PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 24 August 2015

TINTED KERETA

Asslamualaikum.  Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan dengan dipermudahkan oleh Allah dan diberkati dunia dan akhirat.
Kali ni mama nak cerita pasal tinted cermin kereta. Sebelum ni mama memang tak pernah tinted cermin kereta mama sebelum ni. So mama  pun google la pasal tinted cermin kereta ni. Pertamanya nak tau harga tinted dan juga jenis tinted. Tak tau la... ada yang kata tinted ni sama aje... walaupun jenama berbeza... terpulangla kepada masing-msaing. Bagi mama dah tentu ada perbezaan tinted yang murah dan mahal sebab harganya memang jauh berbeza. Kalau tak tak kan jauh beza harganya kan.

Ada tinted yang biasa je untuk tahan panas dan ada juga tinted yang boleh tahan panas dan tahan cermin dari mudah pecah bila diketuk. Bukan tahan cermin untuk tak pecah tau. Ada beza ya... cermin akan pecah juga bila diketuk dengan objek keras tapi ianya akan mengambil masa la. Klau kita ada kat dalam tu sempatlah buat call ke, ambik gambar ke guna hp tu pun kalau tak panik la.

Lagi banyak ketahanan terhadap haba atau suhu panas, maka harganya makin tinggila. Dari segi terang ke gelap pula terpulang pada masing-masing. Ada yang suka gelap, ada yang suka terang... so ikut pilihan hati masing-masing la. Yang tahan ketukanjuga ada berbagai ketebalan... Jadi ini semua akan menentukan harga. Yang penting bagi mama ianya mesti lulus ketelusan cahaya JPJ
dari en google

ni pun dari en google


Selain daripada perkara yang dinayatakan di atas, harga juga akan ditentukan mengikut saiz kereta. Kereta kecil, sedan biasa atau sedan yang besar atau MPV. Lagi besar kereta lagi mahal lah kos nya nanti...
Setelah mengambil kira semua mama pun pilihlah tinted yang mama rasa mampu bayar la.... mama pergi pasang kat Ray Tech Bangi, pilih yang tahan ketukan harganya bermula dari RM 700 sehingga lebih RM 4 K bagi kereta siz mama la. Kalau kereta myvi ke axia rasanya murah lagi. Dari segi tahan haba mama ambil yang 85 % je. Yang 98% tu amat la mahalnya pada pandangan mama la. Masa untuk pasang lama gak la tunggu. Dari pukul 12 tengahari dan siap pukul 3 petang... nasib baik kedai makan dekat, masjid dekat. So lepas makan terus gi masjid jalan kaki je...
ada 3 orang yang pasang...kalau seorang lagi la lama kan..

Dah siap....
Inilah kali pertama seumur hidup mama pasang tinted..... berbaloi ke? Entah la... susah nak bagi komen hi..hi... hanya yang mama boleh kata panas tu kurang la...




25 comments:

  1. assalamualaikum..mama..
    jadi berapa harga mama tinted kereta tu??

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..mama..
    jadi berapa harga mama tinted kereta tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam... alamak mama tak ingat jumlah sebenar tapi lebih 2K rasanya... untuk kereta saiz mama ni...

      Delete
    2. Raytech tinted you may contact me 0104649938 Now we have promotion

      Delete
  3. assalamualaikum Puan,
    Saya wakil daripada Raytech HQ.
    Boleh saya dapatkan number/emel puan untuk bertanyakan feedback tentang penggunaan tinted Raytech sebelum ni?

    harap boleh dapat respond dari puan secepat mungkin, terima kasih

    ReplyDelete
  4. Saya baru saja pasang tinted kat raytect bangi semalam....aduhhh....takde quality langsung...sehari selepas pasang ( hari ni) saya dapati ada macam gelembung atau kesan putih bulat bulat mcm kesan tapak jari tangan dlm filem tinted tu...tghari tadi datang wat komplen...tapi taukey kedai kata memang macam tu...hello...aku dh pasang tinted kat byk kereta sebelum ni tak penah jadi mcm ni...aku dh mcm naik angin tadi...taukey cina tu wat selamba kata tanda tu mmg biasa akan hilang dlm sebulan...aku hmpir hilang sabar td...raytech memang tak best...low quality...poor service...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spoil..bru ingt nk g pasang...xjd la klu mcm ni

      Delete
    2. Samalah saya pun guna raytech tapi tak sampai 5 tahun dah berkedut2 tinted tu :( skrg tgh survey nak pasang yg baru

      Delete
    3. Kereta saya pun saya.gelembung kat cermin belakang.buat kerja cincai jer raytech bangi

      Delete
    4. Kereta saya pun saya.gelembung kat cermin belakang.buat kerja cincai jer raytech bangi

      Delete
    5. Kereta saya pun saya.gelembung kat cermin belakang.buat kerja cincai jer raytech bangi

      Delete
  5. Erk.. baru berangan nk pasang.. tq for info..

    ReplyDelete
  6. Tak jadi gak la ray tech bangi..

    ReplyDelete
  7. Saya pasang tinted di Raytech Bangi April 2011...Alhamdulillah ok sampai sekarang...saya pakai yang murah je RM900...masih ada warranty (7 tahun)...

    ReplyDelete
  8. Adoi takut pulak nak gi tinted ni, dahlah sorang.. takut kena tipu..aduhai..

    ReplyDelete
  9. maybe cara pekerjanya buat pemasangan ade kesilapan..saya punya kereta ok jer smpi skrg.

