Sangat-sangat bersyukur perjalanan kami sekeluarga dipermudah pergi dan balik dan diberikan kesihatan yang baik semasa berada di sana.
Mama dan en hubby pernah menunaikan haji 2014 yang lepas pada musim panas. Umrah keluarga kali ini dalam musim sejuk. Jadi dapatlah mama merasai perbezaan cuaca tersebut. Musim haji dahulu cuaca sangat panas siang boleh mencapai 47 C i Madinah dan 49C di Mekah. Kalau jam 3 pagi pun suhu masa tu sekitar 30 C. Memang panas dan mencabar untuk ulang alik ke masjilharam sebab jarak hotel penginapan dengan masjid ketika itu 750 meter hingga ke luar masjid.. Itu belum lagi dikira untuk berjalan untuk masuk ke masjid untuk tawaf kira2 500 meter lagi kot... Lepas tu hotel penginapan di Abraj Jandariah...kedudukannya agak tinggi dan di bahagian belakang masjidil haram.... iaitu bertentangan dengan zam-zam tower...(jauh sangat kalau nak ke zam-zam tower)... balik masjid perjalanan mendaki dan ketika itu banyak kerja-kerja pembinaan di bahagian laluan ke hotel itu... maka ianya amat berdebu ...
Semasa Umrah ini, kami duduk di hotel bahagian hadapan berhampiran dengan zam-zam tower... hotel terletak di belakang Safwah Tower... jalannya rata aje tak rasa jauh walaupun jarak lebihkurang 600 meter...
Di Madinah tidak ada masalah sebab semua kedudukan hotel dekat dengan masjid. Keadaan cuaca umrah kali ni Madinah malam dalam 12 C siang 19-22 C. Mekah pulak sekitar 19 C malam dan siang dalam 25 C.
Walaupun suhu ini sejuk namun ianya kering. Maka kulit kita kan jadi kering, bersisik, bibir kering dan mudah pecah termasuklah tumit kaki. Krim pelembab memainkan peranan yang besar untuk membantu mengatasi masalah ini. Kulit kering ni mudah gatal, bila garu luka dan memberikan parut yang tidak cantik...
Baju sejuk cukup sekadar yang biasa saja tidak sampai memerlukan winter coat.
Mama tidak guna kan baju sejuk pun, cuma pakai inner dalam baju, lepas tu jubah dan sarung telekung dah ok. Kisah makan pulak ya... pakej umrah ini menyediakan makan secara bufet minum pagi, makan tengahari dan makan malam. Biasanya sarapan pagi selepas solat subuh, makan tengahari selepas solat zohor dan makan malam selepas solat isya'. waktu solat di Mekah dan Madinah tidak banyak perbezaan waktunya macam waktu solat di Kelantan dan Johor Bahru jer bezanya lebih kuranglah kan.
Subuh 5.35 pagi, Zohor 12.30 tengahari, Asar 3.40 petang , maghrib 6.05 petang dan isyak 7.45 malam. ( waktu ini berubah-ubah sedikit ya)
Azan kan berkumandang bila masuk waktu, iqamah pula dalam 15-20 selepas azan ni. Waktu menunggu iqamah lebih lama di Madinah berbanding Mekah. Selepas iqamah, solat fardu dan di ikuti dengan solat jenazah. Jadi makan pagi lebih kurang 7.30 pagi , lunch 2.30 petang, dinner 9 malam.(bergantung kepada masa berjalan balik ke hotel...santai2 lagi lambat la makannya)
Juadah yang dihidangkan untuk makan di Mekah lebih sedap berbanding di Madinah. Jadi duduk 12 hari ni anak-anak semua selera makan bagus2 walaupun banyak berjalan tiap hari, buat umrah, berat masing2 tak turun tapi sebaliknya bertambah.... alahai... ingat boleh kurus hihihi
Masa menunaikan haji, mama pergi secara muassasah, jadi makan pagi tidak disediakan. Makan tengahari dan malam disediakan secara individual packing... Oleh kerana tiada sarapan disediakan maka masa subuh mama dan en hubby jarang balik ke hotel penginapan masa musin Haji. Kami jalan2 makan di kawasan Zam2 tower dan selepas sarapan duduk di masjid lagi sampai zohor.
Okay episode seterusnya akan mama ceritakan permulaan perjalanan sehingga balik dan tidak akan ulang cerita berkaitan penginapan, cuaca dan makan dalam episode akan datang ... Oh sebelum lupa, ramai orang akan cakap makan ais krim di Mekah dan Madinah sedap..rugi kalau tak cuba... maka anak2 mama pun cubalah makan ais krim tu...namun mereka dok kata ais krim kat Malaysia lagi sedap... jadi beli sekali jer la di Madinah dan sekali di Mekah...
Layan gambar ya
Bagasi 5 buah.. 2 jer hand luggage... yang lain letak dalam beg besar tu |
makanan dalam flight |
beriani ayam |
Itinary perjalanan |
makanan di madinah |
Makanan di mekah |
No comments:
Post a Comment