Assalamualaikum.
Bersawang sudah blog mama ni. Kali ini mama ingin membuat coretan sebagai kenangan untuk mama sendiri, dan boleh berkongsi juga kepada sesiapa yang belum pernah ke Bandung.
Untuk pengetahuan, pengalaman mama ini juga merupakan pengalaman pertama kali jenjalan ke luar negara selepas menunaikan haji 2014 bersama en hubby, dan umrah 2018 bersama keluarga.
Mama belum pernah makan angin ke luar negara bersama keluarga mahupun sendiri ya.
Jadi mama pun mula baca pengalaman ke Bandung ni melalui carian di google.
Untuk pergi sendiri, en hubby tidak yakin, maka tuga pertama mama adalah mencari agensi pelacuncan yang akan menguruskan perjalanan mama sekeluarga ke Bandung. Banyak angensi pelacungan yang mama hubungi, dan akhirnya setelah berbincang dengan suami kami sepakat memilih agensi ST. Kami sanggup pergi sendiri ke agensi ini untuk bertemu mata dan bertanyakan pelbagai soalan walaupun sebelum itu mama sudah berhubung melalui whatsapp.
Akhirnya kami pun buat semua bayaran seperti yang dipersetujui dan tarikh kami pergi ialah pada 29 Januari 2020 hingga 1 Februari 2020 iaitu 4 H 3 M. Bayaran yang dikenakan meliputi tiket penerbangan pergi balik, hotel dan penggangkutan sepanjang di sana. Ianya tidak termasuk tiket untuk masuk ke setiap tempat lawatan, makan dan minum, bagasi dan insuran perjalanan.
Penerbangan kami pada pukul 6.45 am hari Rabu dan balik 7.50 petang hari Sabtu dengan Air Asia.
Perbezaan waktu antara Malaysia dan Bandung ialah 1 jam iaitu awal sejam berbanding waktu Malaysia.
Waktu pergi mama beli bagasi 20 kilo untuk bawa 2 beg besar sebagai bagasi dan balik 50 kg. Beg kabin 7 kg seorang. Mama juga beli sarapan pagi waktu pergi dalam kapal terbang.
Waktu check in di KLIA2 adalah 4.30 pagi. Mama diberitau oleh agensi ST untuk berada di kaunter V, dan pihak ST akan uruskan semua urusan tiket dan check in bagasi. Alhamdullilah, masa yang dijanjikan kami jumapa wakil ST. Nanti dihujung coretan mama ini akan mama ceritak sesuatu di luar jangkaan yang terjadi pada ketika ini.
Tepat waktu kapal terbang berlepas dan kami selamat sampai di Bandung 2 jam 15 minit kemudian.
Sampai di Airport Bandung, agensi Bandung yang diuruskan oleh ST dah menunggu kami. Pemandu yang menemai kami selama 4 H 3 M di Bandung dikenali sebagai Pak Agus. Beliau sangat menepati masa, berhemah dan lembut cara percakapannya. Beliau berkerja dengan agensi Dwi Bandara Bandung. Kami amat berpuashati dengan Pak Agus ini.
Sepanjang di sana kami di tempatkan di Scarlet Hotel. Hotel ini dalam kawasan bandar Bandung. Oklah kami rasa duduk sini. Sarapan pagi di sediakan di hotel ini. Manakala makan tengahari dan makan malam kami makan sendiri dengan tempat makan yang ditujukan oleh Pak Agus. Segala urusan hotel juga diuruskan oleh pihak agensi.
Itinary tealh diberiakn oleh pihak ST tapi dimaklumkan ianya boleh diubah, Maka yang mama cerita ini adalah berdasarkan itinari yang anak mama buat. Kami tak larat nak jenjalan bila sampai sebab letih . Oleh itu kami minta Pak Agus bawa bawa ke Rumah Sulam, Pasar Baru dan Cimpalas walk.
Di Pasar Baru ini. ianya luas macam GM Klang, 8 tingkat. Kat sini jer boleh ambil masa berjam-jam sebab kedai yang begitu banyak.
