Assalamualaikum.... semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik. Kali ni mama nak cerita pasal belajar buat kuih dan kek. sebenarnya mama ni bukannya pandai pun masak dan buat kuih muih atau kek. Tambahan pula memang mama ni tak lah rajin nak masak. Masak yang simple tu boleh lah tapi nak masak nasi ayam, nasi beriani ke nasi tomato tu ampummmm mama memang tak reti.
Namun bila umur makin meningkat dan anak-anak kian membesar maka timbul pulak minat nak belajar memasak. Mama pun start le cari resepi kat internet. Yang paling banyak mama guna resepi dari My Resepi...ada macam -macam resepi ada. Jadi mama pilih dan cuba lah buat. Kek Coklat, Kek Marbel, Oren Blanded Cake, Kek Buah Kek Pelangi... dan macam-macam jenis lagi... kali pertama buat ada yang jadi tapi ada gak yang tak jadi... keras, bantat .... Apa pun seronok pulak masak ni... jadi start lah beli macam jenis bekas nak buat kuih, bagai bentuk loyang bulat, bentuk love, empat segi dan macam-macam lagi...ni contoh kuih/kek yang mama buat:
Kek Lapis Masam Manis
Kek ni ramai yang suka... anak-anak, kawan-kawan dan juga anak buah .....
Ni pulak kek kukus coklat: yang ni senang je nak buat 10 minit siap...lepas tu kukus sejam...
Ni kek marbel Hubby mama suka yang ni...
Ni jelly... lagi senang nak buatnya....
Kalau ada yang nak resepi bolehlah cari kat my resepi tu......
oklah setakat ni dulu pasal kuih ya... jumpa lagi