Alhamdullilah selesai sudah urusan haji. mudah-mudahan mama dan jemaah yang lain mendapat haji yang mabrur. Malam tu terasa lega dan mama nak rehat setelah keletihan bermula 8 Zul hijjah sehingga 12 Zulhijjah....
Mama nak tidur dan esoknya berkemas-kemas. Sebab hari Rabu pihak TH akan mengadakan CITY CHECK IN iaitu bagasi jemaah akan ditimbang beratnya di hotel masing-masing dan akan dihantar dengan kontena ke Jeddah Airport. Jemaah diingatkan bahawa semasa city check in bagasi akan ditimbang dan berat setiap bagasi jemaah semestinya 30 kilogram maksimum. Maksimum bagasi bagi setiap jemaah adalah 2 beg dengan jumlah berat tidak lebih 30 kilo. Sekiranya berat tersebut lebih 30 kilo jemaah akan diminta mengeluarkan barang dari bagasi masing-masing dan perlu dibawa balik ke tanah air dengan mengunakan perkhidmatan pos. Jmeaah boleh membawa beg hand luggage untuk naik bersama dalam pesawat selain dari beg sandang sedia ada tu. Tiada cukai yang akan dikenakan kerana setiap jemaah tidak boleh membawa bagasi lebih 30 kilo. Tiada ada juga bagasi yang dikumpulkan dalam kumpulan seperti suami 40 kilo isteri 20 kilo.... setiap jemaah berat bagasi individu. Ini merupakan tahun pertama pihak TH melakukan proses city check in bagi semua jemaah. Ianya akan memeudahkan urusan di imigration dan pergerakan ke airport Jeedah. Almdullilah beg besar mama dan en hubby kurang 30 kg...
Semua bagasi ini hanya akan diambil oleh jemaah di KLIA nanti. Selesai sudah city check in. Hari Khamis 8 Oktober 2014 nmerupakan hari terakhir mama berada di Mekah. Aduhai sedih dan sayu la hati ini untuk meninggalkan kota Mekah. Entah bila lah mama boleh datang lagi ke sana. Mama sentiasa berdoa agar mama, suami akan diberikan kesempatan untuk ke sini lagi bersama anak-anak mama. Insyalllah. Pihak TH meminta semua jemaah KT 01 untuk melakukan tawaf wada selepas asar jam 5.00 petang. Selepas tawaf wada jemaah diminta terus balik ke hotel untuk persiapan perjalanan ke airport Jeedah. Mama dan en hubby ke Masjidilharam sebelum asar dan solat asar di ruangan KIng Abdullah. Sayu betul hati memandang Kaabah yang akan ditinggalkan. Seleps solat asar, kira-kira jam 4.30 pm hujan turun di Kota Mekah dengan agak lebat. Subahallah. terasa amat sedih sekali waktu ini... hujan tidak lama hanya kurang 10 minit aje. Masyallah padatnya kawasan kaabah untuk menunaikan tawaf. Mama rasa antara semua tawaf yang mama lakukan tawaf wada ini merupakan yang paling mencabar. Tolakan manusia masayallah.Sepanjang perjalanan mama diberi dugaan untuk menyempurnakan tawaf wada ini. Tawaf yang palin sesak dan mengambil waktu yang paling panjang hampir sejam. Selesai aje tawaf azan maghrib berkumandang. Mama teruskan perjalanan keluar dari dataran kaabah menuju ke ruang King Abdullah dan kedengaran khatib telah iqamah. Mama dan en hubby terus solat maghrib dan sejurus salam terus meninggalkan masjidil haram. Allahuakbar semoga segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah. Haji yang mabrur dan diberikan peluang untuk bertandang ke rumah allah lagi di masa akan datang.
Selepas ini perjalanan ke Jeddah dan kembali ke tanah airbagasi yang telah ditimbang di angkut ke lobi |
sebuah lori kontena yanag besar menanti di depan lobi |
bagasi muali disusun dalam kontena ini |
Petugas sedang menggangkat beg en hubby hi..hi |