dari en google |
Assalamualaikum...ermm perlindungan takaful memang penting terutamanya bila kita dalam keadaan kesusahan dan kena masuk hospital. Walaupun dimasukkan ke hospital kerajaan, banyak juga duit yang kena keluar. Kos ulang alik kelaurga yang datang melawat, kos makan minum orang yang menjaga kita di wad..... kalau lama lagi banyaklah kos yang ditanggungkan. Makanya penting seseorang itu memgambil perlindungan takaful. Sekiranya kita sihat hingga kepenghujung hayat, maka anggaplah sumbangan kita tu dapat membantu mereka yang memerlukan. Memanglah bila kita buat potongan untuk menyertai takaful kita tidak akan dapat jumlah yang kita simpan sebab sebahagiannya yang dinamakan rider tu kita tak akan dapat kemabali... macam mama cakap anggaplah kita bantu sesama insan lain yang dalam kesusahan. Bersyukur kepada Allah yang memberikan kesihatan yang baik buat kita. Rider atau manafaat hospital ni tidak sama dengan medical insurance tau...medical insurance ini boleh digunakan untuk bayaran hospital dan juga kos rawatan termasuk pembedahan bergantung berapa premium yang kita ambil.
Yang tu mama tak ambil. Takaful yang mama ada hanya untuk perlindungan asas iaitu sekiranya berlaku kematian atau kemalangan yang menyebabkan kematian di samping beberapa rider yang mama ambil termasuk untuk penyakit krital dan manafaat hospital. Terdapat berbagai-bagai produk takaful dipasaran. Terpulanglah kepada kita mana nak ambil. Mama dah ambil banyak produk sebab lain-lain untuk mama, en hubby dan anak-anak mama semuanya ada mama ambilkan takfaful termasuk takaful untuk pendidikan.
Mama ada ambil produk Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas dan Takaful Etiqa. Antara ketiga-tiga ni sebenarnaya tidak banyak beza juga. Ala macam kita nak beli barang samada kat Mydin, Tesco, Giant atau yang lain-lain tu.... ada barang yang murah kat Giant, tapi mahal kat Tesco bagi barang yang sama... tapi ada barang yang murah kat Tesco dan mahal di Giant. Cam tu jugalah produk takful ni...
Yang ingin mama kongsikan ialah mana yang mudah nak buat tuntutan... yang paling mudah pada mama ialah Takaful Malaysia. Pergi aje kat mana-mana cawangan TM minta borang, isi, hantar balik tak sampai sebulan dah dapat tuntutan...tak banyak songehlah... nak gi ofis pun mudah... tunggu tak lama...
Takaful Malaysia ni mama ambil untuk insuran pendidikan,.... yang ni lagi best... tak payah buat permohonan keluar, TM dah hantar cek selepas genap 18 tahun anak mama. Macam pucuk dicita ulam mendatang kebetulan masa tu memang anak mama nak lapor diri di POLISAS Kuantan... masuk cek RM 5K... bestkan.. TM akan bayar 4 kali so tak payah mama fikir nak buat pinjaman PPTN kat along buat masa ni... mama tak simpan banyak cuma RM 100 sejak anak-anak mama kecil... bila umur 18 tahun dah tak payah bayar lagi... tapi perlindungan tetap ada saampai umur 21 tahun... so memang mudah TM ni...
Tentang manafaat hospital tu mama cuma dapat RM 50 sehari sekiranya mama masuk wad... kalau kurang 10 hari duduk wad kita tak payah ada medical report.... cuma ambil borang dan isi, sertakan discaj note dari hospital.... mudah kan... kalau lebih 10 hari kena buat medical report.... yang ni leceh sikit bukan apa nak tunggu medical report dari hospital tu lama tau... ada bayaran yang dikenakan iaitu dalam RM 40-50 bergantung kepada hospitallah. Kalau hospital kerajaan cuma RM 40.00. Ambil borang juga dan hantar ke pejabat rekod hospital. Simple aje borang tu, doktor pun tak payah tulis panjang-panjang...tapi yang tak bestnya doktor buat lambat... so jadi lama lah nak buat tuntutan tu.
Duit ni dapat juga menanpung kos ulang-alik ke hospital dan juga kos makan minum orang yang menjaga kita di hospital... mama dok hospital 5 minggu.... ermmm kira berapa mama dapat...?? Selain daripada tu mama juga buat tuntutan atas takaful pendidikan anak mama sebab mama pembayar... yang ni hanya takalaful malaysia aje yang boleh... yang lain macam takaful ikhlas, mama ambil untuk anak, mama pembayar tapi mama tak boleh buat tuntutan... tulah maksud mama variasi alam produk takaful....
No comments:
Post a Comment