Syukur kepada NYA selesai suah proses pembelian kereta mama ni... kererta telah didaftarkan pada 26 Jun 2015. Mama hanya ambil kereta tu pada 4 Julai 2015...sebab daftar Jumaat kalau nak ambil 27 Jun keesokkannya tu geran masih belum dapat di JPJ sebab daftar kan online je... Malasla nak datang lagi minggu depan untuk mabik geran, lagipun maa kerja malas nak keluar untuk urusan peribadikan. Jadi mama ambil keputusan Sabtu lepas baru gi ambil.
Ini merupakan pembelian kereta mama kali ke 5 la sepanjang mama dah kerja. Ini juga lah merupakan masa yang paling panjang untuk beli. Cadangan nak beli 2013, dah pergi pun kat showroom tu, lepas tu tangguh sebsab mama kan masuk IJN dan bercuti panjang. Lepas tu 2014, memeberikan fokus untuk menunaikan rukun Islam ke 5. Tak mahulah beli kereta baru pas tu tinggal dalam tempoh hampir 46 hari. Jadi hajat tu nak beli lepas balik haji. Sekali lagi terpaksa ditangguhkan sebab en hubby tak sihat masuk Hospital serdang lama juga hampir 21 hari dana lepas tu MC panjang.... awal tahun 2015, hajat nak beli, enhubby kata taunggu lepas GST la mana tau harga kereta akan turun.. Selepas GST 1 April tu, erm harga kereta tak banyak beza pun... sebelum puasa kami pergi book kereta tu... syukur kini selesai semuanya. Mama harap kereta ini merupakan kereta terbaik dan sentiasa dilindungi Allah. Ianya akan memberika kami keselesaan dan keselamatan dan berkhidmat kepada kami hingga ke akhir hayat mama.
Inilah kereta yang termahal yang mama beli dalam sejarah kehidupan mama. Mama perlu fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Mama mesti mampu untuk membayar kos pinjaman dan juga kos bahan api, serta kos penyelenggarannya. Setelah mengambil kira semuanya, mama rasa mama juga harus peri peluang pada diri sendiri setelah bekerja sekian lama, teringin juga untuk memiliki kereta ni... sebagai reward untuk diri sendiri....
ni la mama punya terkini JQX **** |
No comments:
Post a Comment