PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 18 February 2016

KISAH PT3 2015

Dulu LCE. Lepas tu SRP . Lapas tu lagi PMR. Terkini PT3. Peperiksaan bagi pelajar tingkatan 3. Semalam keputusan PT3  telah diumumkan secara rasminya. Namun keputusan PT3 ini tiadaklah segah keputusan UPSR ya. Ini disebabkan keputusan ini sebenarnya sudah diketahui sebelum cuti sekolah bermula lagi. PT3 ini merupakan tahun kedua ianya dijalankan. Jika tahun 2014 ramai ibu bapa dan kalangan pendidik  sendiri tidak puashati mengenai PT3 ini, tapi kali ini tidak banyak isu ketidakpuashatian ibu bapa dan guru yang kedengaran. Mungkin dasar ini telah sedikit sebanyak dapat diterima oleh warga pendidik dan ibu bapa.

Alhamdullilah mama besrsyukur anak teruna mama mencapai keputasan yang memuaskan walaupun tidak dapat straight As. Namum begitu masih banyak ruang untuk memperbaiki keputusan peperiksaan yang paling penting dalam alam persekolahan iaitu SPM 2 tahun dari sekarang. SPM menentukan hala tuju anak-anak ini untuk belajar keperingkat yang lebih tinggi .

Sebelum anak mama duduk peperiksaan PT3 ini, mama dah tengok soalan bagi percubaan matematik dan sains. Pada pendapat mama soalan yang dikemukakan memang sukar. Untuk memahami soalan matematik juga mengambil masa yang agak lama dan untuk mencari jawapan perlukan kemahiran yang tinggi. Begitu juga soalan sains. Kasihan juga la kat anak mama ni. Kurikulum PT3 ini tidak sama dengan PMR yang mana soalannya adalah lebih mudah. Ada pilihan soalan objektif. Tak dapat boleh tembak aje, kebarangkalian untuk betul itu ada. PT 3 ini pula semua soalan subjektif, tak tau memang tak boleh jawab la jawabnya....

Namun mama bersyukur sangat dengan keputusan yang nak mama perolehi. Tapi bagi cucu saudara mama, iaitu cucu bongsu anak sulung kakak mama  gagal mendapatkan keputusan yang baik . Banyak subjek utama yang gagal iaitu matematik, sains dan English. Bagi ujian lisan BM dan english juga kurang memuaskan sangat. Sekiranya keadaan ini berterusan maka agak sukar baginya untuk menduduki peperiksaan yang lebih besaar iaitu SPM. Mama harap  dia akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan ini bagi menduduki SPM 2017.

Mama juga berdoa agar anak-anak mama semua berjaya dengan cemerlang dalam bidang pelajaran, mendapat pekerjaan yang baik, jadi anak soleh dan solehah, diberkati kehidupan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment