PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday, 17 April 2013

PROCEDURE CT SCAN

mesin CT Scan
Assalamualaikum... seperti yang mama tulis sebelum ini, mama akan kongsikan pengalaman mama menjalani ujian CT Scan. Tentu anda pernah dengar apa itu CT Scan kan.... selalu orang cakap kena buat ct san.... mama first time menjalani ujian ini.... ujian yang di lakukan di salah sebuah hospital kerajaan..

Tulah rupanya mesin CT scan ...macam dalam gambar di atas tu.

Ni mama copy je....A CT scan stands for Computed Tomography scan. It is also known as a CAT (Computer Axial Tomography) scan. It is a medical imaging method that employs tomography. Tomography is the process of generating a two-dimensional image of a slice or section through a 3-dimensional object (a tomogram).
Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza, Ianya bergantung kepada bahagian mana dalam badan kita yang akan di scan. Ini bergantung kepada doktor pakar yang memeriksa pesakit dan menentukan samada nak buat CT kepala, thorax, abdomen, leher atau sebagainya.

Mama  diminta menjalani CT scan bahagian kepala, leher, thorax dan abdomen.... banyak tu..... tension-tension...

Persediaan menjalani CT
1. Ujian ini akan diminta oleh pakar yang melakukan pemeriksaan ke atas pesakit.
2. Pesakit akan diberikan tarikh temujanji bila ujian akan dilakukan.
3. Pesakit diminta menandatangani akuan persetujuan bagi menjalani ujian CT Scan tersebut.
4. Tedapat beberapa soalan tentang kesihatan yang akan ditanyakan pada borang checklist seperti alahan, ada penyakit asthma ke tidak... penting kerana ada ubat yang perlu diberikan kepada pesakit sekiranya pesakit ada asthma atau allergi sebelum prosedure
5. Dikehendaki berpuasa pada hari pemeriksaan dijalankan, iaitu tidak boleh mengambil makanan atau minuman selepas 12 malam  sebelum menjalani prosedur CT scan..

Perkara di atas telah dimaklumkan lebih awal. Jam 8 pagi mama dikehendaki ke Jabatan radiologi . Selesai pendaftaran, mama menunggu agak lama juga. Jam 8.30 pagi, nana mama dipanggil. Ingat dah boleh terus buat prosedure... rupanya mama diminta minum sejenis minuman khas  yang mana bila diminum, ianya akan kekal dalam sistem pennghadaman iautu, perut dan usus... jadi bila ambil image scan tu boleh nampak...
banyak pulak kena minum tu.... 300 mls sebanyak 3 x. Mula 8.30 pagi, setelah tu setiap 20 minit.... mak ooi. Satu yang memang susah bagi mama la.. sebab selalunya mama ni tak minum air banyak secawan tu pun tak habis.... ni nak minum banyak pulak air tu yang ada flavour oren...tapi rasa nak muntah tau.... sabar je la   minum jugalah kan... lepas tu gi toiletlah kejap-kejap... pukul 9.15 mama pun di minta tukar pakaian... buang semua pakaian yang ada di badan.... pakai baju seksi yang diberikan tu..... putih, nipis dan kena ikat belakang, tapi tak da sape nak tolong ikat .... tension... dahlah asyik nak kencing kan...

Sebelum buat tu kena minum air kontrast yang last sekali..... memang nak termuntah tahan je la... lepas tu kena baring kat atas temapat macam dalam gambar tu.... kecik je muat untuk badan mama.. kalau orang gemuk terkeluarlah dari ruang baring tu... he..he.. lepas tu ada dr datang bagi tau mama nak masukkan 500ml kontrast di laluan buang air besar..mak oooi.... lagilah berdebar.... dimaklumkan mama akan rasa tidak selesa semasa masuk cecair ni.... rasa macam nak buang air besar pun ada.... tapi kena tahan lah... tadi kot atas, ni kot bawah pulak...... lepas tu kena letak tampoon kat bahagaian sulit depan pulak.... ermmmm boleh tahan gak rupanya prosedura ni kan... seroius mama tak tau pun kena jalani semua ni...

 Kerana ianya melibatkan abdomen.... nak tengok usus, perut , dan usus besar.... tujuan semua prosedure di atas ni. Lagi satu kontrast dimasukkan terus ke dalam saluran darah... macam masuk air di hospital tu..... ini bertujuan untuk tengok jantung dan semua saluran darah...

