PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday 4 November 2014

JANGAN LEPASKAN PELUANG: BELAJAR KEMAHIRAN DI GIAT MARA

Assalamualaikum..... SPM telah bermula semalam. Tak lama lagi cuti sekolah panjang. Bagi ank-anak lepasan SPM ,STPM,  STAM dan yang sewaktu dengannya akan bercuti panjang sehingga keputusan peperiksaan di umumkan dan seterusnya memohon untuk melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS atau pusat-pusat kemahiran dan yang setara dengannya.

Oleh itu mama sarankan bagi mengisi masa sehingga Jun tahun depan, anak-anak ini harus menggunakan masa dengan bijak. Ada yang memilih untuk kerja  di pusat beli belah, kedai makan, KFC, MC Donald, Pizza Hut dan sebagainya. Namun bagi yang berkemampuan dan tidak perlu berkerja untuk menampung kehidupan atau membantu keluarga, mama syorkan agara anak-anak ini di hantar ke tempat yang boleh menambah ilmu atau kemahiran diri yang amat berguna untuk masa hadapan mereka. Ilmu ini boleh memberikan mereka pendapatan tambahan di masa depan atau pun sekurang-kurangnya berguna dalam kehidupan seharian seperti ilmu menjahit, memasak, wiring dan sebagainya.

Giat mara adalalah salah satu tempat yang boleh anak-anak ini mendapatkan berbagai-bagai ilmu. Kursus ini hanya 6 bulan dan anak-anak ini diberikan elaun bulanan sebanyak RM 200.00 sebulan. Oh ya tiada asrama atau tempat tinggal ya. Makan minum dan perjalanan juga atas tanggungan sendiri. Yuran untuk kursus ini sangat murah kalau dibandingkan dengan tempat lain. Belajar di sini juga adalah sepenuh masa iaitu setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang 5 hari seminggu. Macam orang bekerja la kan....

Untuk memohon sila ke laman web ini  GIAT MARA  Klik di sebelah kanan : PERMOHONAN BARU.
Senarai kursus boleh lihat sini : KURSUS 

Tahun lepas anak kedua mama ambil kursus fashion and dressmaking.... alhamdullilah pandai dah dia menjahit.Sekarang dia di maktrikulasi ....Jangan lepaskan peluang ini ya....














Baju-baju hasil belajar di Giat Mara selama 4 bulan setengah.... kena berhenti sebab sambung belajar ....
Kalau berhenti tanpa sebab kena bayar kat MARA tau... ada perjanjian kena buat sebelum terima belajar di sini ya...



No comments:

Post a Comment