PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Thursday, 26 September 2019

KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KENDERAAN JABATAN KERAJAAN


Assalamualaikum wbt

Selamat bertemu kembali ya. Pada bulan Jun lepas, kereta mama terlibat dalam kemalangan. Ianya berlaku atas kecuaian pihak lain . Memang itulah yang akan berlaku sekiranya pemandu yang tidak mengikut peraturan jalanraya dan mementingkan diri sendiri sahaja. Ianya dapat dielakkan sekiranya semua pemandu memandu ikut peraturan jalanraya dan bersabar di jalan raya.  Kini sikap bertimbangrasa dijalan raya dan tidak mematuhi peraturan sangat ketara. Memandu sambil menggunakan handphone bukan hand free , memandu perlahan di lorong paling kanan walaupun ada 3 lorong, menukar lorong tanpa signal, memotong barisan  semasa menunggu lampu isyarat ...  Memang menyakitkan hati tak masuk lagi mereka yang suka buang sampah keluar ke jalan samada pemandu mahupun penumpang dalam kereta... macam-macam lagilah. Cerita mama ni panjang tau.. bertabahlah membacanya ya..

Berbalik kepada cerita mama, kejadian berlaku jam 6.15 pagi, semasa kami sekeluarga dalam perjalanan ke tempat kerja. Oh ya suami mama yang memandu kereta ni, mama dan anak perempuan mama yang ada bersama untuk ke tempat dia menjalani latihan praktikal.  Kami baru aja keluar rumah 6.10 pagi dan kejadian berlaku  bedekatan dengan lampu isyarat. Suami mama ini sangat penyabar dan sentiasa berhati-hati jika memandu. Jika ada sesiapa yang nak masuk depan pun dia akan bagi semua kereta yang bagi signal nak masuk depan dia bila dia yang memandu. Kami berada di lorong tengah dan depan kami memang tiada kereta pun lebih kurang 50 meter dari lampu isyarat. Lorong sebelah kanan terdapat hampir 10 buah kereta telah berhenti kerana lampu isyarat telah bertukar merah. Suami pun memandu perlahan  kerana lampu isyarat telah merah. Tetiba kedengaran dentuman kereta dari arah kanan belakang kereta.. Allahuakbar rupanya kereta kami dilanggar oleh sebuah kereta yang tiba-tiba keluar untuk menukar lorong dari kanan ke kiri..

Pemandu kereta ni tetiba tukar lorong ke kiri, nak cepat la kot dekat lampu isyarat tu tanpa memerhatikan samada jalan sebelah kiri tu ada kendenraan lain ke tidak. Akibatnya kereta mama yang jadi mangsa, kereta dia hentam bahagian belakang tayar dan ianya bercalar kemek pintu kanan belakang dan juga sebahagian pintu kiri kerana kereta mama bergerak ke hadapan..

Jadi bila berlaku pelanggaran, sudah tentulah kita akan berhenti dan turun melihat keadaan kereta kita kan. Malangnya kereta yang melanggar kami tu cepat-cepat ke tepi lagi lorong kiri sekali seolah-olah dia tidak amhu berhenti. Tapi mama cepat-cepat keluar halang kereta tersebut.

Pemaandu kereta tersbut merupakan seorang lelaki. Bila mama minta nama dan nombor telefon beliau tidak mahu berkerjasama. Dah lah dia yang langgar kereta mama. Dia kata ikut law...
Okay lah kita pergi report ke balai polis. Dah nak ikut law kan.. apa yang boleh kami buat.. Nasib baik sempat jugalah anak mama snap gambar kereta dia.. Tak sampai 3 minit kot berhenti tu dia dah cabut...  Bayangkan dia park kat kiri jalan... trafik light merah tu bertukar hijau dia boleh pulak buat U turn... 3 lane tu sebelah kanan dia... simpang 4 lagi.. lane tepi tu terus.. tengah dan kanan sekali belok kanan.. tapi yang paling kanan tu boleh la u turn..

Kami tak berani nak u turn.. so jalan terus cari tempat yang lebih selamat nak u turn untuk buat report di balai polis.

Sampai di balai polis kami nampak dia dah sampai. Kami park kereta belakang kereta dia. Terus kami masuk untuk buat report... Jam ketika itu lebihkurang  6.40 pagi. Kami diminta duduk dahulu.Kemudian baru suami dipanggil untuk buat report.

