PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 30 June 2014

SALAM RAMADHAN

                                

Assalamualaikum. Hari ini sudah 2 Ramadhan. Sekejapnya masa berlalu. Teringat Ramadhan tahun lepas, mama berada di IJN.....

Moga Ramadhan kali ini mama dapat buat sebaik mungkin. Tahun lepas mama tidak berpuasa hampir 2 minggu, tidak melakukan solat terawih, solat pun cara duduk aje...

Tahun lepas sebulan bulan puasa en hubby yang menyediakan segala keperluan bersahur dan juga berbuka. Masa tu angah ada lagi di rumah. Tahun ini hanya mama berdua sahaja dengan en hubby di rumah. Angah pertama kali berpuasa sendirian di asrama nun jauh di utara. Manakala along dan anak teruna mama ini merupakan tahun ke dua mereka berpuasa di rantauan.

Puasa kali ini dikatakan mencabar kerana keadaan cuaca yang panas. Apa pun kita berdoa agar segala urusan kita dipermudahkan. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik.