PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Showing posts with label RUMAH. Show all posts
Showing posts with label RUMAH. Show all posts

Friday, 29 January 2016

ALKISAH RUMAH SEWA


Assalamualaikum... lama juga lah mama tak update cerita di sini .  Hari ni mama nak cerita pasal rumah sewa. Bagi kebanyakkan kita yang dah bekerja akan merasa untuk duduk rumah sewa sekiranya majikan tak sediakan tempat tinggal. Ada yang sewa bilik ada yang sewa rumah bergantung pada keadaan. Harga pulak sekarangnya boleh dikatakan agak tinggi jugalah bergantung pada lokasi  rumah tersebut.

Pelajar juga tidak terkecuali akan duduk rumah sewa jika tidak dapat mendiami asrama yang disediakan  oleh pusat pengajian masing-masing kan.

Pengalaman mama duduk rumah sewa bermula semasa mama kerja di daerah A di Selatan tanah air. Mama sewa dengan rakan seramai 3 orang rumah teres 2 tingkat. Tak jauh dari tempat kerja mama, jalan kaki dalam 5 minit dah sampai... jimat kan tak perlukan tambang penggangkutan awam. masa tu mana ada kereta pun. Tak lama dalam bebrapa bulan je..pas tu mama pindah  tempat kerja dok rumah denan mak  di kampung pulak.   Lepas tu bila mama kahwin pulak, mama pun dok kat rumah sewa juga tapi tak lama la sebab lepas tu dok kuarters en hubby dalam 2 tahun lepas tu pulak dok rumah sendiri yang baru dibeli...
Apabila mama pindah  rumah tersebut mama sewakan kepada sahabat dari ofis lama en hubby mama. Kadar sewa masa tu 2009, RM 400 sahaja. Rumah tersebut baru aje mama buat renovation depan dan belakang termasuk porch. Kiranya dapur amat-amat luas, bilik ada 4. Depan juga mama tarikh sliding door 10 kaki lagi dan tambah pintu masuk panel dari tepi. Cuma yang mama tak tukkar adalah pagar asal. Keadaan rumah semasa mama sewakan penyewa masuk boleh terus tidur. Tiada habuk, sawang dan sebagainya. Semuanya mama dah bersihkan. Ada satu set sofa, dapur dengan kabinet, bilik air ada shower, langsir sliding door , almari hiasan dan juga almari untuk pinggan mangkuk didapur.

Dalam tahun 2012 kadar sewa di sekitar perumahan mama naik mendadak hingga ke RM 700. Itu pun rumah yang belum ada tambahan apa-apa.. saiz yang kecil dan hanya 3 bilik je... 
Penyewa sebelum ini nak beli rumah mama ni, tapi mama tak berhajat untuk jual. Maka penyewa telah membeli rumah sendiri dan pindah pada pennghujund disember 2015 yang lepas. Mama ada naikan kadar sewa rumah sebanyak RM 70 kira-kira 2 tahun lepas dan bercadang untuk naikkan lagi berdasarkan harga semasa di kawasan tersebut.

Mama bagi syarat dulu sebelum masuk rumah, jika keluar dari rumah mama nanti mestiklah keadaannya macam mana masuk  bersih dan tiada tinggalan sampah sarap di rumah mama.  Kunci perlu serah sendiri pada mama. Oleh yang demikian mama datang jumpa dia pada 1 Januari 2016 untuk tengok keadaan rumah dan ambil kumci rumah. Alhamdullilah dalam rumah boleh la diterima keadaanya tapi masih banyal sawang-sawang terutama di railing langsir, lapu, siling dan tingkap-tingkap. Macam tak pernah bersihkan aje ... allahuakbar. Mama tinggalkan langsir di pintu sliding tu tak pernah basuh kot 7 tahun, berhabuk dan hitam legam, mereput dah jadi rupa kain orang lap kereta.... warna purple light dah jadi kelabu kehitaman... aduhai...

Bahgaian luar belakang rumah mak aiii memang kotor yang amat.... siap ada bangkai kucing lagi yang mati... dan bahagian luar kiri rumah juga cam tu...
buka aje pintu dapur nampak ni...

ruang kanan  luar bahagian dapur  rumah

tengok la habuk di daun pintu tu
Banyak lagi la yang mama tak sempat nak ambik gambar... masuk je terus tak menyempat nak kemas...tak tahan la nak menengoknya..

