PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday 24 October 2014

PENGALAMAN HAJI 2014 BAHAGIAN 2

Mama nak sabung cerita pasal haji ya. Bila sebut nak pergi haji mesti ramai yang bertanya pergi ikut pakej ke ikut muasasah. Betul tak? Mama pun macam tu gak. Mula-mula dulu mama memang nak pergi ikut pakej sebenarnya. Alasan mama nak ikut pakej adalah nak senang. Duduk nanti hotel dekat dengan masjid, nak melontar dekat....namun begitu en hubby mama tidak bersetuju nak pergi dengan pakej. Dia nak ikut TH secara muasassah. Akhirnya mama pergi dengan muasassah.  Jadi pengalaman ini adalah pengalaman melalui muasassah.

Mama mula menerima surat dari pihak TH mengatakan mama dan suami akan terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini pada bulan Januari 2014. Sebenarnya mama dan suami telah mendaftar haji pada tahun tahun 90an... dan mama telah bebrapa kali mendapat panggilan namun atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan mama pohon tangguh dan mama memang memilih tahun 2014 untuk menunaikan haji. Syukur alhamdulillah awal tahun ini mama dan suami dapat surat pengesahan untuk menunaikan haji musim 1435 H. 

Untuk menunaikan haji ini, kita perlu belajar kerana ianya bukan perkara yang mudah dan peluang untuk memnunaikan haji mungkin hanya datang sekali seumur hidup kita. Jadi kita perlu belajar mengenai haji ini. Mama telah beberapa kali belajar mengenai haji. Dulu masa mama kerja di Pahang mama dan suami juga telah mengikuti kursus haji yang dianjurkan oleh tabung haji seara bersiri selama 17 minggu. Tahun 2013 juga mama ikuti kursus bersiri ini yang dianjurkan oleh masjid Sultan Mizan Putrajaya. Bagi tahun ini mama ikuti kursus asas haji bersiri di Surau Al Furqan di presint 11 selama 17 minggu yang dibawaah seliaan TH. kursus diadakan setiap hari sabtu mulai jam 9.00- 12.00 tengahari setiap minggu sehingga 17 minggu. Ada masanya kursus ditukar pada hari Ahad. Dalam kusus ini kita akan diterangkan secara terperinci mengenai ibadah haji. Sesiapa juga boleh mengikuti kursus asas haji. Mereka yang tidak menerima surat tawaran untuk menunaikan haji juga boleh ikuti kusus ini.

Selepas kursus asas haji bersiri ini, pihak TH telah mengadakan kursus intensif haji. Kursus intensif ini hanya diadakan bagi bakal-bakal haji yang telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kursus ini diadakan selama 2 hari di tempat masing-masing. Mama dan suami mengikuti kursus ini di Sekolah Alam Shah Putrajaya. Ada sessi teori dan amali serta ujian bagi menguji kefahaman mengenai haji. Bagi mereka yang gagal ujian, pihak TH akan memberikan kursus khas buat mereka ini. Kursus ini diadakan sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Selepas itu, 3 minggu sebelum terbang ke tanah suci, kursus haji perdana telah diadakan. Ianya dilakukan selepas hari raya puasa. Mama dan suami mengikuti kursus haji perdana ini di Masjid purta Putrajaya pada 9-10 Ogos 2014.

Yang pakai baju biru tu  mama ya.... foto dari sinar harian ya
                       
semasa kursus asas haji di surau alfurqan presint 11

praktikal melontar

Kursus Perdana di Masjid Putra Putrajaya
 Nanti sambung ya...


No comments:

Post a Comment