Assalamulaaikum buat semua yang menziarahi di sini. Semoga kita terus diberikan kesihtan yang baik dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat.
Alhamdullilah Isnin lepas 15 Februari 2016, anak teruna mama telah memulakan pelajaran di sekolah yang baru di MRSM Taiping. Tahniah buat anak mama dan rakan-rakannya seramai 35 orang yang berjaya menempatkan diri di MRSM dalam tingkatan 4. Semoga anak mama dan rakan-rakan yang lain akan berusaha bersungguh -sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang di sini dalam SPM 2017.
Memandangkan mama tak pernah ke Taiping sebelum ini, maka kami bertolak awal sehari iaitu hari Anad petang dan bermalam di Hotel Legand In di bandar Taiping. Kami duduk bilik standard aje.. alhamdullilah bilik amat luas dan memuaskan berbaloi dengan harga murah yang dikenakan. Hotel pula sebelah masjid, jadi en hubby dapat solat berjemaah untuk subuh. selepas check in hotel, kami keluar untuk ke MRSM pula, supaya pagi esok mudah untuk kami terus kesana. Alhamdullilah mudah aje dan tak jauh hanya 3.5 kam aje dari hotel. Lepas tu kami makan malam dan seterusnya ke Taiping Mall untuk beli blous yang angah nak sebab angah ada event di UPM untuk jadi MC dengan tema blous putih. Mudah nak beli sebab ukuran badan sama dengan anak teruna mama ni. Pilih baju, ambil gambar dan hantar whatsapp untuk confirm. Mudah bukan zaman sekarang ni dengan teknologi masa kini. Alhamdullilah settle, angah nak pakai baju ni 18 Fenruari. So balik Taiping terus hantar nanti.
Pagi esoknya, kami check out hotel 7.30 pagi. Dalam perjalanan ke MRSM singgah sarapan di warung sulu, Tersukan perjalanan dan sampai 8.15 pagi di pagar sekolah. Banyak sudah kereta parking jadi mama dapat parking berhampiran pinti gerbang sebelum masuk pagar sekolah... kira-kira hampir 100 meter kot...
Proses pendaftaran berjalan lancar. Setelah pendaftaran, kena angkat barang ke asrama. asrama agak jauh gak la di bahagian belakang sekali. Masuk pagar sekolah sebelah kiri ialah surau dan kanan blok pentadbiran. Pendaftaran di buat di blok ini. Selepas itu, kami terus angkut barang ke asrama. Di sini, pelajar ditempatkan dalam dorm, bukan bilik macam di KKB. Anak mama duduk tingkat atas, blok asrama hanya 2 tingkat sahaja. Namun begitu terdapat partition bagi setiap 2 katil . Keadaan asrama sangat bersih tiada sawang mahupun habuk. katil telah ada cadar dan selimut terpasang. Cuma bantal tiada. Alhmdullilah selesai urusan di asrama jam 9.30 pagi. Lepas itu, pergi ke koperasi untuk ambil baju batik dan T Shirt orientasi serta sarung bantal.
Jam 11.15 pagi taklimat ibu bapa oleh pengetua MRSM, seterusnya perjumpaan home room dan pelajar dibenarkan keluar bersama kelurga masing masing sehingga jam 6.00 petang. Mama pun keluar makan tengahari dan seterusnya kembali ke sekolah, solat zohordan asar jamak, hantar anak mama ke asrama dan bertolak balik kira-kira jam 3.30 petang.
Alhamdullilah mama dan en hubby selamat sampai rumah sebelum maghrib. Esoknya kami bercuti sambung cuti sebab kepenatan...
Jom layan gambar pulak
|
pagar masuk sekolah |
|
menyemak nama di kaunter semakan |
|
|
sebahagian teaman seperjuangan dari KKB yang sama mendaftar |
|
Tempat beradu anak mama |
|
Teman baru katil sebelah : Hanafi... orang perak |
|
Berbual dengan atuk dan nenek hanafi |
|
ukur saiz baju dulu sebelum ambil |
|
Taklimat ibu bapa |
|
Perjumpaan dengan home room |
|
Takwim setahun untuk rujukan ibu bapa |
|
Hiasan landskap yang cantik |
|
surau dari depan |
|
bangunan pentadbiran |
|
pandangan depan pentadbiran |
|
landskap jalan masuk ke asrama belakang tu kawasan berbukit yang cantik dan boleh nampak air terjun |
Subhanallah...terkejut skjp...bila scroll gambar...eh.eh..anak saya...Uden pun adew gak...hihi...Salam Ukhwah kak...tak dpt kenalkan diri alam realiti...alam maya pun cukup...hihi...Setahun dah berlalu...Semoga anak2 kita cemerlang SPM nnt..aamiin..
ReplyDeleteInsyalllah... mudah-mudahan semua anak-anak kita akan berjaya dengan cemerlang menjadi insan soleh dunia dan akhirat...
DeleteInfo yg berguna. Anak sy akan daftar pada 6/2/17 dari mrsm kuala lipis sebelum ini. Tu yg cari2 info dan terjumpa blog puan. Tq
ReplyDeleteAnak puan baik orgnya. Sopan je. Xbyak ckp sgt. Sy org yang masak didewan makan mrsm taiping dulu.
ReplyDeleteTerima kasih ya.. alhamdullilah dia ni memang penyegan orangnya.. tapi kalau ada kawan yang sekepala dengan dia riuh rendah juga ..
Delete