PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 9 December 2015

Perangai Jiran Part 2

Sebelum ni mama ada menulis kisah jiran ku  http://mama-arra.blogspot.my/2013/08/pearngai-jiran.html
Aduhai memang menyakitkan hati kalau kita dapat jiran yang mementingkan diri sendiri, tidak menjaga kebersihan dan tidak peduli akan sensitiviti dan menghormati hak jiran.
Lebih teruk lagi kalau terkena hak dia pandai pulak bising.....kalau orang punya dia tak ambil kisah langsung pun....
Sedia maklum duduk rumah teres di taman kan kawasan sedia ada memang kecil. Porch pun boleh masuk sebuah kereta kalau yang jenis MPV atau kereta sedan yang besar, tapi kalau saiz Axia atau Myvi, dua boleh letak la. Tapi memang sempit la nak keluar masuk rumah. Yang paling mudah satu kereta kat dalam pagar satu lagi depan pagar. Rata -rata kini semua jiran ada 2 kereta, satu untuk diri sendiri dan satu lagi untuk suami atau isteri. Tu belum masuk lagi motorsikal dan basikal untuk anak-anak. Jadi ruang porch akan tambah sempit. Nak letak ampaian sidai baju lagi...

Jiran kanan mama ni  dah la ada  3 biji kereta bayangakanlah, motorsikal dan 3 basikal... kereta Unser, Myvi dan sebelum ni Mercedes dan Perdana. Mana nak letak semuanya depan rumah sendiri kan. Dah tentu ambik ruang kawasan jiran kan. Pada hal kalau nak parking tak ganggu jiran ada je ruang tu tapi kenalah jauh dari rumah tu. Jauh pun tak la jauh mana dalam 50 meter je pun. Ni tak suka menyusahkan orang lain. Lepas tu jiran ni suka pulak bawak balik kereta kawan ofis dia yang balik Sabah atau Sarawak bercuti. Lama pulak tu... Kereta kawan dia pun nak gak letak dekat depan rumah dia... macamnana tu....
 Selain daripada tu selalu bawa balik van yang best tu macam starex... teksi lagi...
Bila kereta tu banyak, mama nak keluar masuk kereta dari porch tu memang susah sangat...
Kadang tu depan pagar dia  kosong, tapi paking kawasan jiran sebab senang dia nak keluar masuk kereta dan motor dia... tapi apa hal dengan kita pulak... kita yang nak kelaur masuk susah.. pentingkan diri sendiri  betul..

Satu lagi perangai yang menyakitkan hati ialah pembuangan sampah dan sisa domestik. Tong sampah disediakan namun tidak digunakan sebaik-baiknya,. Sampah pampers, sisa makanan tidak buang dalam plastik hitam. Dibiarkan bersepah. Tong tampah tak nak di tutup. Main campak aje. Sisa makanan bersepah-sepah. Pungutan sampah hanya 3 kali seminggu. Bayangkalan bau busuk, lalat dan juga ulat -ulat pun ada. Masyalllah....pelik bin Ajaib la. Tiap kali memang mama yang akan tutup tong samapah dia. Kalau tak lagi teruk semua yang dia campak dalam tong tu keluar, kucing lagi akan menyepahkan samapah-sampah tu...

En hubby cat semula penutup sampah ni, sebab sebelum ni anak jiran dok conteng macam yang rumah dia  tu...
Tengoklah sampah yang besepah didepan pintu tong samapah tu... aduhai...
lihat la ni  ulat samapah melompat-lompat... menjijikkan

basah lembab, bau busuk sebab samapah tu main campak je dalam tu, bukan nak masuk plastik hitam ikat elok-elok...
ada yang lebih teruk dari ni lagi.. dalam tu masyallah tak berbasuh... memeng mengelikan... tikus pulak banyak..hu..hu siap menari sana sini kalau pagi masa mama nak keluar gi kerja

Anak semuanya bukan kecik, 4 orang, tingkatan 6 atas, tingkatan 5, 3 dan darjah 5... semua perangai buat tak tau je.. suka baling je sampah tu....
Kalu anak-anak mama memang dah kena kalau buat cam tu...nak tegur susah, tak tegur hati sakitttttt...



1 comment:

  1. Tidak menepati ciri2 Islam dlm adab berjiran.

    ReplyDelete