dari en google: ujian menunggang motorsikal |
Sebelum ni mama ada certikan pasal ambil lesen kereta motor DI SINI
Semalam angah telah menduduki ujian JPJ bagi motorsikal dan kereta. Syukur alhamdullilah angah lulus kedua-duanya. Tahniah angah.....
Selesai sudah satu target angah sementara menanti keputusan SPM.
Dulu masa along mama ambik kelas memandu dengan institut latihan memandu di BBST.
Jumlah bayaran yang dikenakan untuk belajar motoesikal dan kereta adalah sebanyak RM 1020.00 masa itu. Bayaran ini setakat ujian JPJ sahaja. Bila dah lulus untuk dapat lesen P kena bayar RM 70.00 lagi.
Masa yang diberikan untuk belajar kereta hanya 5 kali sahaja dan setiap kali 2 jam. Pusat latihan tentukan masa ujian lepas tu baru cari tarikh nak belajar 5 kali tu. Bagi motorsikal tidak ditetpkan terpulang kepada diri sendiri. Tiap kali belajar kena bayar RM 2.00.
Kalau tak lulus ujian kena belajar lagi dengan kadar RM 20.00 sejam dan kena bayar yuran utuk masuk balik ujian memandu... yang ni tak ingat berapa kena bayar RM 40.00 kotnya...
Ramai yang tidak lulus ujian memandu, sebab bagi yang tak pernah bawak kereta 5 kali belajar memang tidak mencukupi untuk buat bukit, parking dan jalanraya. Tambahan pulak nama aje belajar 2 jam hakikatnya pengajar selallu datang lambat dan belajar hanya sejam 15 minit aje.... jadi kalau kira jumlah jam hanya 6 jam aje... tentu tak konfiden nak bawa kereta kan. Tapi sebab tarikh dah tetap kena juga duduk ujian.... bukan tengok sama ada budak ni pandai ke bawa kereta tu baru tentukan tarikh... tak nak perkara yang sama berlaku mama tak nak guna khidmat institut tersebut. Mama guna agen pulak.
Bayaran dengan agen ni mahal sikit.... sebab angah dah ambik lesen L dengan institut latihan memandu tu.
So mama kena bayar RM 550.00 untuk kereta dan RM 250.00 untuk motorsikal. Mama kira lebih RM 200.00 lah.. tapi mama puas hati. Agen tidak tetapkan masa belajar berapa jam... tapi minima 10 jam la... dia akan tengok budak ni boleh tak kalau dah confident baru dia suruh duduk ujian JPJ tu.... so angah belajar memang banyak kali.... lebih dari 10 kali untuk kereta.
Alhamdullilah angah lulus.... berbaloi la mama bayar lebih tapi sekali ujian JPJ lulus.....lepas ni nak suruh angah bawa kereta auto bila nak ke bandar.... bagi dia lebih confident memandu...