Assalamualaikum.... malam Jumaat baru-baru ni program semanis kurma bincang topik bajet keluarga.... apa saja yang berkaitan dengan menngurus kewangan mama memang minat.... kali ni nak komen sikit tentang pinjaman ASB.... untung ke pinjam ASB ni melalui mana-mana institusi kewangan?
Setelahmama kaji dan kira-kira, campur tolak darab bahagi..... mama rasa kalau kita simpan sendiri lagi menuntungkan.... tapi yang penting kena cekal hati, disiplin kuat.... jangan ambik bonus atau dividen... jika kita simpan RM 200 sebualan setahun dah ada RM 2400.... kalau 10 tahun dah jadi RM 24,000.00 kan... ni belum masuk dividen dan bonus tiap tahun
Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
--------------------------------------------------------------------------
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan
------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar ==> RM 64,641
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna,
oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'.
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = - RM 240,000
-----------------------------------------------------------------------
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.
Siapa Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.
aku pun dah terkena ........
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Maklumat yang berwarna merah ni mama ambil dari http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=11172