PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday 23 October 2014

PENGALAMAN HAJI 2014 (1435H)

Syukur Alhamdullilah mama dan suami selamat menunaikan rukun Islam yang ke 5. Di sini akan mama coretkan pengalaman mama sepanjang perjalanan mama dan suami menjadi tetamu Allah. Semoga ianya sedikit sebanyak akan memberikan panduan khususnya  buat mereka yang belum menunaikan haji dan umrah. Apa yang mama tulis di sini nanti adalah pengalaman mama lalui. Masing-masing yang  menjadi tetamu Allah punya pengalaman masing-masing dan mungkin tidak sama bagi setiap orang.

Sebagai umat Islam kita perlullah berdoa kepada Allah agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNYA. Kita hanya akan dapat ke sana dengan izin Allah juga. Ada orang kaya banyak duit, sentiasa bercuti ke luar negara tiap tahun bersama anak-anak tapi masih belum menjejakkan kaki ke tanah suci samada untuk umrah atau pun haji.

Ramai antara kita telah menabung di tabung haji, tetapi tidak mendaftar untuk pergi haji. Antara salah faham yang ramai lakukan ialah mereka ingat dah ada akaun tabung haji akan dapat pergi haji. Ia adalah satu kesilapan besar. Buka simpanan di tabung haji bukan bermakna kita akan dapat pergi haji. Kita perlu mendaftar haji. Buat masa ini mendaftar haji perlukan jangkamasa menunggu yang lama kerana ada kuota yang ditetapkan bagi sesebuah negara. Bagi negara kita Malaysia kuota adalan sebanyak 28 ribu sahaja. Bagi beberapa tahun ini kuota ini telah dikurangkan sebanyak 20 % kerana proses pembesaran masjidil haram. Tahun ini hanya 22,180 orang sahaja yang dapat menjadi tetamu Alllah (kalau tak silap mama la). Senarai menunggu lebih 1 juta orang. Jadi bagi yang belum mendaftar sila lah daftar segera. Anak-anak mama semuanya telah mama daftarkan dan mereka dijangka menunaikan haji pada tahun 2045.... lama lagi kan... kalau sesiapa yang mendaftar hari ini mungkin dijangka untuk dapat ke sana sekitar tahun 2048-2050. Namun begitu sekiranya pembesaran masjidil haram siap sepenunhya insyallah masa menunggu akan jadi lebih pendek, kerana kouta setiap negara akan ditambah.

Bagi yang baru kerja tu mama sarankan agar buatlah simpanan secara tetap dalam tabung haji sekurang-kurang RM 100 setiap bulan. Insyallah dalam umur kalian 40 tahun, simpanan anda mencukupi untuk menunaikan haji. Anda perlu ada RM 1300 untuk daftar haji dan duit ini tidak boleh dikeluarkan ya....

Menunaikan haji memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Oleh itu mama sarankan agar buatlah persediaan. Jika mampu pergilah haji sebelum umur 50 tahun.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah untuk pergi haji kita perlu menanamkan niat untuk ke sana. Berdoa agar kita diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi tetamunya. Perlu menabung dan mendaftar dengan Tabung Haji. Ikuti perjalanan mama yang seterusnya nanti ya....


1 comment: