PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Wednesday 17 April 2013

PROCEDURE CT SCAN

mesin CT Scan
Assalamualaikum... seperti yang mama tulis sebelum ini, mama akan kongsikan pengalaman mama menjalani ujian CT Scan. Tentu anda pernah dengar apa itu CT Scan kan.... selalu orang cakap kena buat ct san.... mama first time menjalani ujian ini.... ujian yang di lakukan di salah sebuah hospital kerajaan..

Tulah rupanya mesin CT scan ...macam dalam gambar di atas tu.

Ni mama copy je....A CT scan stands for Computed Tomography scan. It is also known as a CAT (Computer Axial Tomography) scan. It is a medical imaging method that employs tomography. Tomography is the process of generating a two-dimensional image of a slice or section through a 3-dimensional object (a tomogram).
Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza, Ianya bergantung kepada bahagian mana dalam badan kita yang akan di scan. Ini bergantung kepada doktor pakar yang memeriksa pesakit dan menentukan samada nak buat CT kepala, thorax, abdomen, leher atau sebagainya.

Mama  diminta menjalani CT scan bahagian kepala, leher, thorax dan abdomen.... banyak tu..... tension-tension...

Persediaan menjalani CT
1. Ujian ini akan diminta oleh pakar yang melakukan pemeriksaan ke atas pesakit.
2. Pesakit akan diberikan tarikh temujanji bila ujian akan dilakukan.
3. Pesakit diminta menandatangani akuan persetujuan bagi menjalani ujian CT Scan tersebut.
4. Tedapat beberapa soalan tentang kesihatan yang akan ditanyakan pada borang checklist seperti alahan, ada penyakit asthma ke tidak... penting kerana ada ubat yang perlu diberikan kepada pesakit sekiranya pesakit ada asthma atau allergi sebelum prosedure
5. Dikehendaki berpuasa pada hari pemeriksaan dijalankan, iaitu tidak boleh mengambil makanan atau minuman selepas 12 malam  sebelum menjalani prosedur CT scan..

Perkara di atas telah dimaklumkan lebih awal. Jam 8 pagi mama dikehendaki ke Jabatan radiologi . Selesai pendaftaran, mama menunggu agak lama juga. Jam 8.30 pagi, nana mama dipanggil. Ingat dah boleh terus buat prosedure... rupanya mama diminta minum sejenis minuman khas  yang mana bila diminum, ianya akan kekal dalam sistem pennghadaman iautu, perut dan usus... jadi bila ambil image scan tu boleh nampak...
banyak pulak kena minum tu.... 300 mls sebanyak 3 x. Mula 8.30 pagi, setelah tu setiap 20 minit.... mak ooi. Satu yang memang susah bagi mama la.. sebab selalunya mama ni tak minum air banyak secawan tu pun tak habis.... ni nak minum banyak pulak air tu yang ada flavour oren...tapi rasa nak muntah tau.... sabar je la   minum jugalah kan... lepas tu gi toiletlah kejap-kejap... pukul 9.15 mama pun di minta tukar pakaian... buang semua pakaian yang ada di badan.... pakai baju seksi yang diberikan tu..... putih, nipis dan kena ikat belakang, tapi tak da sape nak tolong ikat .... tension... dahlah asyik nak kencing kan...

Sebelum buat tu kena minum air kontrast yang last sekali..... memang nak termuntah tahan je la... lepas tu kena baring kat atas temapat macam dalam gambar tu.... kecik je muat untuk badan mama.. kalau orang gemuk terkeluarlah dari ruang baring tu... he..he.. lepas tu ada dr datang bagi tau mama nak masukkan 500ml kontrast di laluan buang air besar..mak oooi.... lagilah berdebar.... dimaklumkan mama akan rasa tidak selesa semasa masuk cecair ni.... rasa macam nak buang air besar pun ada.... tapi kena tahan lah... tadi kot atas, ni kot bawah pulak...... lepas tu kena letak tampoon kat bahagaian sulit depan pulak.... ermmmm boleh tahan gak rupanya prosedura ni kan... seroius mama tak tau pun kena jalani semua ni...

