PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 4 November 2014

JANGAN LEPASKAN PELUANG: BELAJAR KEMAHIRAN DI GIAT MARA

Assalamualaikum..... SPM telah bermula semalam. Tak lama lagi cuti sekolah panjang. Bagi ank-anak lepasan SPM ,STPM,  STAM dan yang sewaktu dengannya akan bercuti panjang sehingga keputusan peperiksaan di umumkan dan seterusnya memohon untuk melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS atau pusat-pusat kemahiran dan yang setara dengannya.

Oleh itu mama sarankan bagi mengisi masa sehingga Jun tahun depan, anak-anak ini harus menggunakan masa dengan bijak. Ada yang memilih untuk kerja  di pusat beli belah, kedai makan, KFC, MC Donald, Pizza Hut dan sebagainya. Namun bagi yang berkemampuan dan tidak perlu berkerja untuk menampung kehidupan atau membantu keluarga, mama syorkan agara anak-anak ini di hantar ke tempat yang boleh menambah ilmu atau kemahiran diri yang amat berguna untuk masa hadapan mereka. Ilmu ini boleh memberikan mereka pendapatan tambahan di masa depan atau pun sekurang-kurangnya berguna dalam kehidupan seharian seperti ilmu menjahit, memasak, wiring dan sebagainya.

Giat mara adalalah salah satu tempat yang boleh anak-anak ini mendapatkan berbagai-bagai ilmu. Kursus ini hanya 6 bulan dan anak-anak ini diberikan elaun bulanan sebanyak RM 200.00 sebulan. Oh ya tiada asrama atau tempat tinggal ya. Makan minum dan perjalanan juga atas tanggungan sendiri. Yuran untuk kursus ini sangat murah kalau dibandingkan dengan tempat lain. Belajar di sini juga adalah sepenuh masa iaitu setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang 5 hari seminggu. Macam orang bekerja la kan....

Untuk memohon sila ke laman web ini  GIAT MARA  Klik di sebelah kanan : PERMOHONAN BARU.
Senarai kursus boleh lihat sini : KURSUS 

Tahun lepas anak kedua mama ambil kursus fashion and dressmaking.... alhamdullilah pandai dah dia menjahit.Sekarang dia di maktrikulasi ....Jangan lepaskan peluang ini ya....














Baju-baju hasil belajar di Giat Mara selama 4 bulan setengah.... kena berhenti sebab sambung belajar ....
Kalau berhenti tanpa sebab kena bayar kat MARA tau... ada perjanjian kena buat sebelum terima belajar di sini ya...



BUNGA OH BUNGA

Kali ni mama nak cerita pasal bunga. Mama memang suka bunga tapi en hubby tak suka....especially kalau dalam rumah semak katanya... nanti habuk banyak lekat.... kalau kat luar ok lagi bunga hidup. Ni bunga mati. Oleh kerana mama ni suka bunga dan memang dah lama nak beli bunga tapi tak beli-beli gak. Lepas balik haji tu mama pun pergilah cari bunga kat Nilai 3. Singgah satu kedai bunga... nasib baik tak ramai orang. So tanya dengan staf kat kedai tu...dia kata akak cari bunga apa nak  nanti saya deco kos upah RM 20.00 ya... oklah... mama dan en hubby pun pergilah pilih bunga..macam2 warna mamma dan en hubby pilih.... pas tu mamat tu kata aduhai kak meriahnya bunga ni macam2 warna... lepas tu dia kata tak pa lah kak biar saya yang pilih ya... maka mama pun setujulah. Ni lah hasilnya ya.... dengan kos pasu dan bunga aje yang kena bayar deco tu mamat tu kata dia tolong ja... tak payah bayar... alhamdullilah save RM 20.00



Cantik tak? Simple je kan.....


Friday, 24 October 2014

PENGALAMAN HAJI 2014 BAHAGIAN 2

Mama nak sabung cerita pasal haji ya. Bila sebut nak pergi haji mesti ramai yang bertanya pergi ikut pakej ke ikut muasasah. Betul tak? Mama pun macam tu gak. Mula-mula dulu mama memang nak pergi ikut pakej sebenarnya. Alasan mama nak ikut pakej adalah nak senang. Duduk nanti hotel dekat dengan masjid, nak melontar dekat....namun begitu en hubby mama tidak bersetuju nak pergi dengan pakej. Dia nak ikut TH secara muasassah. Akhirnya mama pergi dengan muasassah.  Jadi pengalaman ini adalah pengalaman melalui muasassah.

Mama mula menerima surat dari pihak TH mengatakan mama dan suami akan terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini pada bulan Januari 2014. Sebenarnya mama dan suami telah mendaftar haji pada tahun tahun 90an... dan mama telah bebrapa kali mendapat panggilan namun atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan mama pohon tangguh dan mama memang memilih tahun 2014 untuk menunaikan haji. Syukur alhamdulillah awal tahun ini mama dan suami dapat surat pengesahan untuk menunaikan haji musim 1435 H. 

Untuk menunaikan haji ini, kita perlu belajar kerana ianya bukan perkara yang mudah dan peluang untuk memnunaikan haji mungkin hanya datang sekali seumur hidup kita. Jadi kita perlu belajar mengenai haji ini. Mama telah beberapa kali belajar mengenai haji. Dulu masa mama kerja di Pahang mama dan suami juga telah mengikuti kursus haji yang dianjurkan oleh tabung haji seara bersiri selama 17 minggu. Tahun 2013 juga mama ikuti kursus bersiri ini yang dianjurkan oleh masjid Sultan Mizan Putrajaya. Bagi tahun ini mama ikuti kursus asas haji bersiri di Surau Al Furqan di presint 11 selama 17 minggu yang dibawaah seliaan TH. kursus diadakan setiap hari sabtu mulai jam 9.00- 12.00 tengahari setiap minggu sehingga 17 minggu. Ada masanya kursus ditukar pada hari Ahad. Dalam kusus ini kita akan diterangkan secara terperinci mengenai ibadah haji. Sesiapa juga boleh mengikuti kursus asas haji. Mereka yang tidak menerima surat tawaran untuk menunaikan haji juga boleh ikuti kusus ini.

Selepas kursus asas haji bersiri ini, pihak TH telah mengadakan kursus intensif haji. Kursus intensif ini hanya diadakan bagi bakal-bakal haji yang telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kursus ini diadakan selama 2 hari di tempat masing-masing. Mama dan suami mengikuti kursus ini di Sekolah Alam Shah Putrajaya. Ada sessi teori dan amali serta ujian bagi menguji kefahaman mengenai haji. Bagi mereka yang gagal ujian, pihak TH akan memberikan kursus khas buat mereka ini. Kursus ini diadakan sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Selepas itu, 3 minggu sebelum terbang ke tanah suci, kursus haji perdana telah diadakan. Ianya dilakukan selepas hari raya puasa. Mama dan suami mengikuti kursus haji perdana ini di Masjid purta Putrajaya pada 9-10 Ogos 2014.

Yang pakai baju biru tu  mama ya.... foto dari sinar harian ya
                       
semasa kursus asas haji di surau alfurqan presint 11

praktikal melontar

Kursus Perdana di Masjid Putra Putrajaya
 Nanti sambung ya...