempena bulan syawal yang telah masuk hari ke 16 kot ... kalau silap maaf je la ya...

Raya 2017 ni  lain dari yang lain sebabnya sebulan berpuasa anak teruna mama cuti sekolah.... sedangkan orang lain semua cuti 2 minggu awal puasa lepas tu sambung sekolah 10 hari dan cuti untuk raya. Anak teruna mam cuti sejak 27 Mei 2017 sehingga 2 Julai 2017... lama kan... dan puteri-puteri mama pulak cuti selepas exam akhir masing-masing kira-kira 2 minggu sebelum raya, Kiranya 2 minggu juga lah kami dapat berpuasa cukup korum tahun ni... keadaan yang sangat jarang dapat berlaku setelah ank-anak semakin membesar sejak 5 tahun yang lepas.

Kuih raya...erm mama tak buat pun tahun ni... anak dara mama yang buat 2 jenis biskut jer... yang lain abag, kakak, dan ipar yang bagi masa balik kampung raya  hihihi...

Raya kali ni macam biasa, solat aidilfiri dulu di masjid kampung dekat rumah kami, lepas solat tu baru gerak balik ke Selatan tanah air dan bermalam di rumah kakak mama. Siap ronda semua yang patut di ziarah kami semua bertolak ke Kota  Tinggi pulak, ke rumah kakak suami pulak dan bermalam di sana juga. Sebelum balik sempat singgah pantai Desaru, walaupun hujan ketika itu.

Balik semula ke rumah setelah 3 hari kemudian, dan settlekan beberapa perkara urusan pejabat, Alhamdullilah settle semuanya. Ahad mama sekeluarga bertolak ke Taiping hantar anak teruna yang bercuti panjang tu balik asrama dan bermalam di sana pulaknya.

Dalam perjalanan balik singgah di Kuala Kangsar pulak...

Ol layan gambar  sikit...
sepupu sepapat pun hijau

ni juga hijau...



Sekian......


Friday 14 April 2017

REUNION :Alkisahnya bersama-sama geng sekolah


Assalamualaikum... kisah yang mama nak coretkan hari ini berkaitan reunion atau pun perjumpaan beramai-ramai kenkawan kita dari zaman kecik kecik. Kalau di alam maya era kini ianya lebih kepada group whatsapp, telegram, tweeter, fb dan sebagainya... mama agak kurang la kecuali whatsapp group jer... tu pun selalu jadi silent reader dari menyampuk... kalau perlu adalah mama akan muncul sekali sekala. Tapi sekiranya kawan  message persernol insyallah mama akan response. Mama tak berapa suka cakap perkara2 personal, teguran atau arahan individu dinyatakan dalam group di media sosial.Gruop ini sekadar untuk info atau berkongsi seseatu yang perlu aja... atau memudahkan kita untk menghubungi kekawan kita kan..

Berbalik pada topik reunion...mama memang tak pernah jon mama-mana reunion pun. Memang banyak group ex sekolah rendah, ex sekolah menegah, ex matrix, ex uni dan bagai2 lagi la termasuk group taman perumahan...  kadang tu dalam satu group yang aktif boleh beribu-ribu message dalam sehari...aduhai bilala nak baca... memang tak la baca semua... kadang tu ada juga terlepas cakap dalam group, bergurau berlebihan dan sebagainya menimbulkan salah faham dan berlaku keci hati tuduh menuduh dan sebagainya...
Kalau nak keluar dari group pulak rasa serba salah pulak kang dikatakan kita ni sombong kan... jadi diam adalah lebih baik kan...Semua group yang mama join tu mama bagi silent notification... jadi tak lah mengganggu mama walaupun beribu2 message masuk..hahaha

Reunion ni  ada baik ada buruknya juga. Baiknya boleh mengeratkan persahabatan antara kenkawan yang dah puluhan tahun tidak bertemu. Boleh jumpa kembali berborak cerita dulu dan kini. Yang buruknya pulak ada yang menimbulkan suasana kurang menyenangkan seperti sikap suka menunjuk-nunjuk, berpuak-puak dan sebagainya.