 Kerana ianya melibatkan abdomen.... nak tengok usus, perut , dan usus besar.... tujuan semua prosedure di atas ni. Lagi satu kontrast dimasukkan terus ke dalam saluran darah... macam masuk air di hospital tu..... ini bertujuan untuk tengok jantung dan semua saluran darah...

Memang tak selesa... tapi kena sabar la... mula-mula  ambil plan CT..... tanpa contrast yang masuk dalam darah tu... lepas tu semasa kontrast di masukkan... dan lepas tu delay.... iaiatu kena tunggu 10 minit selepas kontrast dimasukkan... semasa prosedur dijalankan pesakit diminta baring dan tidak dibenarkan bergerak...
Selepas aje masuk kontast dalam darah tu, mama rasa  seluruh badan panas.... takut juga.. tapi berdoa agar semuanya selamat dan bukan kesan komplikasi yang tidak dijangkakan... alhamdullilah setelah beberapa minit rasa panas hilang... dengan keadaan yang tidak selesa... nak terkencing dan ter ber***k tu nak tunggu 10 minit tu lamanya.... last mama mengelisah... dia orang pun datang tanya kenapa... mama kata lah yang mama nak ke toilet...dia orang kata 5 minit lagi.... mak ooi..... dah tak tahan ni.... maka dia orang pun shoot jugalah lepas tu.... siap terus mama lari ke toilet.....

Mama mengalami loose stool 3-4 hari lepas tu... mungkin kesan sampingan dari minuman dan juga yang dimasukkan dalam darah tu.... satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan...

Lepas ni mama certikan pengalaman MRI pulak ya....


93 comments:

  1. Ada dikenakan bayaran x mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena bayaran sebab kakitangan kerajaan guna GL

      Delete
  2. puan... tumpang tanya .. ada apa2 effect tak lepas tu . macam pening ke , penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah tiada kesan sampingan yang teruk pada saya melainkan cirit birit sebab masa ct scan ni cecair contrast dimasukkan ke dalam usus besar untuk tengok bahagian tersebut...

      Delete
  3. Ada tak sesiapa kat sini tahu berapa anggaran kos utk menjalani ujian ct scan dan mri di hospital swsta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct scan aggaran cost 350 keatas kurang rm800..ibu saya kena rm600 di ppum

      Delete
    2. Bro,ibu buat ct scan kt bahagian mana ya?yg Rm600 tu skali dgn report ke?ade kena buat surat recommend letter tak sebelum buat ct scan?terima kasih.

      Delete
    3. assakam semua. saya akan buat ct scan di PPUM bahagian abdoment saja .bayaran rm 660.00

      Delete
    4. Ainul mickey, nk tanya, selepas awk buat ct abdoment, ada kesan sampingan yg awk rs tak ? Sy kena buat ct abdoment 2minggu lagi. Dan nk tanya kontras yg dimasukkn kt awk tu hanya suntikan atau mcm mama juga(semua ketiga media kontras). Sy ada alahan dan sehari sblm buat ct kena makan ubat steroid 30biji

      Delete
  4. Ada tak sesiapa kat sini tahu berapa anggaran kos utk menjalani ujian ct scan dan mri di hospital swsta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2015 saya buat ujian ct scan untuk abdomen + pelvis di Putra specialist hospital, kos rm899. Hospital swasta yang lain tak pasti.

      Delete
  5. Tahun lepas ayah saya buat ct scan kt kpj total ambulance n ct scan rm1000.
    Esok saya pulak buat ct thorax kat kerajaan...tak tahu la kene byr ke x....sy bkn kerja gov.

    ReplyDelete
  6. Saya buat CT Brain pada 22/8/2016 di Oriental Melaka kerana kerap sakit kepala.
    Procedure diatas semua sama kecuali saya tak diberikan minuman tersebut.Saya disuntik & dimasukkan ubat 2 kali serta kontras sebab saya mengalami allergic ubat.

    Semasa prosedur CT Brain dilakukan,terasa panas hanya di bahagian Paha.

