Assalamualaikum..... semalam mama bercuti kerana ada beberapa urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Sebelum itu, pagi semalam mama ke sekolah putera bongsu mama untuk majlis aku janji... Erm macam semua kakitangan awam yang perlu melakukan aku janji tu.. rasanya semua goverment servant fahamkan... kena tandatangan aku janji tu depan majikan... mama dulu bila akujanji ini diperkenalkan siap baca dengan angkat tangan lagi berikrar....
Yang ni pulak sekolah anak mama buat majlis aku janji anak-anak yang akan menduduki UPSR tahun ni berjanji di depan ibu bapa masing -masing akan mendapatkan keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR bulan September nanti.... Lepas buat aku janji tu anak dan ibu bapa menandatangani aku janji tersebut dan anak ini diminta membawa aku janji ini sentiasa bersamanya....
Sebelum majlis ini berjalan, ibu-bapa dan anak-anak ini diberi motivasi selama 1 jam, agar anak-nak ini memberikan yang terbaik kepada dirinya sendiri dengan mengingati ALLAH, tidak meninggalkan solat, taat kepada ibu bapa, hormati guru-guru dan juga penting dalam memilih kawan...
Harapan mama agar semua anak-anak ini akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR ini kelak...