    ReplyDelete
  10. saya baru pasang Raytech pada Alza. rm750 dgn security tint. Harap2 ok. Saya suka Raytech sbb pasang pada Innova sudah 1 tahun rasa sejuk dan x ada bengkak2. Good workmanship.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, cadang nak pasang pagi ni, harap tak banyak kereta. tkasih pada blogger

    ReplyDelete
  12. Ada sesiapa pernah try Raytech Kuantan tak ?

    ReplyDelete
  13. Terdapat banyak bengkel yang buat tinted kereta yang kurang jujur dan mereka suka menawarkan harga yang tinggi. Jadi kita perlu berhati-hati sebelum setuju dengan harga yang ditawarkan. Lebih baik utk tanya beberapa bengkel dulu baru buat keputusan.

    ReplyDelete
  14. Dpt voucher rm300..agak2 psg tinted kt axia lbih dr harga tu x?

    ReplyDelete
  15. Sebaiknya survey dari kedai ke kedai berkenaan harga dan kualiti tinted tu. Buat perbandingan. Terutamanya kes yang beli kereta terpakai, selalunya salesman tu akan offer bagi baucer tinted, dalam lingkungan rm200, ada yg bagi lebih.

    Jangan tertipu, ini taktik salesman untuk dapatkan komisyen 'tepi' dari kedai tinted yang dikatanya kedai tinted itu kedai tinted panel dengan syarikat kereta terpakai yg dia bekerja dengannya.

    Strategi mudah jurujual kereta untuk kaut 'untung lain' melalui jualan tinted dengan kedai tinted yang dikatanya sebagai kedai tinted panel dengan syarikat used car tersebut.

    Disebabkan ada jualan tinted dari kedai tinted dengan pembeli kereta terpakai secara tak langsung melalui jurujual kereta terpakai, di sinilah puncanya harga tinted yg ditawarkan jurujual kereta terpakai tu jadi mahal dan tak masuk akal.

    Harga tinted cikai yang biasa boleh didapati dengan harga murah sudah menjadi double atau lebih berganda disebabkan ada komisyen yang diambil melalui jurujual kereta tersebut dengan 'kedai tinted panelnya'. Kenapa ada tanda apostrophy kat situ? Faham fahamlah sendiri.

    Berkenaan baucer? Baucer tu hanya marketing untuk 'cair'kan pembeli kereta supaya nampak tawaran tinted tu jadi murah. Hakikatnya, baucer tu tak berguna langsung dgn harga tinted yg dipasang, sebab harga tinted yg ditawarkan selepas guna baucer itu sebenarnya adalah harga sebenar, dan baucer itu cuma dummy diskaun saja.

    Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri beli kereta terpakai dgn jurujual orang kita sendiri, tapi bekerja dgn tauke cina.

    Kesimpulannya, lebih baik pergi survey sendiri dari kedai ke kedai satu persatu dan bandingkan harga dan jenis tinted yg ada. Erti kata lain, sedangkan jurujual seagama sekaum pun susah nak dipercayai, apatahlagi tauke cina.

    Mudah kata, dah nama pun berniaga, dari A to Z dia cerita barang dia bagus langsung tiada cacat cela, harga murah kononnya, barang berkualiti, walhal bila survey beberapa lagi kedai lain, ada yg lebih murah dan sama kualitinya.

    Pengajaran; bila dengar je bab baucer b yg jurujual kereta nak tawarkan, hati-hati lah, itulah permulaan anda akan ditipunya. Sebaiknya tolak, cari sendiri kedai tinted, tak mati pun tak pakai tinted hari ni, tak semestinya kena hari ni juga pasang tinted, banyak masa boleh cari. Orang berniaga, mana nak cerita kelemahan dan keburukan disebalik kualiti barang dan servis yg ditawarkan, dia hanya fikir jalan bagaimana nak bagi pelanggan beli barangnya dan bagi keuntungan pada si penjual.

    Kalau rajin surf google dalam forum bab auto yakni kenderaan bermotor boleh jumpa kaum cina sememangnya stratergi perniagaannya berunsurkan penipuan kebanyakannya. Saya sendiri ada terbaca kaum cina sendiri mengaku dalam bab perniagaan dalam forum mengenai bisnes bengkel kereta, kalau penjual terlalu jujur dan bertanggungjawab, susah si penjual nak untung. Dia sendiri mengaku kalau jujur memang takkan untung. Nampak, itu bagi yang kafir, kalau yang muslim pulak ikut perangai menipu sebegitu, Allah Maha Mengetahui.

    Slogan berniaga tolong melayu? Saya sendiri tak percaya slogan tu, selagi namanya peniaga, baik cina, melayu, india, atau siapapun bangsanya, itu bukan keutamaan. Ini semua sentimen untuk menarik pembeli beli semata sampai lupa tujuan asal berkenaan kualiti, harga, dan servis peniaga tersebut. Nampak kan,jadi renung-renungkan.

    ReplyDelete
  16. Ya setuju dengan komen akhirvtu. Baru beli kereta baru axia. Dapat baucer tinted rm500 tinted Raytech. Dalam tempoh 2 hari wakil kedai raytech dah call tanya bila nak pasang. Akhirnya pergi salah satu kedai Raytech. Ditunjuknya jenis2 dari biasa rm 1100 sehinggalah 3400 untuk standard kereta macam axia. Akhirnya saya buat keputusan pasang aje di kedai biasa di Nilai 3 dengan harga RM 280 sahaja. Siap cepat kerja nampak amat teliti. Betul tentu yang mahal tu betul2 berkualiti. Kalau tiba2 yang dah dipasang ni sebelum 5 tahun dah gelembung, kita pasang baru aje pulak.

    ReplyDelete