Pak Agus turunkan kami di sini, ada seorang yang tunggu kami dan menunjuk arah dan menemani kami. Cakap aje nak beli apa nanti akan ditunjukan tempat nak membeli. Lepas beli dia akan tolong bawa semua barang yang kita beli tu. Tips untuk dia ni telah termasuk dalam pakej. Jadi tak bayah bayar apa-apa pun tak apa. Namun kalau nak besedekah juga tiada masalah. Terpulanglah kepada masing-masing.
Lepas ronda kat sini kami rasa sangat lapar maka kami minta Pak Agus bawa makan tengahari.
Kat kedai ini kami dihidangkan dengan begitu banyak makanan, namun harga akan dikenakan ke atas makanan yang kita makan. Oleh itu, jika tidak mahu makan jangan usik pinggan hidangan tersebut.
Lupa pulak nama tempat ni.. Makanan padang kot..
Lepas makan kami minta chek in hotel dulu. Kami letih dan nak rehat serta tidur sekejap. Malam pukul 7 kami minta ambil untuk makan malam. Kami di bawa ke tempat makan Nasi Ayam Penyet ..aduhai lupa apa namanya.. tapi memang ramai orang dari Malaysia makan di sini. Harga makanna nya lebih kurang RM10.00 seorang untuk nasi. So oklah kan.
Lepas makan kami ronda-ronda kat bandar .. lalu kat kawasan hantu2 tu.. Nak turun nanak mama tak mahu, tak berani... so tengok dari dalam kereta jer la.. tersukan perjalanan ke Cimpalas Walk.. Kat sini pukul 10 malam banyak kedai tutup.. Jadi balik tidur lah..
Hari 2 kami mulakan perjalanan selepas sarapan pagi di hotel jam 8 pagi. Kami di bawa ke kawasan Bandung Utara. Kawasan yang dikenali sebagai Maribaya ni merupakan kawasan tanah tinggi yang cantik pemandangannya. Banyak spot menarik untuk mengambil gambar, namun perlu dingat setiap temapt tersebut dikenakan bayaran masuk ya. Bayaran ini berbeza-beza .. sekitar RM 7.00-RM 15 .00 seorang. Ini tidak masuk bayaran awal untuk masuk kes ini iaitu RM 10.00 seorang.
Jika gunakan khidmat jurugambar, banyaran RM 3 dikenakan untuk setiap keping gambar yang di transfer menggunakan aplikasi dalam telefon. untuk print gambar pulak dikenakan bayaran lagi ya. Maka sediakan jer la duitnya...
Kami tak masuk pun semua tempat kat Maribaya .. lepas itu kami pergi ke Floating Market. Kat sini banyak makanan di jual di atas sampan sekitar tasik. Pembelian makanan disini akdalah menggunakan token. Jadi pastiakn harga makanan yang hendak dibeli dan tukarkan duit rupiah kepada token. Jangan riasu banyak tempat penukaran token di sini. Cuma token tak boleh ditukar kembali kepada rupiah. Sebab tu kena tau harga makanan yang hendak dibeli di sini dahulu.
Lepas itu kami ke Farm House pula.. Kat sini banyak tempat untuk bergambar juga,,
Masuk pun kena bayar tapi tak ingat berapa sebab bayaran di buat oleh en suami dan anak .
Cuma kat sini setiap tiket bayaran yang di buat boleh di tebus untuk dapat minuman free. Sama juga kat Maribayar tadi.. Tiket masuk awal tu boleh tebus minuman free.
Banyak tempat lagi boleh pergi kat Bandung utara ni.. tapi kami dah tak larat nak pergi.. so kami balik hotel berehat. Malam lepas maghrib kami makan malam lepas tu kami ke factory outlet. Pukul 10 malam balik hotel dan tidur..
Hari ke 3, kami bergerak lebih awal selepas sarapan pagi di hotel, ke Bandung Selatan. Untuk ke tempat Kawah Putih iaitu tempat bekas gunung berapi yang telah meletup ratusan tahun dahulu. Perjalanan kesini sekitar 1jam setengah ke 2 jam bergantung kepada kesesakan lalulintas.