    Procedure SC brain tidak sakit.Cuma rasa suntikan yang sakit selama 1 hari & badan terasa penat.

    Alhamdulillah,tiada tumor cuma severe migrain.

    Kos rawatan CT brain adalah RM 550+170 sbb refer General surgeon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct brain xsama ke gn ct scan..sakit kepala dh bape lama ye..sakit nye rasa mcm mana...

      Delete
    2. boleh cik bgtahu tak cik sakit kepala dah berapa lama sblum buat ct scan tu? mcm sy dah hampir 2 tahun sakiy kepala, semua ubat migrain dan tension headache sy makan..tp xjuga pulih..sb itu sy tanya cikm.

      Delete
    3. Assalam sis, sy tlg jwb depends PD kes sy yer.smlm sy buat brain CT scan. Harini badan terasa penat, SBB tu sy Google Utk cari kesan slps procedure. Dan terjumpa blog ni.

      Sy sakit kpala 2,3 bln. Sakit tk menentu, rasa mcm ketat PD kpala, seolah tk cukup oxigen. Mata rasa nk terjojol. bkn PD leher, tp di bhgian tgh-blkg kpala. Sy ke hosp gov, dpt Ubat tahan sakit. Tak lama slps episode sakit kpala, sy mngalami batuk demam selesema. Waktu tu hidung ade kluar darah 2kali dlm tempoh sminggu.sy tk biasa alami pndarahan hidung , oleh krn risau, sy ke gov hosp lg. Crita sakit sy tu.doc akhirnya mmberi tarih appointment Utk brain CT scan. Alhamdulillah procedure tk rumit mcm kisah mama, SBB bhgian kpala shj. Ade masukkan cecair contrast, Dan skg tgh lemah badan. Hrp semuanya ok. Alhamdulillah Ya Rabb.

      Delete
    4. Salam..nak tanye.. buat ct brain kena buka tudung ke?

      Delete
    5. Yupp buka tudung tapi mama diberikan cap untuk sarung dikepala... sebelum sarung cap tu mama pakai serkup rambut didalam cap tersebut... baju pun kena buka sebab akan diberikan satu baju khas sebelum menjalani prosedur.. macam pesakit yang nak masuk dewan bedah tu

      Delete
  7. MRI di Mahkota Specialist untuk sakit belakang RM 800

    ReplyDelete
  8. Salam mama.. nak tanya berapa lama prosedur CT scan ni ye?

    ReplyDelete
  9. Salam mama.. nak tanya berapa lama prosedur CT scan ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,.... mama tak berapa ingat tempoh masa sebenar ...rasanya kurang dari sejam kot... tak termasuk masa untuk minum air tu ya...

      Delete
  10. Salam mama, mama buat dkt kerajaan kan? Nak tanya berapa lama tempoh sebelum tarikh temujanji tu nak tunggu? Ada dlam berminggu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam... yupp mama buat dekat kerajaan. Tarikh temujanji tu bergantung kepada situasi sama ada urgent case atau elektif (yg ni doktor yang lihat akan maklumkan)... kalau urgent biasanya waktu menunggu tak la lama... macam kes mama ni dikira urgent...

      Delete
  11. Salam, nak tanya, buat ct scan tu dekat hospital mana ya..? Sebab macam yang jita tahu xbanyak hospital yang ada ct scan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan hospital awam yang mempunyai perkhidmatan kepakaran ada CT scan seperti Hospital Kuala Lumpur, Putrajaya, Sedang, Klang, Kuantan, Temerloh, Johor Baharu, Sultanah Bahiyah, Pulau pinang dan lain-lain...

      Delete
  12. Salam mama , saya bru buat ct scan utk kepala . Mmg effect dia rasa pening , rasa nak demam , penat ? Saya kena buat ct scan pun sbb pnyakit pening kepala yg dah 5-6 bulan dihidapi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ct scan apa tindakan susulan dari doktor?