Selepas buat report kami diminta berjumpa dengan IO bertugas (Investigating Officer). Setelah itu gambar kenderaan di ambil. Apabila kami keluar dari balai polis kami dapati pemandu dan kereta  yang melanggar kami telah tiada. IO memberitahu kami tiada laporan dibuat oleh pemandu kereta yang melanggar kami..

Sampai ke sudah kami tak tahu siapa yang melanggar kami .. nama, no telefon atau kerja dimana. Sesuatu yang pelik bukan. Dah langgar kereta orang tapi tak nak bertanggungjawab...

Jadi setelah berbincang dengan suami, kami membuat keputusan untuk membuat semakan di JPJ. Berdasarkan laoran polis yang dibuat , kami ke pejabat JPJ untuk buat semakan. Kami diminta mengisi borang dahulu, salinan kad pengenalan dan juga salainan laporan polis. Setelah membuat bayaran kami menungu giliran. Dekat 2 jam juga menunggu di JPJ , akhirnya barulah kami dipanggil. Semakan dibuat didapati kereta tersebut adalah kereta salah satu daripda jabatan kerajaan yang tidak mempunyai logo jabatan. Mama tak nak sebut jabatan mana.. tapi rasanya  pembaca boleh agak kereta jabatan kerajaan yang tidak menggunakan logo jabatan..

Kami pun terkejut ... orang di JPJ pun terkejut..
Semasa kami menunggu di JPJ ini suami mama terima panggilan telefon dari seseorang yang mengatakan dia adalah wakil pihak yang melanggar kereta kami. Macam mana kami nak percaya siapa dia tu, kami kata kami hanya akan berbincang dengan IO yang kami jumpa di IPD Sepang tadi. Orang itu meminta perkara ini diselesaikan diluar dan pemandu tersebut akan bayar segala kos pembaikan kereta mama.

Susah untuk kami mempercayainya kerana kami tak kenal siapa beliau. Orang langgar kami pun kami tak tahu nama, kerja mana dan apa  no telefon dia.

Tapi kami agak orang ini dapatkan  nombor telefon suami daripada balai polis yang kami buat report. Memandangkan tiada maklumat lanjut daripada pemandu yang melanggar kami tu, kami membuat keputusan untuk mengekalkan laporan polis yang telah dibuat.

Mama telah membuat pencarian berkaitan bagaimana untuk menuntut gantirugi daripada kerajaan jika pelanggaran melibatkan kenderaan jabatan. Selain daripada itu, mama juga mendapatkan khidmat nasihat Jabtan Penasihat Undang-Undang di jabatan mama bertugas berkaitan perkara ini.

Jika berlaku kemalangan, buat laporan polis. Kereta yang melanggar dan dilanggar akan dihantar ke JKR mekanikal untuk buat penilaian kerosakan. Sebelum itu ada satu borang khas yang perlu IO isikan terlebih dahulu. Selepas itu, sentiasa buat follow up bila perlu hantar kereta untuk penilaian JKR.  Sebenarnya kita boleh hantar kereta kita sendiri ke JKR mekanikal untuk penilaian dengan syarat membawa bersama borang khas yang diisi oleh IO yang menyiasat kes . Tetapi kami tak tahu, maka kami tunggu lah IO tersebut bagi tau bila tarikh penilaian JKR tersebut.

Apabila dapat tarikh tersebut kereta akan dibawa ke tempat yang ditetapkan untuk pemeriksaan pihak teknikal JKR. Pada masa itu, pegawai teknikal daripada JKR akan menilai kerosakan kereta tersebut dan mengambil gambar bahagian yang terlibat. Bagi kereta mama, kereta masih boleh berjalan, tidak meibatkan engin pun. Hanya calar dan kemik pada pintu tu.. kerja penilaian ni hanya sekejap sahaja tak sampai pun 10 minit. Lepas tu  tunggu report daripada JKR.

Sebelum JKR buat penilaian tu, kami dah pergi ke bengkel repair kereta  tanya dan survei harga untuk baiki. Kami juga ke pusat service centre yang  untuk dapatkan pandangan dan quatation juga. Ini kereta kereta mama masih dalam warranty period, tak mahu la kalau reapair di luar warranty hilang..

