Menyambung kembali kisah mama dan en hubby ni... sampai di hotel, mama tak sabar-sabar nak ke masjid Nabawi... nak buat solat sebanyak mungkin lebih dari 40 solat fardu dan solat-solat sunat. Lepas masuk je bilik angkat beg semua, terus pergi makan tengahari yang disediakan di dewan makan. Mama duduk aras 4, dewan makan aras 1 hotel. Lepas makan terus sahaja ke masjid yang terletak sangat-sangat dekat dari hotel. Pagar masjid hanya 10 meter dari hotel... dekat sangat kan... syukur alhamdullilah.Semua orang yang peluang ke Majid Nabawi tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan fadilat solat do sini sekurang-kurangnya 40 waktu. Masa mama sampai cuaca di Madinah adalah panas. Suhu sekitar 46 - 47 Celcius.... panas kan. Tidak kira waktu siang atau malam rasanya suhu lebih kurang sama sahaja. Panas dan kering. Berjalanlah banyak mana kita tidak akan berpeluh...
Perbezaan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi hampir 6 jam dan ianya ialah 6 jam kebelakang iaitu kalau di Malaysia dah pukul 12 tengahari, di sini baru jam 6 pagi. Jadi masa mama sampai sini agak sukar untuk menyesuaikan masa, asyik mengantuk aje.... hu..hu..Waktu Solat di Madinah: subuh 4.40am, Zohor 12.20 pm, Asar 3.30 pm, Maghrib 6.30 pm dan Isyak 8.35pm. Waktu ini juga berubah-ubah ikut hari macam tempat kita di Malaysia.
Rutin mama di Madinah:
Bangun jam 2.00 -2.30 pagi mandi 3.00 -3.30 pagi ke masjid sampai lepas subuh.
Sarapan pagi : 6.30-7.00 pagi
Tidur di hotel : 8.00- 9.00-9.30 pagi
Masjid 9.30-11.00 pagi
Makan tengahari di Hotel
Masjid 11.20 am untuk solat zohor dan balil semula ke hotel selepas asar 4.30 petang
Masjid 5.30 pm untuk solat maghrib dan tunggu sampai isya...
Balik Hotel makan malam... kadang makan malam sebelum maghrib... terpulang kepada masing-masing.Tidur jam 11.30 malam selepas membasuh pakaian dan buat apa yang patut..Inilah kebiasaan mama. Kadang kala mama balik bilik selepas tiap solat fardu ... tengok keadaan la.
suasana payaung gergaji yang menguncup di masjid Nabawi
Kerja pembersihan payung gergasi dilakukan
menara hijau menunjukan kawasan Raudah
Makanan yang diberikan untuk jemaah secara packing.... ni utk makan malam.. |
No comments:
Post a Comment