      Delete
  13. Salam mama , saya bru buat ct scan utk kepala . Mmg effect dia rasa pening , rasa nak demam , penat ? Saya kena buat ct scan pun sbb pnyakit pening kepala yg dah 5-6 bulan dihidapi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... tak pasti la pulaknya kesan tu. Mungkin tak sama antara individu. Apa pun sekiranya keadaan tidak berkurangan atau lebih teruk disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan ...

      Delete
  14. Assalamualaikum.. kos untuk ct scan hospital kerajaan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam.... maaf ya saya tidak dapat memberikan maklumat ini. Saya kakitangan awam jadi tiada kos yang dikenakan kerana menggunakan surat jaminan (GL) ....

      Delete
  15. Assalam mama ..saya baru sahaja menjalani CT utk bahagian paru2 dan abdomen krn saya mengalami radang kat paru2 dan doktor nak pastikan radang tu merebak hingga tahap mana.. sya pun mengalami pengalaman sama seperti mama ceritakan kena minum air contrast sebanyak 200ml setiap 10 minit sebanyak 4 kali.. air contrast mmg meloyakan dan bagi sya air yg paling tak lalu d terim a oleh anak tekak.. rasa nak termuntah pn ada tapi takut juga klu termuntah nanti nurse tu suruh minum balik kan naya jadinya... kat dlm lab tu pn sama juga sya dimasukan air melalui lubang anus dgn mengguna tiub takut juga masa tu tapi alhamdulilah tak terasa sakit..staff nurse tu gtaw tujuan air tu d masukan nak tengok bahagian2 dinding perut dan usus sya.. pas tu nurse tu gtaw nanti akan d masuk kan lg cecair yg kita mmg akan terasa panas tapi benda tu tak lama tetapi kita cuma perlu bertenang.. sya masih ingat lagi staff nurse tu gtaw tarik nafas dan tahan utk beberapa min.. rasanya dlm 1 hingga ke 3 min kot seterusnya bernafas seperti biasa yg ni tujuan nya nak tengok keadaan paru2 sya.. selepas tu yg saya ingat air yg di masukan kedlm lubang an*s tu dikeluarkan semula dan ketika tu lah juga perut sya memulas2 ... seingat sya selepas dri itu ada 6 hingga ke 7 kali sya ketandas perut mmg memulas mcm washing machine dan lawas abis takyah nak meneran ...

    Alhamdulilah sya dah discharge sekarang dan masih lg MC dan masih meneruskan rawatan melalui ubat2 yg d bekalkan kepada saya.. saya terima ini dugaan ini dgn hati yg redha kerana setiap kesakitan yg kita terima akan menghapus dosa2 kecil kita dan sya sentiasa berdoa semoga allah menyembuhkan saya kembali seperti sediakala... saya mendoakan semoga mama dan sahabat2 semua sentiasa di berikan kesihatan yg sempurna dan di permudahkan segala urusan kita semua..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hosp kerj ke swasta tu?

      Delete
    2. Yang ni sya buat kat KPJ

      Delete
    3. Brapa ye cost buat kat kpj? Kpj mana ye?

      Delete
    4. Yang ni saya buat kat KPJ Sabah..bayarannya RM 1,795.00 cuma saya tak pasti yg ni tuk bayaran CT Scan sahaja ataupun pihak KPJ dah campur semua sekali dgn XRay & Ultrasound

      Delete
  16. Sy baru wat ct scan pg td..di kmc anggaran rm950...utk tahu result kanser rahim sy di tahap brapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Sy akn wat ct scn mnggu dpn.. Utk mbgetahui stage kanser rahim juga.. Apa rawatan susuln yg puan sdg jalani skrg ya? Bgaimana keadn pn skrg?

      Delete
    2. Assalammualaikum..Kalau kena kanser saya sarankan untuk ambil supplements aprikot.Cuba ikhtiar dengan aprikot..inshaAllah..ssemoga Allah memberi kesembuhan dan kemudahan kepada ahli2 dalam ni..Aamiin..

      Delete
  17. Saya buat CT Angio scan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) last month utk lihat ada sumbat tak di saluran jantung saya. Kos adalah dalam lingkungan RM3000++ tapi guna insurans, covered, Alhamdulillah tiada yg kritikal.

