Jadual harian mama akan berubah.
Bangun kena lebih awal.
Dulu bawa kereta sendiri. Kini kena kongsi kereta dg en hubby masa cuti sekolah ni.
Masuk kerja awal cam dulu, tapi blaik lebih lewat dari dulu.... kena tunggu en hubby jemput lah pulak....
Dulu pukul 4.35 dah sampai rumah... ni silap-silap 6.45 baru sampailah kotnya...tu pun bergantung kepada en hubby ada meeting ke tak atau mama ada meeting ke tak sebelah petangnya..
Tak da kereta ni tengahari dok diam je la kat ofis.... kalau tak ada juga peluang nak gi alamanda tu...tak pun mydin. Alamanda tu boleh gi jalan kaki tapi mama ni tak rajin.... sakit kaki nak menapak tu...ermmm jimat $$$ mama.. kalau tak ada masa tu merapu je... tak masuk dalam budgetlah pulak..
Monday, 3 December 2012
EPISOD PERMULAAN......
Assalamualaikum..... bersua kembali di pagi Isnin ni.... bermulalah episod baru dalam keluarga mama..secara rasminya mama dah berpindah ke rumah sendiri setelah lebih 4 tahun menghuni kuarters di Putrajaya. Penat nya masyallah .... secara rasminya mama mula mendiami rumah sendiri pada 1 Disember 2012. Senang nak ingat 1.12.12.
Rumah masih bersepah sana sini, bilik ruang tamu dan dapur..... hanya letak dulu barang besar dan ada masa nanti kena susun semula...
Kat rumah baru tak da talian internet lagi. Astro pun belum masuk lagi.... memang bosan lah bagi anak-anak... tapi yang bagusnya boleh susruh dia orang kemas bilik dan barang masing-masing dulu. banyak kain baju nak kena basuh. Sarung bantal, selimut, langsir semua nak kena cuci. Anak teruna mama kena mula latihan matematik dan sains. Next week monday nak kena duduki ujian bagi kemasukan ke MRSM di kem trendak Melaka. Mama harap anak mama akan buat yang terbaik... semoga dapat memasuki asrama penuh tahun depan....
Pagi ni bermulah episode mama dan en hubby bersama ketempat kerja... dan 6 tahun ttak pergi kerja sama. Dulu masa mama mula kahwin, hanya ada sebuah kereta. Tempat kerja mama dan en hubby dekat je. So en hubby hantar mama dulu dan pergi kerja...tengahari ambik mama, makan tengahari kat rumah bersama... kerja cuma 2.5 km je... petang nya mama drop en hubby kat ofis, mama pulak bawak kereta gi kerja... petang jemput en hubby.... cam tulah sampai tahun 2007, mama kena pindah kerja dan ulangalik 130 km sehari... so beli kereta satu lagi...anak dah 3 orang nak hantar sekolah ambik balik sekolah.... kalau tak en hubby naik motor aje..lepas tu pindah putajaya en hubby selalu balik lambat... mama kat presint 1, en hubby presint 2.... so naik kereta masing-masing... sebab dah ada kereta 2 kan walaupun kereta lama tapi kondisinya terjaga rapi dan tidak bermasalah. Bila pindah rumah sendiri ni bawak satu kereta je.... sebab kena jimat kos.... en hubby drop mama kat putrajaya dan terus ke Serdang... ermm en hubby dah tukar ke Serdang 2 tahun lepas....
Pagi ni hari pertama kerja dari rumah sendiri, keluar rumah pukul 6.20 pagi... sampai ofis pukul 6.50 , setengah jam gak... bila sekolah nanti busy lah pulak... kena keluar awal nak hantar angah ke sekolah... sekolah masih di putrajaya... nak tukar kesian pulak kan... oklay panjang lagi kalau nak celoteh ni ada kerja nak buat... sambung next time.. bai bai
Subscribe to:
Posts (Atom)