PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label UMRAH. Show all posts
Showing posts with label UMRAH. Show all posts

Thursday, 8 February 2018

UMRAH 2018 PART 3

Perjalanan umrah mama dan keluarga bermula pada 21 Januari 2018.
Kami bertolak jam 8 pagi dengan dihantar oleh adik suami ke ERL BBST. Dari ERL kami terus ke KLIA.
Sampai di KLIA kami mendengar taklimat daripada TH Travel di booth TH di aras 5. Kami diberikan tag untuk diletakkan pada bagasi masing-masing.
Setelah itu, beg besar di hantar ke kaunter untuk check in bagasi yang mana di uruskan oleh pihak TH travel. Selepas hantar beg, kami kembali ke booth TH... mendengar taklimat berkaitan perjalanan umrah, doa dan azan oleh ustaz yang mengiringi kami. Kami diberikan tag nama dan juga boarding pass dan seterusnya jam 9.30 pagi kami bergerak ke pintu belepas antabangsa dan menaiki aerotrain untuk ke terminal antarabangsa.
Jam 12 tengahari, kami telah diminta untuk masuk ke flight dan penerbangan ke Madinah bermula jam 1.00 tengahari.

Kami menunaikan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar dalam flight. Perjalanan pergi hampir 9 jam dan kami sampai di lapangan terbang Madinah jam 5.10 petang. Melalui kaunter imigration juga mudah dan tidak lama rasanya sekitar jam 7 dah siap dengan beg, kami perlu menaiki bas ke Hotel. Kami tiba di Hotel kira-kira jam 8.30 malam, check in dan makan malam dan seterusnya bergegas ke masjid Nabawi untuk solat Isyak dan Maghrib secara jamak takhir.

Siap solat kami kembali ke hotel untuk mandi, berehat dan berkemas.
boarding pass

info penerbangan dalam flight
mendarat di Madinah
menaiki aerobas ke imigration madinah
pemeriksaan imigration madinah
perkarangan masjid Nabawi

Hari kedua:

Oh ya setiap kami telah diberikan kumpulam dan mama dan keluarga berada dalam kumpulan 7 dan menaiki bas 7 untuk semua pergerakan ke mana-mana. Setiap kumpulan ada seorang ustaz atau mutawif bagi memberikan taklimat atau tunjuk ajar. Kumpulan kami ada dalam 40 orang yang terdiri dari pelbagai umur tetapi tiada kanaka-kanak dalam grup kami. Anak-anak remaja ada lebih 10 orang rasanya...

Dalam kumpulan ini ada yang telah menunaikan haji, telah menunaikan umrah sebelum ini dan ada juga yang kali pertama pergi ke tanah suci... Namun kami smeua sangat gembira kerana tiada masalah pun sepanjang berada di sana.

Selepas sarapan pagi pada hari kedua ini, jam 7.30 am kami akan di bawa untuk ziarah masjid Nabawi. Kumpulan lelaki di bawa oleh ustaz dan perempuan oleh uztazah untuk ke Raudah.
Bagi lelaki mereka boleh menziarahi perkuburan Baqiq... Namun grup perempuan tidak boleh.

Semua yang pergi ke masjid Nabawi akan cuba sedaya upaya untuk masuk ke Raudah.  Bagi lelaki untuk ke Raudah tiada masalah kerana ianya dibenarkan  sepanjang masa 24 jam sehari. Bagi permpuan pula masa untuk ke raudah hanya 3 kali sehari iaitu selepas subuh sekitar 9-11 pagi sahaja, selepas zohor saja dan selepas solat isyak 9 -11 malam.

Untuk masuk Raudah bagi lelaki menurut suami tiada masalah dan lebih teratur. Namun bagi perempuan mama rasa ianya sukar dan perlu melalui pelbagai peringkat pits stop... menunngu giliran untuk ke Raudah sangat lama dan biasanya kumpulan orang Malaysia dan Indonesia ini merupakan kumpulan terakhir yang dapat masuk ke Raudah walaupun kami telah masuk lebih awal... Biasanya menunggu tu dari mula hingga dapat ke Raudah tu hampir 3 jam lebih.

Bila giliran kita dapat masuk Raudah, cabaran lagi hebat... semuanya berasak-asak kerana ruang Raudah yang terhad dan mereka yang berada di Raudah sebelum itu tidak mahu keluar sedangkan kita yang menunggu telah disuruh masuk. Maka sangat berasak-asak, riuh rendah denagr pelbagai suara termasuk suara petugas yang berada di Raudah menyuruh mereka yang telah berada dalam Raudah untuk keluar.. Suasana amat hinggar binggar, tolak menolak nak solat pun sangat lah susah...

Namun kita perlu banyak berdoa denganNYA agar kita dipermudahkan untuk berada di Raudah dan diberikan ruang untuk solat dan berdoa ditempat ini. Alhamdullilah mama dan anak2 perempuan diberikan ruang dan kesempatan untuk solat dan berdoa...  Mama dan anak-anak masuk Raudah hanya 2 kali  pada lawatan kali ini... Sekali lagi mama bawa anak2 sendiri selepas solat isyak pada keesokan harinya..

Selepas lawatan ke Raudah yang di bawa oleh ustazah tu, masa pun dah nak masuk zohor.. maka solat zohor dan  lepas tu makan tengahari dan balik rehat sekejap, lepas tu ke amsjid lagi untuk solat asar.. Begitulah seterusnya untuk maghrib dan Isyak... lepas Isyak baru balik untuk makan malam dan berehat...  Keesokannya bangun jam 2.20 pagi untuk ke masjid lagi sehinnga solat subuh..


