PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 11 May 2015

PENGALAMAN HAJI 2014 :HEBATNYA DOA


Kali ni mama nak cerita salah satu kisah yang mama lalui sendiri. Allah itu maha mengetahui lagi berkuasa.
Sebelum mama menunaikan fardu haji tahun 2014, pelbagai persiapan yang mama lakukan. Antaranya membaca pengalaman orang lain yang telah pergi haji. Membaca buku berkaitan haji selain daripada kursus haji yang dianjurkan oleh pihak TH. Selain daripada itu, bertanya dengan rakan -rakan yang baru saja menunaikan haji pada tahun sebelumnya. Sebelum menunaikan haji tu, mama melakukan solat hajat agar mama dapat menunaikan ibadah haji bersama en hubby dengan sebaik-baiknya, memudahkan segala urusan di tanah suci, arafah, mudzalifah dan juga mina. Mempermudahkan mama untuk melontar jamrah, tawaf, saie dan pelbagai lagi. tidak lupa juga untuk memudahkan mama dalam urusan tandas terutama semasa di arafah dan mina.  Mama berdoa agar mam dapat sebilik yang boleh bertolak ansur dari segala segi. Mama juga menyediakan satu buku nota kecil yang mama tulis semua doa-doa yang hendak mama pohon terutamanaya semasa dibumi arafah yang mana salah satu tempat mustajab untuk berdoa. 

Alhamdullilah perjalanan haji mama berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Mama dapat rakan sebilik yang tidak ada masalah samada di Madinah mahupun di Mekah. Perjalanan haji yang kami lalui sungguh mudah. Syukur alhamdullilah. Perjalanan menuju ke Arafah berjalan lancar, hanya kurang sejam sudah samapai, ke mudzalifah perjalanan tidak sampai 30 minit rasanya, begitu juga perjalanan ke Minna dari mudzalufah kurang dari sejam. Daripada pembacaan mama  ada yang sampai tunggu berjam-jam dalam bas, sesat dalam perjalanan, kerosakan bas, dan pelbagai lagi. Namum bagi mama semuanya amat mudah, walaupun mama pergi secara muasaasah, bukan ikut pakej. Syukur alhamdullilah.  Maka dengan itu, mama amat-amat bersyukur. Keadaan cuaca di sana pada ketika itu adalah musim panas. Di Madinah cuaca hampir 47 Celcius

Mama naik Saudi Airline dengan penerbangan pertama melalui KLIA pada 27 Ogos 2014 dengan jemaah seramai 450 orang. Ramaikan... biasanya mama naik flight kecik je... ni belum masuk kakitangan yang bertugas dalam pesawat tu.
contoh dari en google
 Kedudukan dalam pesawat ada 3 bahagian, kanan , tengah  dan kiri. Kanan 3 tempat duduk, tengah 4 tempat duduk manakala kiri 3 tempat duduk.

Boeing 747-400
lebih kurang cam ni la kan..kiri tu kepala pesawat kanan ekor...
                                     

Mama dapat tempat duduk yang sepertiga belakang.... kerusi mama 54H. en hubby 53 H.... Aduhai baru mama sedar yang mama tidak dapat duduk bersebelahan en hubby. Kalau duduk tengah ada 4 temapt baru boleh duduk suami isteri. Redha aje la... en hubby depan mama. Sebelah mama pasangan suami isteri. Sebelah hubby pun pasangan suami isteri. Perjalanan mengambil masa 8 jam.. tapi kami jarang berbual dengan orang sebelah kami. Perasaan yang bercampur baur, teruja dapat menuanaikan haji, berdebar semuanya ada. Lagi pun memang dalam kepenatan masing. Jadi masing-masing diam dan tidur. Rupanya pasangan sebelah mama dan en hubby merupakan kawan sebilik semasa di Mekah. Di Madinah, kami tidak dalam bilik yang sama.

Tetiba semasa di Mekah sebelum mama berangkat ke Arafah untuk wukuf, mama teringat yang mama tidak pernah pun berdoa untuk dapat tempat duduk sebelah en hubby semasa perjalanan dalam pesawat. Allahuakbar. Maka mama memohon doa agar perjalanan balik ke Malaysia nanti, mama akan dapat duduk sebelah en hubby dalam pesawat. Mama sentiasa pohon kepada Allah agar memberikan mama peluang itu.
Tibalah masa balik. Sebelum ke Jedah, kami telah diberikan tiket penerbangan balik. Allahuakbar, nombor tempat duduk mama sama dengan nombor masa pergi. Cam tu juga dengan en hubby mama. Nampak gayanya kami kena duduk berasingan lagi. Redha aje lah. Hati mama kata aku tak pernah doa dan minta dengan Allah. Maka aku tak dapat la. Redha aje la...
Tiba waktu naik pesawat, dari Jeddah, pintu tempat menunggu mama dibuka lebih awal. Kami menaiki trem untuk ke pesawat hampir beberapa kilometer juga lah kot. Maka dengan itu group mama sampai dulu ke pesawat. Mama pulak duduk dekat pintu trem tu. Jadi mama dan en hubby antara yang awal dapat naik pesawat. Apabila naik aje ke pesawat, pramugari memberitau kami semua, tempat duduk adalah bebas. Pilih aje mana nak duduk. Masyalllah hati mama berbunga-bunga riang sebab dapat pilih tempat duduk. Dah tentu mamma boleh duduk sebelah en hubby mamakan. Hubby kata jom kita naik atas, sebab pesawat ni besar ada tingkat atas. Bukan senag kita nak dapat tempat duduk bahagian atas tukan. Mama pun ikut je la.. Kami naik tangga menuju ke bahagaian atas. Di bahagian atas tempat duduk nya hanya ada 2 bahagian kiri dan kanan aje. setiap bahagian ada 3 tempat duduk. Kami anata yang awal naik, jadi boleh pilih tempat duduk. allah seronoknya. Mama duduk rasanya kalau taidak silap baris ke 3 tau 4 dari depan... En hubby duduk di tepi tingkap. Mama duduk tengah. sebelah mama seorang jemaah haji wanita.. Syukur sangat-sangat doa mama untuk duduk sebelah eh hubby dalam perjalanan balik dimakbulkan. Amin ya rabbalalamin. Hanya Pada NYA mama bersyukur. Allah maha besar maha berkuasa lagi mengetahui. Tidak mama duga kami akan dapat duduk sama dalam pesawat. Walhal kalau ikutkan tempat berdasarkan tiket dah tentu mama tidak berpeluang duduk sama dalam pesawat. Allahuakabar. Sesungguhnya hebatnya doa. Banyak lagi yang ingin mama kongsikan tentang pengalaman haji mama dengan tujuan untuk panduan buat sesiapa yang belum pernah menunaikan haji atau umrah.