Mama datang 2 kali... kali pertama 2 hari untuk memberikan segala kotoran , kali ke dua 4 hari lagi.  Cat semula ruang tamu, baiki paip air, kipas, pintu bilik air, pasang shower, bersihkan sawang-sawang dalam rumah, yang juga betul bumbung yang bocor. Ingat nak cat semula ruang dapur tapi kudrat tak mampu la...

Keadaan bilik mandi dan toilet yang tak pernah cuci kot... penuh sawang, toilet bowl kotor... ermmm

selepas dibersihkan...
ruang tamu yang sudah di cat dengan warna cream kekuningan... asal putih
ruangan dapur yang luas
toilet asal , ruang dapur asal kecik je... ruangan dapur tu tambahan sendiri
pandangan dari dalam ruang tamu... langsir tu baru pasang yang lain...
pandangan depan
dari luar pagar

Alhamdullilah siap la kerja yang dilakukan dan mulai 1 Februari dah ada penyewa baru. Semoga penyewa kali ini dapat menjaga rumah kami sebaiknya...




Thursday, 12 June 2014

PENGALAMAN PASANG TILES @ CAR PORCH

projek memasang tiles di car porch

Ermm agak lama juga mama menyepi atas sebab tidak begitu sihat dan kepenatan setelah menghantar angah ke matrik tempohari. Lepas tu sibuk dengan kursus pulak.... lepas tu kenduri kahwin....
Ahad lepas anak teruna mama dah kembali ke asrama. Tinggal along yang akan memulakan semester 3 pada minggu hadapan... Nampaknya tinggallah mama dan en hubby berdua. Sunyi la rumah mama. Keluar pagi lepas subuh dah dekat maghrib baru sampai balik rumah.
Ni nak cerita pengalaman pasal tiles di car porch. Masa mamma renovate rumah bahagian dapur dulu ingat nak buat sekali depan tu. Tapi disebabkan upah yang diminta tu mak ooi mahalnya maka tangguh dululah... Tahun lepas nak buat, tapi disebabkan kesihatan mama tertangguh lagi. Jadi tahun ni agak lega maka teruslah dengan projek ni. Diperkenalkan oleh bos en hubby bahawa mat indo ni buat renovation rumah dia ok... harga pun berpatutan, maka en hubby pun panggillah mamat ni untuk berbincang. Masa ni akhir april.  Memandangkan tiada ada kepentingan nak buat segera kami minta masa dulu lah selepas berbincang dengannya. Sebab banyak agenda pada bulan mei.... sibuk sangat.... ingat akhir mei baru nak buat. Mamat ni tak henti-henti call tanya bila nak buat... ermm lemas jugalah. Dia siap tawarkan duit dia dulu beli barang  lepas tu bayar kemudian kalau  tak ada duit lagi.... aduhai macam terdesak aje dia.. tak ada kerja la kotnya.
Harga barang dan upah ialah RM 4400.00. Kami minta detail barang yang nak dibeli dengan kos.
Pasir 5 katanya lah.... (unit scope) simen 35 bag, tiles 740 keping, RM 2.60 sekeping , simen gam 3...
Setelah survey kami dapati harga tiles hanya RM2.20 aje... errm tak boleh jadi ni... tu belum masuk harga pasir dan simen... semuanya dia mark up ...
Jadi kami tak setuju dengan harga itu..... kalau harga sekitar RM 3500.00+ boleh lah... sebab dah tanya jiran upah saja RM 1100.00...
Last dia kata RM 3750.00... ok la tu kami rasa... panggil lagi untuk tunjuk corak tiles sebab pilih 2 warna... corak tu anak teruna mama yang cadangkan... kami bersetuju macam kat atas tu la...untuk pengesahan kerja kami jumpa sekali lagi mamat ni.... last dia minta RM 4K. Ini melibatkan pembelian barang dan juga pembuangan sisa binaan nanti. Setelah itu dia minta duit untuk beli pasir dan simen untuk ratakan car porch tu. Dia minta RM 700.00 tapi en hubby bagi RM 500.00 je dulu untuk beli pasir dan simen aje... satu lori kecil mama dah survey RM 120.00.... pasir dalam 4@5 bag cukup... baru RM 18 /bag...
