PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 8 February 2018

UMRAH 2018 PART 3

Perjalanan umrah mama dan keluarga bermula pada 21 Januari 2018.
Kami bertolak jam 8 pagi dengan dihantar oleh adik suami ke ERL BBST. Dari ERL kami terus ke KLIA.
Sampai di KLIA kami mendengar taklimat daripada TH Travel di booth TH di aras 5. Kami diberikan tag untuk diletakkan pada bagasi masing-masing.
Setelah itu, beg besar di hantar ke kaunter untuk check in bagasi yang mana di uruskan oleh pihak TH travel. Selepas hantar beg, kami kembali ke booth TH... mendengar taklimat berkaitan perjalanan umrah, doa dan azan oleh ustaz yang mengiringi kami. Kami diberikan tag nama dan juga boarding pass dan seterusnya jam 9.30 pagi kami bergerak ke pintu belepas antabangsa dan menaiki aerotrain untuk ke terminal antarabangsa.
Jam 12 tengahari, kami telah diminta untuk masuk ke flight dan penerbangan ke Madinah bermula jam 1.00 tengahari.

Kami menunaikan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar dalam flight. Perjalanan pergi hampir 9 jam dan kami sampai di lapangan terbang Madinah jam 5.10 petang. Melalui kaunter imigration juga mudah dan tidak lama rasanya sekitar jam 7 dah siap dengan beg, kami perlu menaiki bas ke Hotel. Kami tiba di Hotel kira-kira jam 8.30 malam, check in dan makan malam dan seterusnya bergegas ke masjid Nabawi untuk solat Isyak dan Maghrib secara jamak takhir.

Siap solat kami kembali ke hotel untuk mandi, berehat dan berkemas.
boarding pass

info penerbangan dalam flight
mendarat di Madinah
menaiki aerobas ke imigration madinah
pemeriksaan imigration madinah
perkarangan masjid Nabawi

Hari kedua:

Oh ya setiap kami telah diberikan kumpulam dan mama dan keluarga berada dalam kumpulan 7 dan menaiki bas 7 untuk semua pergerakan ke mana-mana. Setiap kumpulan ada seorang ustaz atau mutawif bagi memberikan taklimat atau tunjuk ajar. Kumpulan kami ada dalam 40 orang yang terdiri dari pelbagai umur tetapi tiada kanaka-kanak dalam grup kami. Anak-anak remaja ada lebih 10 orang rasanya...

Dalam kumpulan ini ada yang telah menunaikan haji, telah menunaikan umrah sebelum ini dan ada juga yang kali pertama pergi ke tanah suci... Namun kami smeua sangat gembira kerana tiada masalah pun sepanjang berada di sana.

Selepas sarapan pagi pada hari kedua ini, jam 7.30 am kami akan di bawa untuk ziarah masjid Nabawi. Kumpulan lelaki di bawa oleh ustaz dan perempuan oleh uztazah untuk ke Raudah.
Bagi lelaki mereka boleh menziarahi perkuburan Baqiq... Namun grup perempuan tidak boleh.

Semua yang pergi ke masjid Nabawi akan cuba sedaya upaya untuk masuk ke Raudah.  Bagi lelaki untuk ke Raudah tiada masalah kerana ianya dibenarkan  sepanjang masa 24 jam sehari. Bagi permpuan pula masa untuk ke raudah hanya 3 kali sehari iaitu selepas subuh sekitar 9-11 pagi sahaja, selepas zohor saja dan selepas solat isyak 9 -11 malam.

Untuk masuk Raudah bagi lelaki menurut suami tiada masalah dan lebih teratur. Namun bagi perempuan mama rasa ianya sukar dan perlu melalui pelbagai peringkat pits stop... menunngu giliran untuk ke Raudah sangat lama dan biasanya kumpulan orang Malaysia dan Indonesia ini merupakan kumpulan terakhir yang dapat masuk ke Raudah walaupun kami telah masuk lebih awal... Biasanya menunggu tu dari mula hingga dapat ke Raudah tu hampir 3 jam lebih.

Bila giliran kita dapat masuk Raudah, cabaran lagi hebat... semuanya berasak-asak kerana ruang Raudah yang terhad dan mereka yang berada di Raudah sebelum itu tidak mahu keluar sedangkan kita yang menunggu telah disuruh masuk. Maka sangat berasak-asak, riuh rendah denagr pelbagai suara termasuk suara petugas yang berada di Raudah menyuruh mereka yang telah berada dalam Raudah untuk keluar.. Suasana amat hinggar binggar, tolak menolak nak solat pun sangat lah susah...

Namun kita perlu banyak berdoa denganNYA agar kita dipermudahkan untuk berada di Raudah dan diberikan ruang untuk solat dan berdoa ditempat ini. Alhamdullilah mama dan anak2 perempuan diberikan ruang dan kesempatan untuk solat dan berdoa...  Mama dan anak-anak masuk Raudah hanya 2 kali  pada lawatan kali ini... Sekali lagi mama bawa anak2 sendiri selepas solat isyak pada keesokan harinya..

Selepas lawatan ke Raudah yang di bawa oleh ustazah tu, masa pun dah nak masuk zohor.. maka solat zohor dan  lepas tu makan tengahari dan balik rehat sekejap, lepas tu ke amsjid lagi untuk solat asar.. Begitulah seterusnya untuk maghrib dan Isyak... lepas Isyak baru balik untuk makan malam dan berehat...  Keesokannya bangun jam 2.20 pagi untuk ke masjid lagi sehinnga solat subuh..


No comments:

Post a Comment