PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 29 January 2016

ALKISAH RUMAH SEWA


Assalamualaikum... lama juga lah mama tak update cerita di sini .  Hari ni mama nak cerita pasal rumah sewa. Bagi kebanyakkan kita yang dah bekerja akan merasa untuk duduk rumah sewa sekiranya majikan tak sediakan tempat tinggal. Ada yang sewa bilik ada yang sewa rumah bergantung pada keadaan. Harga pulak sekarangnya boleh dikatakan agak tinggi jugalah bergantung pada lokasi  rumah tersebut.

Pelajar juga tidak terkecuali akan duduk rumah sewa jika tidak dapat mendiami asrama yang disediakan  oleh pusat pengajian masing-masing kan.

Pengalaman mama duduk rumah sewa bermula semasa mama kerja di daerah A di Selatan tanah air. Mama sewa dengan rakan seramai 3 orang rumah teres 2 tingkat. Tak jauh dari tempat kerja mama, jalan kaki dalam 5 minit dah sampai... jimat kan tak perlukan tambang penggangkutan awam. masa tu mana ada kereta pun. Tak lama dalam bebrapa bulan je..pas tu mama pindah  tempat kerja dok rumah denan mak  di kampung pulak.   Lepas tu bila mama kahwin pulak, mama pun dok kat rumah sewa juga tapi tak lama la sebab lepas tu dok kuarters en hubby dalam 2 tahun lepas tu pulak dok rumah sendiri yang baru dibeli...
Apabila mama pindah  rumah tersebut mama sewakan kepada sahabat dari ofis lama en hubby mama. Kadar sewa masa tu 2009, RM 400 sahaja. Rumah tersebut baru aje mama buat renovation depan dan belakang termasuk porch. Kiranya dapur amat-amat luas, bilik ada 4. Depan juga mama tarikh sliding door 10 kaki lagi dan tambah pintu masuk panel dari tepi. Cuma yang mama tak tukkar adalah pagar asal. Keadaan rumah semasa mama sewakan penyewa masuk boleh terus tidur. Tiada habuk, sawang dan sebagainya. Semuanya mama dah bersihkan. Ada satu set sofa, dapur dengan kabinet, bilik air ada shower, langsir sliding door , almari hiasan dan juga almari untuk pinggan mangkuk didapur.

Dalam tahun 2012 kadar sewa di sekitar perumahan mama naik mendadak hingga ke RM 700. Itu pun rumah yang belum ada tambahan apa-apa.. saiz yang kecil dan hanya 3 bilik je... 
Penyewa sebelum ini nak beli rumah mama ni, tapi mama tak berhajat untuk jual. Maka penyewa telah membeli rumah sendiri dan pindah pada pennghujund disember 2015 yang lepas. Mama ada naikan kadar sewa rumah sebanyak RM 70 kira-kira 2 tahun lepas dan bercadang untuk naikkan lagi berdasarkan harga semasa di kawasan tersebut.

Mama bagi syarat dulu sebelum masuk rumah, jika keluar dari rumah mama nanti mestiklah keadaannya macam mana masuk  bersih dan tiada tinggalan sampah sarap di rumah mama.  Kunci perlu serah sendiri pada mama. Oleh yang demikian mama datang jumpa dia pada 1 Januari 2016 untuk tengok keadaan rumah dan ambil kumci rumah. Alhamdullilah dalam rumah boleh la diterima keadaanya tapi masih banyal sawang-sawang terutama di railing langsir, lapu, siling dan tingkap-tingkap. Macam tak pernah bersihkan aje ... allahuakbar. Mama tinggalkan langsir di pintu sliding tu tak pernah basuh kot 7 tahun, berhabuk dan hitam legam, mereput dah jadi rupa kain orang lap kereta.... warna purple light dah jadi kelabu kehitaman... aduhai...

Bahgaian luar belakang rumah mak aiii memang kotor yang amat.... siap ada bangkai kucing lagi yang mati... dan bahagian luar kiri rumah juga cam tu...
buka aje pintu dapur nampak ni...

ruang kanan  luar bahagian dapur  rumah

tengok la habuk di daun pintu tu
Banyak lagi la yang mama tak sempat nak ambik gambar... masuk je terus tak menyempat nak kemas...tak tahan la nak menengoknya..

Mama datang 2 kali... kali pertama 2 hari untuk memberikan segala kotoran , kali ke dua 4 hari lagi.  Cat semula ruang tamu, baiki paip air, kipas, pintu bilik air, pasang shower, bersihkan sawang-sawang dalam rumah, yang juga betul bumbung yang bocor. Ingat nak cat semula ruang dapur tapi kudrat tak mampu la...

Keadaan bilik mandi dan toilet yang tak pernah cuci kot... penuh sawang, toilet bowl kotor... ermmm

selepas dibersihkan...
ruang tamu yang sudah di cat dengan warna cream kekuningan... asal putih
ruangan dapur yang luas
toilet asal , ruang dapur asal kecik je... ruangan dapur tu tambahan sendiri
pandangan dari dalam ruang tamu... langsir tu baru pasang yang lain...
pandangan depan
dari luar pagar

Alhamdullilah siap la kerja yang dilakukan dan mulai 1 Februari dah ada penyewa baru. Semoga penyewa kali ini dapat menjaga rumah kami sebaiknya...




No comments:

Post a Comment