Kami sampai agak awal di sini sekitar 10.30 pagi. Untuk masuk ke sini ada 2 pilihan samada menggunakan penggangutan awam yang dikenakan bayaran rupiah 25,000 seorang. Tapi yanh ini kena tunggu cukup 12 orang baru kenderaan ini akan naik ke puncah untuk ke kawah putih. Atau menggunakan kenderaan yang kita naik ke sini tapi memerlukan bayaran 150,000.00 rupiah. Kami pilih untuk gunakan Pak Agus, senang, tak payah tunggu orang dan lebih selesa. Untuk naik ke sini kami kena bayar RM 175 .00 untuk tiket masuk dan kenderaan bagi 5 orang, Setiap oang akan dibekalkan penutup hidung untuk masuk ke kawah putih ini. Masuk jer ke sini kita boleh hidu bau belerang dan rasa mata pedih bila angin bertiup. Ikutlah nak berapa lama berada di sini tapi kebiasaannya sekitar 30 minit jer.
Lepas itu, memandangkan hari ke 3 ni jumaat, en suami dan anka lelaki nak solat jumaat. jadi dalam perjalana pulang kami singgah untuk solat jumaat di sebuah masjid. Mama dan anak perempuan tunggu dalam kereta. Selepas solat kami pergi makan tengahari . Pak Agus bawa kami ke restoran yang menyediakan ayam brengsek. Ohh boleh tahan mahal harga makan temgahari ni.. kami hanya makan ayam brengsek dan air suam untuk 5 orang dikenakan RM 100.00. Ayam ni aialah ayam kampung yang digoreng disertakn sekali dengan sambal. lebih kurang ayam penyek juga..nama jer lain..
Lepas smakan kami bergerak hala balik dan singgah ke toko 3 iaitu sebuah pusat beli belah. Harga barangan di sini mama kira mahal jadi kami cuci mata dan suami dan anak beli jean seorang satu. Mama beli 2 helai baju tidur.
Lepas ke toko 3, kami minta di bawa ke dai beli minyak wangi. Maka setiap seorang beli juga lah sebotol minyak wangi sebab dah sampai sini kan.. Harganya sekitar RM40.00 sebotol 115 mls. Lepas itu kami di bawa ketempat untuk membeli cenderahati yang berasaskan makanan. kat sini kami beli kerepek pisang goreng chese, tempe goreng, coklat untuk di bawa balik. Kedai ini dikenali sebagai Tiga Rasa. Ramai yang membeli di sini. Disediakan siap kotak untuk bawa balik.
Lepas itu, kami balik untuk makan malam. Tapi kali ni kami beli KFC tapau jer sebab dah kepenatan.. Balik sampai kat hotel, makan, mandi dan tidur.
Pagi esoknya dah Sabtu, kami kemas untuk check out dan flight kami 7.50 petang. Kami keluar dn minta Pak agus bawa kami cari kain batik dan telekung. Kami di bawa ke rumah sulam, tapi tak beli pun sebab harganya mahal berbanding telekung dan kain di Pasar baru. Jadi kami minta ke Pasar baru lagi untuk beli tambahan cenderahati.
Memandangkan duit Rupiah pun dah habis, maka kami pun tak boleh belanja lagi...hihihi susah melebihi budget kami. Hari kedua di sini kami sudah ke money changer tukar duit lagi..hihihi. Lepas siap beli di pasar baru ni kami minta di bawa makan tengahari.
Lepas makan kami minta di bawa ke amsjid untuk solat dan Pak agus cadangkan kami solat di Masjid berdepan denagan Trans Bandung Mall. Lepas solat kami ronda-ronda dalam mall. Jam 3.30 kami gerak ke Kartika Sari. Anak mama beli sedikit juadah di Kartika Sari ni. Lepas itu, terus kami ke air port. sementara menanti penerbangan , anak-anak dan suami mama makan makanan yang dibeli di Kartika sari. Hanya mama seorang yag tidak makan makanan tersebut. Anak lelaki mama makan paling banyak iaitu 4 bahagian sekitar jam 5.00 petang. Enhubby pula hanya makan satu bahagian saja.
