Menyambung cerita mama dan en hubby menjadi tetamu Allah... ermmm mama dapat surat yang memberitahu tarikh penerbangan haji pada 4 Ogos 2014 dengan semakan telefon ke ibupejabat TH. Surat tersebut mama ambil di TH Putrajaya keesokkan harinya. Syukur Alhamdullilah mama dapat penerbangan pertama dengan KT 01 ke Madinah pada 27 Ogos 2014.
Sebenarnya barang keperluan haji mama belum beli lagi sehingga dapat surat pengesahan penerbangan ini. Tapi jubah, telekung tu memang mama tak beli. Mama hanya beli beberapa helai tudung labuh aje. Bila dah dapat surat baru mama beli keperluan utama seperti beg besar untuk mama dan en hubby. Lain-lain keperluan kecil tu mama beli masa kursus haji perdana di Masjid Putra Putrajaya. Semua keperluan haji ada di sana. Tak banyak benda yang mama beli. Barang-barang yang mama bawa seperti yang mama ceritakan dalam episode sebelum ini.
Tu dia beg mama dan en hubby yg dah siap sedia untuk diterbangkan. Mama sarungkan beg tu dengan sarung yang mama semasa kusus haji perdana tu. Manakala tali yang berwarna oren tu kawan pejabat en hubby yang bagi. Kawan en hubby gunakan tali tu pada masa dia pergi haji dengan isterinya tahun 2013. Lepas tu mama letakkan penanda beg dengan perca lebihan kain batik sekolah anak mama dulu.... agar lain dari yang lain untuk memudahkan mama mengenal pasti beg nanti. Dari jauh dah boleh tau mana satu beg mama dan en hubby...
Mama dan en hubby di minta berada di Kelana Jaya jam 9 malam, walaupun dalam surat penerbangan tu menyatakan perlu perada di sana pada jam 1.30 pagi 27 Ogos 2014. Ini kerana untuk mengelakkan dari kesesakan untuk ke sana nanti.
Mama dan en hubby telah bercuti mulai 21 Ogos 2014 untuk membuat pelbagai persiapan. Macam mama kata semua persiapan mama belum buat lagi tu yang kena cuti .... lepas tu saudara mara mama dan en hubby datang menziarahi kami sebelum berangkat ke tanah suci.
Mama dan en hubby memulakan perjalanan pada 26 Ogos 2014 selepas zohor. Hanya adik ipar mama iaitu adik en hunny dan suaminya yang menghantar mama dan en hubby. Anak-anak mama semuanya tidak dapat balik berjumpa kami sebelum berangkat ke tanah suci. Memang sedih tapi kami telah membuat persiapan mental untuk ini. Along di Kuantan, Angah di Kedah dan siteruna pulak di MRSM. Sukar untuk mereka balik sebab waktu tu tengah minggu, banyak kelas penting. Tak pa lah mama dah dapat jumpa mereka seminggu sebelum bertolak kecuali angah.. mama hanya dapat bertemu angah masa hari raya aidil fitri sahaja....
Adik ipar mama hantar kami ke Subang Permai rumah anak saudara mama iaitu rumah anak kakak mama yang ke tiga. Kakak dan abang mama telah berada di sana dengan keluarga masing-masing. Adik ipar mama dan suaminya balik selepas asar. Jadi anak buah mama, abang dan kakak aje yang akan hantar mama dan en hubby ke Kelana Jaya selepas solat maghrib nmenaiki hanya sebuah kereta. Walaupun kami sampai awal, nampaknya jalan dah mula sesak. Sampai di Kelana Jaya, kami nampak ramai sanak saudara yang mengiringi keluarga masing-masing... selepas menurunkan kami mereka semua balik. Tinggalah kami berdua sahaja.... hu..hu... tak lama lepas tu bekas pengasuh anak mama bersama sepupunya datang jumpa kami. Sahabat en hubby dan isterinya juga datang menjenguk kami... terima kasih buat kalian.
Suasana di Kelana Jaya makin lama makin sesak. Nak jalan pun sukar. Hebahan melalui PA sistem amatlah menyedihkan. Tidak dengar apa yang diperkatakan.... semasa di sini kami diberikan sticker untuk dilekatkan pada beg, lencana pengenalan diri, beg sandang dan beberapa cenderahati lain seperti tikar, hand scrub oleh badan koperat yang menaja....
Jam 1.30 pagi kami dah mula berbaris untuk masuk bagi urusan imigration, mendapatkan passport dan juga menimbang bagasi dan seterusnya ke dewan untuk mendengar taklimat sebelum bertolak ke KLIA.
Jam 3.30 pagi kami mula beratur untuk bertolak ke KLIA dengan bas khas yang disediakan. Sebanyak 10 buah bas bergerak menuju ke KLIA dengan escot polis trafik...Perasan mama berdebar-debar, teruja sebak semuanya ada.
Perjalanan kami lancar dan sampai ke KLIA hampir 4.30 pagi dan terus masuk ke pesawat. Mama naik Saudi Air dan tempat duduk mama adalah 2/3 dari depan atau 1/3 dari belakang. Pesawat ini membawa lebih 450 jemaah. Mama dan en hubby tidak dapat duduk bersama dalam pesawat. Tempat duduk dalam peasawat adalah 3-4-3....kalau duduk tengah boleh dapat suami isteri. Tapi sebab duduk bahagian tepi maka hanya sepasang suami isteri aje dapat, lepas tu sepasang lagi terpaksa duduk depan dan belakang....
Pesawat memulakan perjalanan jam 5.40 pagi dan ianya mengambil masa selama lapan jam dan kami sampai di lapangan terbang Madinah jam 7.30 pagi wakti tempatan. Bersyukur sangat-sanagt apabila kami selamat mendarat di Madinah. Air mata mama mengalir laju masa ini Allahuakbar...Alhamdullilah urusan di imigration tidak mengambil masa lama. Dari lapangan terbang kami menaiki bas ke Hotel Movenpick lebihkurang 30 minit dari sini. Alhamdullilah perjalanan dipermudahkan dan kami sampai jam hampir jam 10.30 pagi di bilil hotel masing-masing. Mama duduk 4 orang sebilik. Begitu juga dengan en hubby. Bilik mama dan en hubby sebelah menyebelah aje.
Rakan sebilik mama semuanya dari Melaka. Mama paling muda dalam bilik ni.. yang lain berumur antara 54, 53 dan 51 tahun... syukur mama dapat rakan-rakan yang tidak banyak kerenah dan boleh bertolak ansur.
makanan dalam kapal terbang |
No comments:
Post a Comment