PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 10 March 2014

POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB) DAN LHDN


Kali ni mama nak cerita hal PCB. Sebagai kakitangan awam, memang tidak boleh melarikan diri dari cukai pendapatan. Nak tipu-tipu pun tak boleh. Lainlah kalau beberja sendiri yang tidak ada slip gaji. Semua kakitangan awam yang dikenakan cukai akan dimestikan untuk membuat potongan cukai berjadual iaitu PCB. ini babgi meringakan beban apabila pengiraan sebenar melalui e filing yang biasanya diisikan dalam bulan Mac setiap tahun.

Kalau tak memang parah juga nak bayar cukai tu selepuk jumlahnya... bagi mama cukai yang dikenakan adalah tinggi melebihi sebulan gaji tau.... jadi kalau kerajaan umumkan bonus tu, pada mama tak dapatlah nak joli sebab nak bayar cukai pun tak cukup hu...hu...nak buat macam mana dah jadi tanggungjawab atas dunia ni yang cukai kena bayar...

Semenjak mama kerja hanya beberapa tahun pertama aje mama bayar cuaki ni.... lepas tu mama dah tak bayar cukai ... opps jangan salah anggap tau... meh mama nak cerita... lepas tahun 1994, mama tak bayar cukai sebab semuanya mama bayarkan melalui zakat..... apa yang mama kena cukai tu mama tukarkan kepada zakat.... sebagai orang Islam lebih baik mama tunaikan zakat dapat rebet cukai kan... tu sebab mama buat potonga zakat berjadual (PZB) bukan PCB.... faham ke???

cuba lihat ini..... harap membantu