Katanya esok pagi nak buat leveling tu.... balik kerja dalam perjalanan dia call kata nak duitt lagi petang ni... aduhai sebelum tu mama dah call along tanya apa yang mamat tu dha buat... tak ada ape katanya  tak datang pun, pasir pun lori tak hantar... angin la mama... kerja tak buat nak duit je... dia tak datang petang tu. Esoknya anak mama kata dia datang dan buat kerja. Lepas tu petangnya dia minta duit beli tiles. Okalah en hubby bagi RM 1K... janjinya bila tiles sampai kami akan jelaskan COD bakinya. Selepas tu dia balik dan sebelah malamnya dia call esok nak RM 1K lagi...aduhai.... tak macam yang dia janji kan.. en hubby kata tak pe lah bayar je... kerja baru sehari buat, duit dah bagi RM 2500.00. Esoknya (Jumaat) tiles sampai dia pun buat kerja... bila mama balik petang jumaat tu dia dah buat kerja hampir 70 %. Esoknya Sabtu (Hari Agong). Dia datang sambung kerja... pas tu bagi tau tiles tak cukup, simen tak cukup.... aduh kenapa tak cukup ya... dia kata design yang buat tu tak sama kena tambah tiles warna gelap. Yang mama hairan kalau tiles gelap tu kena tambah , tiles kuning tu mana sebab jumlah semua patut ada 740 keping. Dia minta 2 bag simen dan 7 kotak tiles... mama bagi tau en hubby kedai tutup sebab hari agung, tapi nak puashati dia keluar juga cari kedai tiles... sana sini tutup... buang masa dan penat mama je... dah lah ada kenduri kahwin nak pergi hari tu... Ahad kedai tutup gak... so Isnin baru boleh sambung. Pagi Isnin mama call kedai tiles tu tanya berapa banyak tiles yang mamat tu beli dia kata kuning 21 kotak dan 15 kotak coklat baru 36 kotak jumalahnya. Tiap kotak 15 keping ....jadi cuma ada 540 keping.... patutlah tak cukup....pas tu mama kata ape-pae hal dia setelkan sebab isnin kami kerja... tak ada orang dirumah. Dia minta dut algi...en hubby bagi baki RM300 utk barang... selebihnya untuk upah kerja. Anak teruna mama dah balik asrama ahad tu. Jadi mama tak mau dia kacau along... tu cakap tak ada orang kat rumah...
Dah call along ada tak mamat tu datang kerja ...ada katanya... so dalam perjalanan balik mama cakap mesti dia nak duit baki dia. Bila sampai rumah kerja dia dah 'siap' tapi mama memang tak puashati. Tembok luar pagar tu hannya dipasang tiles atas dan bahagian depan je, belakang dia tak buat kiridan kanan. Finishing juga menyakitkan mata.... aduhai.... malas nak bercakap banyak mama terus masuk rumah bila dia datang nak duit. Kerja tak sempurna....dia kata tiles tak cukup. Tanya berapa kotak dia beli, dia kata 5 kotak tak hal cina kedai tiles bagi tau mama pagi tadi dia hanya ambik 4 kotak aje. Dia kata tiles dah habis kena order. Tak puashati betul. En hubby kata tak pe lah bayar dulu dan tinggalkan RM 200.00 duit upah tu. Bila dia habis buat kerja nanti baru bayar.....
Taak puas hati pagi esoknya mama call kedai tiles tu tanya warna coklat tu ada lagi... ada tapi tak banyak....see mamat tu kelentong kami..... sabar je la....
tengok kat bahagian kiri tu... finishing memang tak cantik... bahagian luar tembok tu tak pasang tiles...
sebelah kanan...abaikan pagar tu ya dalam proses nak tukar pagar baru lepas ni...
Nasib baik tak bayar habis lagi... kalau tak memang sakit hati.... janji pasang tiles tu setakat tembok aje... tapi pasang lebih panjang dari tembok tu... aduh....Mamat ni memang nak untung yang berlebihan ... tiles aje dia dah ambik RM 220.00, pasir dan simen hampir RM 300+ tu.... tu pun mama kata harga tiles tu RM 2.20 kaalau tak dia rembat RM 2.60.... kiralah berapa tu...siapa nak buat kerja ni, bayar upah aje, beli barang sendiri lebih untung.....