Memang tak selesa... tapi kena sabar la... mula-mula  ambil plan CT..... tanpa contrast yang masuk dalam darah tu... lepas tu semasa kontrast di masukkan... dan lepas tu delay.... iaiatu kena tunggu 10 minit selepas kontrast dimasukkan... semasa prosedur dijalankan pesakit diminta baring dan tidak dibenarkan bergerak...
Selepas aje masuk kontast dalam darah tu, mama rasa  seluruh badan panas.... takut juga.. tapi berdoa agar semuanya selamat dan bukan kesan komplikasi yang tidak dijangkakan... alhamdullilah setelah beberapa minit rasa panas hilang... dengan keadaan yang tidak selesa... nak terkencing dan ter ber***k tu nak tunggu 10 minit tu lamanya.... last mama mengelisah... dia orang pun datang tanya kenapa... mama kata lah yang mama nak ke toilet...dia orang kata 5 minit lagi.... mak ooi..... dah tak tahan ni.... maka dia orang pun shoot jugalah lepas tu.... siap terus mama lari ke toilet.....

Mama mengalami loose stool 3-4 hari lepas tu... mungkin kesan sampingan dari minuman dan juga yang dimasukkan dalam darah tu.... satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan...

Lepas ni mama certikan pengalaman MRI pulak ya....


31 comments:

  1. Ada dikenakan bayaran x mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena bayaran sebab kakitangan kerajaan guna GL

      Delete
  2. puan... tumpang tanya .. ada apa2 effect tak lepas tu . macam pening ke , penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah tiada kesan sampingan yang teruk pada saya melainkan cirit birit sebab masa ct scan ni cecair contrast dimasukkan ke dalam usus besar untuk tengok bahagian tersebut...

      Delete
  3. Ada tak sesiapa kat sini tahu berapa anggaran kos utk menjalani ujian ct scan dan mri di hospital swsta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct scan aggaran cost 350 keatas kurang rm800..ibu saya kena rm600 di ppum

      Delete
    2. Bro,ibu buat ct scan kt bahagian mana ya?yg Rm600 tu skali dgn report ke?ade kena buat surat recommend letter tak sebelum buat ct scan?terima kasih.

      Delete
  4. Ada tak sesiapa kat sini tahu berapa anggaran kos utk menjalani ujian ct scan dan mri di hospital swsta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2015 saya buat ujian ct scan untuk abdomen + pelvis di Putra specialist hospital, kos rm899. Hospital swasta yang lain tak pasti.

      Delete
  5. Tahun lepas ayah saya buat ct scan kt kpj total ambulance n ct scan rm1000.
    Esok saya pulak buat ct thorax kat kerajaan...tak tahu la kene byr ke x....sy bkn kerja gov.

    ReplyDelete
  6. Saya buat CT Brain pada 22/8/2016 di Oriental Melaka kerana kerap sakit kepala.
    Procedure diatas semua sama kecuali saya tak diberikan minuman tersebut.Saya disuntik & dimasukkan ubat 2 kali serta kontras sebab saya mengalami allergic ubat.

    Semasa prosedur CT Brain dilakukan,terasa panas hanya di bahagian Paha.

    Procedure SC brain tidak sakit.Cuma rasa suntikan yang sakit selama 1 hari & badan terasa penat.

    Alhamdulillah,tiada tumor cuma severe migrain.

    Kos rawatan CT brain adalah RM 550+170 sbb refer General surgeon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct brain xsama ke gn ct scan..sakit kepala dh bape lama ye..sakit nye rasa mcm mana...

      Delete
  7. MRI di Mahkota Specialist untuk sakit belakang RM 800

    ReplyDelete
  8. Salam mama.. nak tanya berapa lama prosedur CT scan ni ye?

    ReplyDelete
  9. Salam mama.. nak tanya berapa lama prosedur CT scan ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,.... mama tak berapa ingat tempoh masa sebenar ...rasanya kurang dari sejam kot... tak termasuk masa untuk minum air tu ya...

      Delete
  10. Salam mama, mama buat dkt kerajaan kan? Nak tanya berapa lama tempoh sebelum tarikh temujanji tu nak tunggu? Ada dlam berminggu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam... yupp mama buat dekat kerajaan. Tarikh temujanji tu bergantung kepada situasi sama ada urgent case atau elektif (yg ni doktor yang lihat akan maklumkan)... kalau urgent biasanya waktu menunggu tak la lama... macam kes mama ni dikira urgent...