Penerbangan balik balik ialah 7.50 malam. Semasa dalam penerbangan 3 anak orang anak mama sudah rasa tidak selesa nak muntah.. Mereka hanya pejam mata. Bila sampai di KLIA jam hampir 11 malam, mereka tetap rasa tidak selesa. Angah mula muntah. Bila sampai rumah anak lelaki mula sakit perut dan cirit birit sepanjang malam dan tidak boleh tidur sehingga ke pagi hari. Anak kedua mula cirit pada keesokan harinya, begitu juga along dan en suami. Yang paling teruk kena anak lelaki dan anak kedua.. sehingga hari ini dia masih sakit perut dan cirit walupun dan hampir seminggu kami balik. Yang lain dah beransur pulih.
Ni mama nak ceritak perkara yang kurang menyenangkan berlaku. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada mereka yang pertama kali menggunakan khidmat agensi pelancungan. Wakil agensi yang mama pilih ni ok sebenarnya cuma satu perkara yang kami kurang puashati. Masa nak check in di Klia, wakil agensi yang buat semua. Setelah itu dia bagi kami tiket penerbangan dan nak uruskan bagasi pula. Masa ni dia minta kami 2 perkara. Pertama bawakan duit tunai sebanyak RM1350.00 untuk diberikan kepada agensi yang menunggu kami di air port Bandung. Katanya ini untuk urusan kami semasa semasa di Bandung. Kami jadi tidak puashati. Semasa berurusan dengan agensi ini, tiada ada pula minta kami bawa duit ni untuk pihak sana. Ia nya walaupun nampak kecil bagi sesetengan orang namun tidak bagi kami. Ini bukan urusan kami sebenarnya. Memandangkan kami tidak mahu menimbulkan maslah bila tiba di air port Bandung tu, kami nak taknak ambil juga lah. Ini bagi mengelakan perkara yang tidak diingin bila tiba di sana nanti. Tapi permintaan kedua agensi ini meminta kami bawakan sebuah kotak yang akan dicheck in bersama bagasi kami kami tolak sepenunhya. Kami dimaklumkan bahawa kotak tersebut ringan saja, mengandungi topi kaleder untuk diberikan kepada wakil di Bandung yang menguruskan kami. Isunya perkara ini juga bukan salah satu terma dalam perbincangan awal kami dengan agensi ini. Kotak tersebut telah siap dibungkus kemas dan di wrap. Eeh betul ke isinya topi kaledar. Kenapa kami kena bawa. Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko semasa melepasi imigration Bandung nanti.
Pulang dari Bandung, kami nyatakan ketidakpuashatian kami mengenai perkara ini kepada pihak agensi ST. Kami katakan disebabkan 2 perkara ini, kami sedikit kecewa dengan service yang mereka berikan dan kami rasa perkara ini tidak patut dilakukan oleh pihak agensi tanpa memaklumkan lebih awal kepada pelanggan. Usah buat pelanggan dalam keadaan serba salah atau terpaksa bawa kiriman agensi. Alhamdullilah memberikan maklumbalas positif dan akan membuat penambahbaikan di masa akan datang. Mungkin sebelum kami, pihak agensi tiada masalah untuk membuat kirima tersebut. Namun perlu diberikan perhatian bukan semua pelanggan akan menuruti kehendak agensi tanpa dimaklumkan dan persetujuan perlu bagi kedia-dua pihak iaitu pelanggan dan agensi.
Ada lagi satu isu semasa di air port Bandung pada waktu kami nak balik ke Malaysia. Ini nanti akan mama ceritakan pada enteri akan datang ya.
Sekia semoga ianya memberikan manafaat kepada yang membaca coretan ini. Layan gambar sikit pulak ya..
Ini jer 2 bagasi kami masa balik |
harga tiket ke kawah putih |
pemandangan waktu sampai ke kawah putih |
satu lagi pemandan di kawah putih |
Tempat dekat The Lodge Maribaya |
The Lodge Maribaya |
Nasi Ayam Brensek |
Nasi Ayam Penyek |
According to Stanford Medical, It's in fact the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh 19 kilos less than we do.
ReplyDelete(And realistically, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING to do with "HOW" they eat.)
BTW, I said "HOW", not "what"...
TAP on this link to see if this little test can help you decipher your true weight loss potential