PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 2 November 2012

CREDIT CARD

                                      


Entri kali ni mama nka cerita pasal credit card. Rasanya semua orang tau kan apa dia credit card.  Ramai yang bangga bila ada @guna credit card. Kalau nak check in kat hotel-hotel tu mesti receptionist tanya bayar pakai apa? ada card ke?  kalau kata tak da card dia orang macam pelik aje... pandang pun one kind... mama selalunya bayar cash aje bukan nya selalu dok kat hotel tu kan dan paling lama pun 3 hari je.... duduk pun bukan hotel mewah, hotel biasa aje... tu yang mampu nak bayar cash tu...
Dulu mama memang pelik orang pakai credit card... isi minyak pun pakai credit card.... makan KFC pun pakai credit card...aduhai... tapi mama ada jugalah juga credit card baru-baru ni aje... tu pun setelah berbincang dengan eh hubby perlu tak mama ada credit card ni.... memeandangkan kekerapan mama out station hampir 10-12 kali sebulan, untuk memudahkan mama dok kat hotel dan nak tempah hotel tu... mama pun applylah card bank Islam. Tapi hanya guna untuk hotel je lah. Lain-lain mama beli tunai je. Namun semenak mama pindah ke ibu kota dan amat jarang out station, maka credit card tu terperam jelah dalam purse... dah setahun lebih tak gunakan... bayar je le kat bank seperti yang bank negara tetapkan RM 50 fee setahun... ingat nak berhentilah bukan ada guna pun...
Berikut mama sertakan tips untuk mereka yang ingin menggunakan credit card:
1. Kalau boleh tak payah guna kalau tidak ada keperluan sebenarnya. Kita belanja ikut kemampuan 
2. Kena pandai kawal perbelanjaan... maklumlah pakai card ni tak nampak duit, sedap je beli lepas tu sua  card pada cashier
3. Kena ingat credit card ni interestnya tinggi . Bila dapat je bil terus bayar semua perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Memang kat bil tu dituliskan bayaran minima RM 50 je... walaupun  belanja beribu.... tu yang tak ingat nak bayar  ... belanja banyak bayar RM 50 ... lama-lama hutang makin  bertimbun  ditambah dengan interest yang tinggi 18 peratus tau paling minima... so kiralah berapa hutang .
Lebih baik pakai debit card. Semua orang ada card ni tapi tak mau guna.... sebabnya kalau guna debit card mesti ada duit kat dalam bank tu, baru boleh guna. Senang cakap card bank yang kita guna untuk ambik duit gaji kita tulah.... namun tak ramai yang nak gunakan ..betul tak renung-renungkan lah ..

RAHSIA MENARIK UMUR ANDA

Mari kita cuba ini

1. Ambil kalkulator

2. Tekan 259 x umur anda x 39

3. Hasilnya???????    cantik kan angka tersebut.... FANTASTIC



SPM


sedang khusuk menjawablah tu..... yang ni pulak gred berdasarkan markah

Assalmualaikum... dah penghujung minggu dan minggu depan Isnin anak sulong mama akan menduduki peperiksaan penting untuk dirinya. Mama dan ayah akan sentiasa mendoakan kejayaan buat Along, Angah dan juga adik agar berjaya dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. Taat akan perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Berbakti kepada kedua orang tua selagi ada hayatnya.
Mama harap along akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, jawapan yang diberikan tepat dan betul dan akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan yang penting buat along.... moga along akan berjaya  ke menara gading pada tahun hadapan...