    ReplyDelete
  18. salam. saya nak tanya siapa ada pengalaman ct brain untuk anak seusia 1tahun lebih. boleh terangkan kos dan prosedur di hospital swasta. anak saya selalu jatuh nd terkena bahagian kepala. takda effect lepas jatuh tpi saya as parents sangat risau efect bhagian dlm. mintak tolong sesiapa yg tahu. terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Sy baru buat tadi, mmg serik la nk buat lg, lagi2 time dia msok ubat mcm karen dh rasa, nagis gak sbb skit sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl,sakit sgt masa masukkan cecair tu, lps tu suruh tarik nafas, buang...tahan...nk nk kencing2

      Delete
  20. Yeke sakit...wife sy mgkin kene buat ct scan..die sakit belakang kepala..die kdg2 xleh tido malam..rs cucuk2 kt kepala..

    ReplyDelete
  21. Skrg tgh mkn ubt thn sakit..lege la..pastu ade masa2 sakit dtg smula..doc suh mkn ubt thn sakit dulu..kalu msih sakit bru suh wat ct scan..katenye doktor tu

    ReplyDelete
  22. Asslmkm... Saya jatuh pingsan secara tiba2 dan kepla terhentak kuat sehingga kedengarn tempurung kepla. Perlukah sya buat ct scan

    ReplyDelete
  23. Wassalam... pada pandangan mama awak perlu berjumpa doktor buat pemeriksaan dan doktor akan bagi tau sama ada awak perlu buat ct scan atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn boleh share ke simptom penyakit Pn ?

      Delete
    2. Mungkin dr simptom tu sy boleh tahu apa masalah ibu saya

      Delete
    3. Mungkin dr simptom tu sy boleh tahu apa masalah ibu saya

      Delete
    4. Pn boleh share ke simptom penyakit Pn ?

      Delete
    5. Maaf saya kurang faham.. masalah ibu awak?? Apa dia... ada persamaan ke dengan masalah kesihatan saya?

      Delete
  24. assalam.mama kita g ct scan perlu ke pergi minta izin doktor.
    atau kita trus isi borang nak ct scan

    ReplyDelete
  25. Takutlah saya nak pegi ct scan minggu depan.....

    ReplyDelete
  26. Boleh saya tahu kalau ct scan perlu referral letter Ke?

    ReplyDelete
  27. Br buat ct scan ,alhamdulillah segala dipermudahkan..mula mula tu nak hadap tu mmg rasa takut yang amat,tapi sebenarnya OK ja x perlu risau..kejap ja nak masuk baring ..tu ,cuma sebelum tu yg ambil masa sikit...

    ReplyDelete
  28. Aslm... nak tnya, mcm mana nk tahu kalau perlu cr scan atau tidak ye? Sbb rasa kurang selesa dekat bhgian blkng kepada ke leher... sy dh jumpa doktor dh 4 kli, diorg ckp takda apa2... mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba luruskan kedua-dua tangan dan tengok pada hujung jari..ad menggigil tak?kalau mengiggil boleh try cek hormon tyroid..simptom tyroid sesak nafas,jantung laju,ada benjolan kat leher,mudah panik dn bnyk lg..

      Delete
  29. Assalam .. Tumpang tanya .. Sy selalu sakit kepala sakit yg teramat berdenyut² kuat & pening . Selalu setiap kali bangun dari duduk akan rasa pitam & gelap sekejap dlm 10 saat & terhuyung-hayang lepastu baru okay . Sy selalu dipukul dibahagian kepala , selalu ditumbuk bertubi² di bhgian kepala & muka , ditampar , kepala ditarik diangkat & dihentak² .. Pernah juga dibaling dgn handphone smpai berdarah kepala sy .. Bulan 11 ni saja dah 3 kali sy dipukul² & mmg setiap kali dipukul dbhgian kepala & muka .. Mgkin berpuluh² kali juga sy dipukul & terbaru pd selasa 6hb11 & tgah pagi tadi pkul 2pagi .. Sejak selalu dipukul & ditumbuk bertubi² di kepala sy sering skait kepala berdenyut² smpai tak larat nk bangun , pening sangat . Apa yg sy perlu buat ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis ada bengkak@benjol kat kepala ke? sy 3hari lepas terhentak kepala dengan kepala anak. anak aktif. sy g klinik, dr gitau ada bengkak sikit n dr bagi ubat turun bengkak. itu je.

