Kali ni mama nak cerita pasal bunga. Mama memang suka bunga tapi en hubby tak suka....especially kalau dalam rumah semak katanya... nanti habuk banyak lekat.... kalau kat luar ok lagi bunga hidup. Ni bunga mati. Oleh kerana mama ni suka bunga dan memang dah lama nak beli bunga tapi tak beli-beli gak. Lepas balik haji tu mama pun pergilah cari bunga kat Nilai 3. Singgah satu kedai bunga... nasib baik tak ramai orang. So tanya dengan staf kat kedai tu...dia kata akak cari bunga apa nak nanti saya deco kos upah RM 20.00 ya... oklah... mama dan en hubby pun pergilah pilih bunga..macam2 warna mamma dan en hubby pilih.... pas tu mamat tu kata aduhai kak meriahnya bunga ni macam2 warna... lepas tu dia kata tak pa lah kak biar saya yang pilih ya... maka mama pun setujulah. Ni lah hasilnya ya.... dengan kos pasu dan bunga aje yang kena bayar deco tu mamat tu kata dia tolong ja... tak payah bayar... alhamdullilah save RM 20.00
Cantik tak? Simple je kan.....
No comments:
Post a Comment