“Raudhah” berarti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang mana dikatakan terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah. Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 meter.
Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman surga. Mimbarku ada di atas telagaku (HR Abu Hurairah RA)
Raudah ini berada di bahagian kubah yang berwarna hijau jika dilihat dari luar masjid Nabawi. Karpet di Raudah adalah karpet yang berwarna hijau. Tiang di kawasan Raudah juga berlainan dengan tiang lain dalam masjid ini.
Tiang raudah yang amat cantik |
ruangan bukan raudah karpet merah dan tiangnya berbeza... |
lihat perbezaan tiang di raudah |
Bagi kaum perempuan untuk dapat masuk ke Raudah bukan suatu yang mudah berbanding dengan lelaki. Raudah untuk lelaki lebih luas dan peluang untuk berada disana adalah lebih banyak sebab ianya dibuka sepanjang waktu. Namun bagi perempuan waktu adalah terhad iaitu selepas subuh jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi, lepas zuhur 1.20 -2.00 petang dan selepas isyak 9.00 malam - 11 malam.
Apa pun sentiasa berdoa kepada Allah agar kita diberi ruang dan peluang untuk berada di Raudah. Manusia berhimpit-himpit untuk masuk raudah ini. Kalau dapat solat sunat 2 rakaat alhamdullilah...syukur kepadaNYA. Alhamdullilah mama berpeluang untuk berada di Raudah beberapa kali ... siap lari bagai marathon lagi.... tapi bila semakin ramai orang berada di sini pihak pengurusan masjid Nabawi telah meletakkan kami mengikut kumpulan .... biasanya orang Malaysia akan bersama orang Indonesia, dan Thailand. Kumpulan orang Turki, Kumpulan orang Arab dan lain -lain lagi. Apabila berada dalam kumpulan ada beberapa pit stop untuk masuk ke Raudah.Kalau kita dalam kelompok Asia tenggara ok.... orang nya lebih bersopan santun la...