      Delete
  30. Nur, kenapa awak selalu dipukul? Awak kene buat police report ni..

    ReplyDelete
  31. Anak sya trikh ct scan 28.12.2018..jumaat ni..trus gi ct scan ke doktor bg trikh lain..sbb doktor x de ckp apa utk puasa ke apa..

    ReplyDelete
  32. Saya br je buat ct scan hr ni.. 5/1. X de apa yg perlu ditakutkan. Saya kena minum 2 cawan air rasa oren... Yg agak sedap. Masukkan kontras masa dh baring dlm bilik ct scan. Rasa panas tu kejap sgt.. X yah risau ye semua. Bykkan minum air supaya kita dpt buang semua cecair kontras tu dr badan dgn cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan.. Brape ye kos utk buat Ct scan.. Ibu kawan sy ade masalah dalam perut die.. Mgkin cyst.. Doktor soh buat Ct scan..

      Delete
  33. Saya br je buat ct scan hr ni.. 5/1. X de apa yg perlu ditakutkan. Saya kena minum 2 cawan air rasa oren... Yg agak sedap. Masukkan kontras masa dh baring dlm bilik ct scan. Rasa panas tu kejap sgt.. X yah risau ye semua. Bykkan minum air supaya kita dpt buang semua cecair kontras tu dr badan dgn cepat. Kos dlm 2400

    ReplyDelete
  34. salam. ada sape2 pernah buat ct scan sbb bengkak dalam telinga tak? nak tahu procedure dy sama ke cne? ada kena mnum jugak ke air perisa oren tu? sbb sy kna buat ct scan nt. doc mmg sruh puasa. lpastu 2jam sbelum buat ct scan kna makan ubat 8bji yg dy bg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dh buat ke ct scan? dh bgtau ke sbb apa telinga awak? boleh saya tau. sebab doktor pun suggest saya buat ct scan ni jgk.. please reply sbb tktahu nak tanya siapa dah

      Delete
    2. procedure dia mcm mna ea

      Delete
    3. harap harap awak reply cepat sbb penting😭

      Delete
    4. Maaf baru noticed. Dah buat. Saya buat dekat goverment hospital. Depends pada doctor pakar dekat sana. If dorang suggest suruh buat ct scan then proceed je, doc akan buat surat untuk refer kita dekat ct scan punya department

      Delete
  35. sy kna bt ct scan dkt bhgian hidung hjg bln 2 ni..ms ambik date xde plk dorg srh puasa..prosedur dia cmne ye..tkut plk nk bt

    ReplyDelete
  36. Salam Sejahtera Untuk Semua
    Saya nak Tanya Saya Sakit Tangan Kanan di bahagian Siku dan Ada Sikit Kembang Semakin Hari Kembang Tuh mcam Semakin Besar. Kalau saya tekan di bahagan yang kembang. Tak rasa sakit tapi di bahagian tepi rasa sakit sampai Leher/Bhu Kanan
    Setiap saya goyang kepala ada rasa Urat macam Bunyik Krek krek. Sakit sangat

    Dokter cakap saya kena cek Mri. N ct scan. Guna tahu mngenal pasti apa sakit yg di derita saya

    Yang Jadi Pertanya Berapa kah Cosh Rawatan untuk saya((Sebab Saya Bukan Asli Orang malaysia


    Dan Sakit. X. Mun. BuAT. Mri. Ct scan



    Terima kasih


    Posisi saya ada kat. Port dickson

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum.. berapa ye bayaran tuk buat ct scan.. saya ada temu janji tyk buat ct scan bln april ni.. kat hosp kerajaan..

    ReplyDelete
  38. siapa pernah buat MRI utk baby 6 months old?
    brp kos kalau private.