      Delete
  11. Salam, nak tanya, buat ct scan tu dekat hospital mana ya..? Sebab macam yang jita tahu xbanyak hospital yang ada ct scan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan hospital awam yang mempunyai perkhidmatan kepakaran ada CT scan seperti Hospital Kuala Lumpur, Putrajaya, Sedang, Klang, Kuantan, Temerloh, Johor Baharu, Sultanah Bahiyah, Pulau pinang dan lain-lain...

      Delete
  12. Salam mama , saya bru buat ct scan utk kepala . Mmg effect dia rasa pening , rasa nak demam , penat ? Saya kena buat ct scan pun sbb pnyakit pening kepala yg dah 5-6 bulan dihidapi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ct scan apa tindakan susulan dari doktor?

      Delete
  13. Salam mama , saya bru buat ct scan utk kepala . Mmg effect dia rasa pening , rasa nak demam , penat ? Saya kena buat ct scan pun sbb pnyakit pening kepala yg dah 5-6 bulan dihidapi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... tak pasti la pulaknya kesan tu. Mungkin tak sama antara individu. Apa pun sekiranya keadaan tidak berkurangan atau lebih teruk disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan ...

      Delete
  14. Assalamualaikum.. kos untuk ct scan hospital kerajaan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam.... maaf ya saya tidak dapat memberikan maklumat ini. Saya kakitangan awam jadi tiada kos yang dikenakan kerana menggunakan surat jaminan (GL) ....

      Delete
  15. Assalam mama ..saya baru sahaja menjalani CT utk bahagian paru2 dan abdomen krn saya mengalami radang kat paru2 dan doktor nak pastikan radang tu merebak hingga tahap mana.. sya pun mengalami pengalaman sama seperti mama ceritakan kena minum air contrast sebanyak 200ml setiap 10 minit sebanyak 4 kali.. air contrast mmg meloyakan dan bagi sya air yg paling tak lalu d terim a oleh anak tekak.. rasa nak termuntah pn ada tapi takut juga klu termuntah nanti nurse tu suruh minum balik kan naya jadinya... kat dlm lab tu pn sama juga sya dimasukan air melalui lubang anus dgn mengguna tiub takut juga masa tu tapi alhamdulilah tak terasa sakit..staff nurse tu gtaw tujuan air tu d masukan nak tengok bahagian2 dinding perut dan usus sya.. pas tu nurse tu gtaw nanti akan d masuk kan lg cecair yg kita mmg akan terasa panas tapi benda tu tak lama tetapi kita cuma perlu bertenang.. sya masih ingat lagi staff nurse tu gtaw tarik nafas dan tahan utk beberapa min.. rasanya dlm 1 hingga ke 3 min kot seterusnya bernafas seperti biasa yg ni tujuan nya nak tengok keadaan paru2 sya.. selepas tu yg saya ingat air yg di masukan kedlm lubang an*s tu dikeluarkan semula dan ketika tu lah juga perut sya memulas2 ... seingat sya selepas dri itu ada 6 hingga ke 7 kali sya ketandas perut mmg memulas mcm washing machine dan lawas abis takyah nak meneran ...

    Alhamdulilah sya dah discharge sekarang dan masih lg MC dan masih meneruskan rawatan melalui ubat2 yg d bekalkan kepada saya.. saya terima ini dugaan ini dgn hati yg redha kerana setiap kesakitan yg kita terima akan menghapus dosa2 kecil kita dan sya sentiasa berdoa semoga allah menyembuhkan saya kembali seperti sediakala... saya mendoakan semoga mama dan sahabat2 semua sentiasa di berikan kesihatan yg sempurna dan di permudahkan segala urusan kita semua..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hosp kerj ke swasta tu?

      Delete
    2. Yang ni sya buat kat KPJ

      Delete
    3. Brapa ye cost buat kat kpj? Kpj mana ye?

      Delete
    4. Yang ni saya buat kat KPJ Sabah..bayarannya RM 1,795.00 cuma saya tak pasti yg ni tuk bayaran CT Scan sahaja ataupun pihak KPJ dah campur semua sekali dgn XRay & Ultrasound

      Delete