PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 24 October 2013

REBET KERETA BARU....ramai yang tak tau...

Bersua kembali.... ada banyak benda nak dikongsikan dan mood pun dah bercambah makanya banyaklah entri . Kali ni nak cerita pasal beli kereta baru lagi..... tiap jumaat petang dalam perjalanan balik kerja Radio Bernama ada  siaran aotu zone.... Encik Din dari salah satu syarikat jualan kereta DESTINY AUTO..yang ada di Kampung Melayu Subang dan banyak lagi cawangannya di seluruh negara..

Macam-macam tips yang diberikan oleh Cik Din tu... banyak ilmu yang mama dapat. Orang perempuan ni selalu kena tipu katanya masa beli kereta.... setiap kereta baru ada rebet antara RM 2000.00 hingga ke RM 8000.00 bergantung kepada jenis kereta. Di sini juga mama tau apa kereta hot... apa kereta sejuk dan kereta sejuk beku.... maksudnya kereta hot tu senang nak jual balik dan nilainya tinggi manakala kereta yang sejuk tu agak susah nak jual balik dan harga pun tak tinggi manakala yang sejuk beku tu memang susah nak jual jual semula lepas tu harganya pun rendah.... contoh kereta tiara.... satria.... dan kereta luar negara yang nama pun pelik... kalau toyota , honda tu ok lah...

Kalau nak tred in kereta Destiny Auto ni mambil lebih tinggi dari used car lain.... antara RM 2000.00- RM 3000.00  bergantung kepada keretalah  dan ambil kereta baru dengan destiny juga...Cik Din juga boleh uruskan pinjaman bagi ynag ada black list....

Lagi satu penipuan ialah dengan memberikan bagai insentif bila beli kereta baru seperti tintedlah... minyak kereta penuhlah.... sarung kusyen leather lah... dan bagai-bagailagi termasuk sport rim ke... tu semua sebenarnya rebet yang patut pembeli dapat tapi agen sapu sendiri... bagi customer tinted yg murah aje.. tapi caj mahal.... dia dah co team dengan kedai assessori kereta tau.... mama rasa mama pun kena juga.... hu hu.. sebab dulu beli kereta baru tak dapat rebet pun....

Bayangkan sale man tu dapat berapa banyak kalau dia dapat jual 10 kereta sebulan.... ermmm memang tebal poket dia mak ooi.... tak masuk gaji dia tu..... so ayuh kita dapatkan hak kita sebagi pembeli... cari maklumat dulu berapa rebet yang patut kita dapat bila beli kereta baru....

Tak payah terima sebarang insentif tu... mintak duit tunai dan kita pergi pasang sendiri tinted kereta tu.... amacam...

ALHAMDULLILAH

Name:  Alhamdulillah.jpg
Views: 19125
Size:  20.6 KB



Syukur alhamdullilah..... along dapat duduk asrama untuk semester akan datang.... amin ya allah. Lega hati mama kalau dok di asrama ni berbanding dengan rumah sewa. Dahlah kena bayar mahal... perangai kawan lagi tak tahu macam mana kan. Tambang bas ke kuliah lagi.... sape nak kemas dapur, bilik air... perangai kawan ni macam-macam...
Semaga anak ku buat yang terbaik untuk pengajjiannya dan akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Amin ya rabbalalamin...


NAK JADI PELAJAR CEMERLANG

Asslamualaikum... pagi ini mama nak kongsikan sebauh e book yang patut anda baca tidak kiralah sama ada anda pelajar, pegawai ke, kakitangan awam ke, pensyarah ke, cikgu atau siapa pun anda...Mama dah baca buku ini... ada 3 buah semuanya... harganya juga tidak mahal dan amat berbaloi... maka anda akan faham kenapa mama kata kena baca ...jom ke sini untuk dapatkannya ...http://www.rahsiapelajarcemerlang.com/
Insyallah sama-sama kita dapat menafaatnya... terima kasih buat penulis buku ini yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan teknik untuk berjaya dan jagan lupa untuk singgah ke blog beliau... banyak lagi ilmu yang boleh anda dapat jommmm http://www.mariafirdaus.com.my/