    ReplyDelete
  39. Nak tanya...Hari tu saya lompat jauh...Tp waktu landing tersilap sakit punggung sampai sekarang....apa jalan terbaik Ye....Dah 3 minggu lebih dah ni...p klinik dia kata bengkak urat...

    ReplyDelete
  40. Salam nk tanya ..sy ada temujanji ct scan ....dan mse tu doc hnya ckp ..klau pregnant x boleh...tp mse tu doc xde ckp klau pkai pendakap gg boleh ke x boleh ....siapa yg thu bleh tlg jelaskn..tq

    ReplyDelete
  41. Adehhh... Mahal ya... Hahahha cmna la ne

    ReplyDelete
  42. Kesian nya awak.... Awak harus syg diri awak dlu dan bertindak buat polis report... Sya xnk tnya kenapa awak dipukul n siapa tp sya tahu krn awak syg org lain drp diri awak... Yg tanggung effect kemudian hari adalah awak sendiri... Bertindak bijak lah nur drp skrg... Dan berlapang dada..

    ReplyDelete
  43. Salam..boleh tak beri simpton2 sakit kepala macam puan

    ReplyDelete
  44. Saya punggung selalu sakit.. kadang sampai mencucuk cucuk sakit nya..ada org kata urat sketika.. kaki pon kebas. Ada sesiapa pernah alami tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam sy, org cakap appendix, esok nak gi buat ct scan juga , bab dah 2kali scan kat klinik tk jumpa apa2 dalam perut saya,

      Delete
  45. Sye nk tnye..wife sye buat ct scan utk paru2..apabila buat ct scan saluran paru2 ada block darah beku..apabila selesai membuat ct scan...wife sya mengalami cirit birit..sekejap suhu badan panas melampau..bila suhu badan turun dituruti sejuk sampai mengigil plk..selpas itu pula muntah2..adakah kesan2 selepas CT Scan?

    ReplyDelete
  46. Salam..blh saya tau dkat hospital swasta mana yg ada buat brain scan dan berapa kosnya?
    Anak saya umur 3 tahun ada masalah lambat bercakap dan kerap demam.. saya risau sbb masa anak saya umur setahun lebih anak saya pernah kena demam sawan. Saya ada mintak dgn doktor hospital kerajaan utk buat brain scan..tapi doktor jawab "saya rasa anak awak tak perlu buat brain scan buat masa ni". Ayat yg amat mengecewakan.

    ReplyDelete
  47. Baru buat ct scan 16/10/2020 untuk mak.
    Bahagian yg dibuat ct scan dua ke tiga bahagian. Ct scan chest dan ct scan abdomen and pelvic. Sama mak pun minum air kontrast juga. Saya buat di Columbia Asia Bukit Rimau. Total kos semua Rm1800. Ni harga untuk semua procedure ct scan and report ya. Lepas selesai semua tu. Untuk result saya dapat result ct scan tu dlm bentuk CD, 8 keping film dan report paper.

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum semua, saya ingin bertanya result ct scan di hospital kerajaan time tu juga dpt atau kena tungggu berhari atau berbulan bulan?

    ReplyDelete
  49. Sape ada masalh cm saya..sy dh 2thun skit kepala seblh kiri..sluruh angota bdn pun seblh kiri gk yg skit.cnth lenguh2 tggn kaki bahu semua blh kiri .skit kepala skng ni dh trlampau sgtt skit..smpai nk trkuar bji mata..dahi pun skit..skit tkut nk gi hosptl..rjuk doc..sy nk gi scan kepla trus jersa angran byran Brp ye.bole ke guna GL suami.sb sy xbrkerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bru nk buat ct brain nx week kne rm530 dekat ppum

      Delete
  50. sape pernah buat ct scan abdomen dekat hospital pantai? sy doktor suspek btukarang, dan doktor suggest untuk buat ct scan. mslhnye insurnce xcover klo xfinding problem lg.. boelh tau x cost ct scan dekat pantai

    ReplyDelete
  51. Hi nak Tanya berapa kali kontras dimasukkan melalui jarum kat tangan... Please reply rasa takut

    ReplyDelete