Mama tak pernah join reunion yang dirancang secara formal. Tapi adalah  sekali mama jumpa kawan sekolah dalam 4 ke 5 orang semuanya perempuan di Putrajaya dulu dalam tahun 2010. Lepas tu beberapa kali ke rumah kawan sekolah mama perempuan juga menziarahi kawan mama nak pergi haji masa tu dan yang paling biasa pergi jemputan majlis kahwin anak kenkawan jika berkesempatan. Tapi masa majlis kahwin ni biasanya tak boleh nak borak dengan tuan rumah sebab sangat sibuk kan melayan tetamu hanya sempat bersalaman jer la biasanya...Bukan mama tak nak pergi join reunion ni tapi kan mama ni tak pernah keluar jenjalan sendirian terutamanya seteleah berkahwin. Kemana-mana sahaja biasanya en hubby ikut kecuali hal yang berkaitan dengan kerja dan tugas rasmi. Jadi memang rasa janggallah kalau keluar en hubby tak ikut. Nak pergi reunion sekolah menengah dan uni tu mama rasa susah sikit sebab setelah ditimbang baik buruknya mama dan en hubby berpendapat ada banyak kemungkinan yang mungkin akan menyinggung perasaan salah seorang daripada kami  kot......

Baru-baru ni mama join reunion kenkawan sekolah rendah setelah menerima pelawaan daripada kawan2 yang tak putus-putus mengajak mama untuk menyertainya.  Mama dimaklumkan akan tarikh berkenaan 5 bulan sebelum kot dan setiap bulan ada reminder dan semakin dekat dengan tarih tersebut setiap minggu diikuti oleh setiap hari...hahaha. Mama memang tidak memberikan sebaraang komitmen untuk hadir keraana bimbang tidak dapat untuk menyertainya. Namun di saat-saat akhir mama bersetuju untuk hadir sekiranya en hubby mama akan ikut serta ke majlis tersebut. persetujuan mama berikan sehari sebelum tarih berkenaan. Tiada bayaran yang dikenakan pun semuanya disponsor oleh pihak penaja iaitu kenkawan mama. Bukan mama aje yang tidak payah bayar namun semua yang hadir tu ya...

Mama rasa nilah yang pertama dan terakhir kot join majlis cam ni. Bukannya apa mama rasa kurang sesuailah kiranya majlis diadakan sebelah malam, mula selepas maghrib dan habis lepas jam 12 malam.. kurang manis bagi mama yang perempuan keluar rumah malam-malam dan balik menjelang lepas tengah malam. Nasib baik en hubby mama teman... kalau tak memag tak pergilah kot. Dah tu majlis tu diadakan disebuah tempat yang ada persembahan life band yang memang depan mata. Faham-faham ajelah suasana di tempat tersebut dengan muzik yang amat kuat. Mama kurang selesa kerana nak berborak dengan kanwan-kawan yang memang dah 40 tahun tak jumpa pun susah... terlalu kuat muzik dan nyayiannya.

Dari segi makanan mama tidak kisah sangat sebab makanan bukan perkara utama bagi maa. Pada malam tersebut terdapat makanan secara bufet yang memang telah disediakan tetapi semua kawan-kawan boleh memesan pelbagai makanan western atau  makanan tempatan seperti satay, mee goreng mamak dan sebagainya... order je dan makan bayaran ada yang settlekan.

Selain daripada iitu pihak penganjur juga telah memberikan cenderahati kepada semua yang hadir pada malam berkenaan. Jutaan terima kasih buat yang menaja semua makanan , cenderhati dan layangan sahabt2 sekelian. Terima kasih kepada semua yang hadir, walaupun kebanyakkannya terutama yang lelaki ramai yang mama tak cam jika berjumpa di luar kerana perubahan fizikal yang ketara. Jadi kalau jumpa diluar tu bila mama tidak bertegur sapa bukan bermakna mama sombong tau.

sementara menunggu yang lain sampai
antara yang hadir bagi zon KL

korum belum penuh lagi...
antara rakan-rakan yang hadir

Sekian...wasssalam...