Keesoknya iaitu hari Rahu, selepas solat subuh balik bilik bersarapan dan jam 9.00 pagi, mama ambil masa sekitar 1 jam untuk pergi membeli sedikit cenderahati untuk di bawa pulang. Kali ini mama tidak beli banyak seperti masa haji dahulu. Masa haji mama beli dan menggunakan perkhidmatan pos laju untuk menghantar barang-barang balik ke tanah air. Kali ini hanya beli beberaapa helai jubah, sejadah sahaja, selain en hubby mama beli minyak wangi untuk kegunaan sendiri. Tasbih kami tak beli kali ini. Hanya beberapa key chain untuk kawan-kawan di ofis.
Selesai membeli, kami balik ke bilik dan seterusnya ke masjid untuk solat zohor. Selepas zohor kami diminta berkemas-kemas untuk meletakan beg besar masing-masing di depan bilik masing-masing di hotel keesokan hari selepas sarapan. Beg-beg ini akan diuruskan untuk dianggkut ke lobi bagi dimasukkan ke dalam bas untuk perjalanan ke Mekah selepas solat zohor hari Khamis.
Aktiviti pagi khamis, seperti biasa solat subuh, balik sarapan dan selepas sarapan kami diminta untuk berada di lobi bagi ziarah wada sebelum meninggalkan masjid Nabawi. Perasaan mama sedih, sebah semuanya ada ketika ini kerana kami semua akan meninggalkan masjid Nabawi untuk melakukan Umrah. Entah bila kami boleh datang lagi ke sini, smoga kami diberikan kesempatan untuk berada di sini lagi pada masa akan datang.
bergambar beramai-ramai bersama kumpulan 7 selepas ziarah wada |
Kami telah diberikan taklimat sehari sebelum bertolak ke Mekah. Bagi kaum lelaki telah diminta memaki ihram terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk solat zohor terakhir di masjid Nabawi. Makan tengahari telah diawalkan sebelum zohor. Selepas zohor kami akan bertolak ke Mekah dan singgah di Bir Ali untuk miqat umrah. Segala perkara sunat ihram seperti mandi sunat, potong kuku, buang bulu yang mana perlu telah dilakukan lebih awal dibilik. Solat sunat ihram sebelum solat zohor juga telah dilakukan. Untuk memudahkan urusan pihak TH telah memaklumkan bahawa bas hanya singgah di Bir Ali, jemaah tidak akan turun .Hnaya berniat ihram di dalam bas. Ini bagi menjimatkan masa perjalanan ke Mekah sejauh hampir 475 km dari Madinah. Perjalanan mengambil masa 6 jam bergantung kepada keadaan semasa dan perlu samapai ke Mekah dalam jam 8 malam. Setelah check in di Hotel Ramada di Mekah, kami diminta untuk makan malam di dewan makan dan setelah itu, jam 9.00 malam kami semua akan menyempurnakan rukun umrah setrrusnya iaitu tawaf, saie, bergunting atau bercukur.
Alhamdullilah perjalanan kami dipermudahkan dan kami sampai sepertimana waktu yang dirancang. Kami siap melakukan rukun umrah dan selesai jam 12.30 pagi . Orang memang sangat ramai kerana malam tersebut merupakan malam jumaat dan penduduk sekitar Mekah akan bercuti keesokkan harinya. Maka ramai pekerja2 akan mengambil peluang melakukan umrah. Namun ianya tidaklah seramai ketika musim haji yang mama lalui dahulu.
Jam 1.30 pagi kami semua sudah berada di hotel untuk berehat setelah melalui perjalanan yang panjang dari Madinah Mekah dan selesai umrah pertama kami. Kami bangun jam 3.30 pagi untuk persediaan solat subuh di masjidil haram. Walaupun badan letih namun semangat untuk menunaikan solat subuh hari jumaat sangat berkobar-kobar kerana ianya tidak akan dapat lagi peluang sekiranya terlepas. Selepas subuh, balik hotel untuk bersarapan dan selepas itu kami berkemas dan mencucui pakaian. Untuk zohor kami yang perempuan tidak pergi ke masjid memandangkan ianya hari jumaat dan solat jumaat lebih kepada lelaki. Kami solat di hotel dan ambil peluang berehat. Kami ke masjid untuk asar, maghrin dan isyak'.
No comments:
Post a Comment