PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 11 May 2016

PERTEMUAN PERTAMA

Assalamualaikum. Diam tak diam dah dekat 2 tahun mama menunaikan Rukun Islam yang ke 5. Terlalu banyak kenangan indah yang sentiasa segar dalam ingatan dan kerinduan untuk menatap Kaabah denagan mata sendiri. Kerinduan untuk berada di Masjid Nabawi, Raudah dan juga rindu terhadap teman sebilik di sana. Ialah kan lama kita bersama dalam satu bilik. Syukur yang mat sangat sebab semua teman bilik mama di sana amat bertolak ansur dan baik-baik belaka.

Walaupun kami jarang berhubung antara satu sama lain tapi ingatan kepada mereka tetap  berada di sanubari mama. Sabtu 23 April 2016 mama dan en hubby berkesempatan untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulung salah seorang rakan sebilik mama. Alhamdullilah dapat kami bertemu buat kali pertama setelah kembalinya ke tanah air. Walaupun keadaan masa tidak membenarkan kami bercerita panjang namun sekurang-kurang dapat berjumpa, bersalaman dan berpelukan melepaskan rindu masing-masing. Mana taknya 45 hari duduk sebilik, sebelah katil kan... 

Semasa di sana juga mama jumpa 2 orang lagi sahabat mama yang sebilik. Namun begitu kami tak sempat berbual, namun tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan bertemu. Banyak tempat yang nak dituju untuk menyempurnakan undagan, jadi masing-masing bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Selepas itu pada 7 Mei yang lepas kami ke rumaha Hajjah Rahayu pula yang menguruskan perkahwinan anaknya pula. Alhamdullilah di tempat Hjh Ayu, kami  dapat berjumpa seorang lagi sahabat yang sebilik juga waktu di sana iaitu Hajah Sarimah dan Suaminya Hj Omar. Seronoknya di izinkan bertemu walaupun hanya seketika. Selesai majlis  Hjh Ayu, Hj Omar, Hj Saifudin dan isteri masing2 Hjh Dr Saodah dah Hjh Sarimah sudi singgah ke teratak mama. Kami sambung lagi berborak... 2 orang lagi sahabat masih tidak dapat bertemu kerana mereka tiba lebih lambat lagi semasa majlis kahwin anak Hjh Ayu.

Tema Hjh Saodah purple batik, tema rumah Hjh Rahayu juga purple...


Sahabat yang sudi berkunjung k erumah selepas majlis bersama keluarga masing-masing