Tuesday, 6 February 2018

UMRAH 2018 PART 2

Alhamdullilah mama sekeluarga telah kembali dari menunaikan umrah yang bermula pada 21 Januari 2018 sehingga 1 Februari 2018.

Sangat-sangat bersyukur perjalanan kami sekeluarga dipermudah pergi dan balik dan diberikan kesihatan yang baik semasa berada di sana.

Mama dan en hubby pernah menunaikan haji 2014 yang lepas pada musim panas. Umrah keluarga kali ini dalam musim sejuk. Jadi dapatlah mama merasai perbezaan cuaca tersebut. Musim haji dahulu cuaca sangat panas siang boleh mencapai 47 C i Madinah dan 49C di Mekah. Kalau jam 3 pagi pun suhu masa tu sekitar 30 C.  Memang panas dan mencabar untuk ulang alik ke masjilharam sebab jarak hotel penginapan dengan masjid ketika itu 750 meter hingga ke luar masjid.. Itu belum lagi dikira untuk berjalan untuk masuk ke masjid untuk tawaf kira2 500 meter lagi kot... Lepas tu hotel penginapan di Abraj Jandariah...kedudukannya agak tinggi dan di bahagian belakang masjidil haram.... iaitu bertentangan dengan zam-zam tower...(jauh sangat kalau nak ke zam-zam tower)...  balik masjid perjalanan mendaki dan ketika itu banyak kerja-kerja pembinaan di bahagian laluan ke hotel itu... maka ianya amat berdebu ...

Semasa Umrah ini, kami duduk di hotel bahagian hadapan berhampiran dengan zam-zam tower... hotel terletak di belakang Safwah Tower... jalannya rata aje tak rasa jauh walaupun jarak lebihkurang 600 meter...

Di Madinah tidak ada masalah sebab semua kedudukan hotel dekat dengan masjid. Keadaan cuaca umrah kali ni Madinah malam dalam 12 C siang 19-22 C. Mekah pulak sekitar 19 C malam dan siang dalam 25 C.
Walaupun suhu ini sejuk namun ianya kering. Maka kulit kita kan jadi kering, bersisik, bibir kering dan mudah pecah termasuklah tumit kaki. Krim pelembab memainkan peranan yang besar untuk membantu mengatasi masalah ini. Kulit kering ni mudah gatal, bila garu luka dan memberikan parut yang tidak cantik...
Baju sejuk cukup sekadar yang biasa saja tidak sampai memerlukan winter coat.

Mama tidak guna kan baju sejuk pun, cuma pakai inner dalam baju, lepas tu jubah dan sarung telekung dah ok. Kisah makan pulak ya...  pakej umrah ini menyediakan makan secara bufet minum pagi, makan tengahari dan makan malam. Biasanya sarapan pagi selepas solat subuh, makan tengahari selepas solat zohor dan makan malam selepas solat isya'. waktu solat di Mekah dan Madinah tidak banyak perbezaan waktunya macam waktu solat di Kelantan dan Johor Bahru jer bezanya lebih kuranglah kan.
 Subuh  5.35 pagi, Zohor 12.30 tengahari, Asar 3.40 petang , maghrib 6.05 petang dan isyak 7.45 malam. ( waktu ini berubah-ubah sedikit ya)

Azan kan berkumandang bila masuk waktu, iqamah pula dalam 15-20 selepas azan ni. Waktu menunggu iqamah lebih lama di Madinah berbanding Mekah. Selepas iqamah, solat fardu dan di ikuti dengan solat jenazah. Jadi makan pagi lebih kurang 7.30 pagi , lunch 2.30 petang, dinner 9 malam.(bergantung kepada masa berjalan balik ke hotel...santai2 lagi lambat la makannya)

Juadah yang dihidangkan untuk makan di Mekah lebih sedap berbanding di Madinah. Jadi duduk 12 hari ni anak-anak semua selera makan bagus2 walaupun banyak berjalan tiap hari, buat umrah, berat masing2 tak turun tapi sebaliknya bertambah.... alahai... ingat boleh kurus hihihi

Masa menunaikan haji, mama pergi secara muassasah, jadi makan pagi tidak disediakan. Makan tengahari dan malam disediakan secara individual packing...  Oleh kerana tiada sarapan disediakan maka masa subuh mama dan en hubby jarang balik ke hotel penginapan masa musin Haji. Kami jalan2 makan di kawasan Zam2 tower dan selepas sarapan duduk di masjid lagi sampai zohor.

Okay episode seterusnya akan mama ceritakan permulaan perjalanan sehingga balik dan tidak akan ulang cerita berkaitan penginapan, cuaca dan makan dalam episode akan datang ... Oh sebelum lupa, ramai orang akan cakap makan ais krim di Mekah dan Madinah sedap..rugi kalau tak cuba... maka anak2 mama pun cubalah makan ais krim tu...namun mereka dok kata ais krim kat Malaysia lagi sedap... jadi beli sekali jer la di Madinah dan sekali di Mekah...

Layan gambar ya

Bagasi 5 buah..
2 jer hand luggage... yang lain letak dalam beg besar tu


makanan dalam flight



beriani ayam

Itinary perjalanan

makanan di madinah

Makanan di mekah