Jadi  ini memudahkan pihak JKR untuk membuat penilaian..
Lepas tu tunggu report daripada JKR.
Bila dapat report tu, tulis surat ke jabatan yang berkaitan untuk membuat tuntutan gantirugi  harga pembaikan yang dilakukan . Ianya tidak boleh lebih daripada anggaran yang dikeluarkan oleh JKR.

Proses selanjutnya akan mengambil masa yang panjang. Jabatan terlibat perlu memproses segala dokumen untuk dihantar  kepihak  Peguam Negara untuk kelulusan.

Nanti mama update lagi ya...


g
  g

Thursday, 2 May 2019

PERMOHONAN UPU SETELAH MATRIKULASI


Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Seletah sekian lama mama menyepi dari mencatat sesuatu di blok ini. Lebih setahun rupanya setelah kembali dari Umrah bersama anak-anak sekeluarga tahun 2018. Sekejap benar rasanya masa berlalu dan terasa sangat rindu untuk kembali ke bumi Mekah dan Madinah. Semoga kami dijemput untuk menjadi tetamu lagi di masa yang akan datang.

Diam tak diam anak bujang mama yang bongu sudah tamat belajar di matrikulasi Pulau Pinang pada 12 April 2019 yang lepas.  Sepertimana bias, permohonan untuk melangkah ke menara gading khususnya bagi universiti awam adalah melalui permohon ON line UPU. Sebelum permohonan diisi,  no pin perlu dibeli di BSN . 

Untuk memasuki program ijazah di universiti tetdapat beberapa laluan iaitu selepas SPM , pelajar boleh memilih untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 selama 2 tahun, menduduki STPM dan yang setaraf dengannya, masuk program diploma , atau masuk program matrikulasi mahu pun asasi. 

Memang sangat kompetitif untuk masuk universiti awam.  Buat mereka yang memlilih IPTS, kurang masalah dari segi keputusan.. asal memhuni syarat minimun dan ada duit, silalah mohon, isnyallah dapat punya. Bagi IPTA, untuk memilih bidang yang tertentu, walaupun syarat minimun dinyatakan sebagai CGPA 3.0 tapi hakikatnya hanya yang mendapat CGPA 4.0 sahaja yang akan terpilih. Bidang perubatan, pergigian dan farmasi juga veterinar antara yang memerlukan mereka yang mendapat CGPA 4. Begitu ramai yang mendapat CGPA 4 ini, namun kuota untuk bidang ini terhad. Jadi bayangkanlah mereka yang hanya dapat 3.5. Adakah mereka punya peluang untuk memilih bidang ini...

Mama ada 2 pengalaman yang berbeza untuk 2 anak yang pertama. Along selepas SPM ambil program diploma 3 tahun dan selepas itu memasuki program ijazah untuk 4 tahun.  Kini along berada di tahun ke 3 . semester ke 6. Ada lebih setahun lagi untuk along menamatkan pengajian iaitu tahun 2020 dalam bulan Jun.  Manakala Angah yang beza setahun dengan along sedang menjalani latihan praktikal di semester 8 iaitu tahun ke 4 yang akan tamat  akhir Julai nanti dan  majlis konvokesyen akan diadakan pada hunung tahun ini sekitar bulan November.  Angah selepas SPM memasuki matrikulasi. Untuk along mas yang diambil untuk ijazah pertama ialah 7 tahun, manakala angah pula hanya 5 tahun.  Nampak tak perbezaan 2 tahun ...  Oleh itu, sekiranya anak kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,  maka lalua pantas salah satunya ialah dengan mengikuti program matrikulasi.

Namun sekiranya anak-anak tidak dapat memasuki program matrikulasi, salah satu lagi laluan untuk ke universiti bagi program ijazah ialah dengan memasuki tingkatan 6 dengan mengambil STPM.  Proses pembelajaran tingkatan 6 kini adalah seperti belajar di universiti. Perbezaannya tingkatan 6 dijalankan di sekolah. Oleh itu, anak-anak boleh duduk dirumah denagn keluarga dan kos adalah lebih rendah berbanding dengan memasuki program diploma atau asasi mashupun matrikulasi.


Mereka yang kurang cemerlang masa SPM boleh belajar bersungguh-sungguh  semasa STPM ini dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka luas sekirangnya anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang semasa STPM ini.

Anak bongsu mama juga mengikuti program matrikulasi. Matrikulasi ini ada 2 program iaitu program setahun dan program 2 tahun bergantung kepada tawaran yang diterima. Program satu tahun dikatakan agak padat. Kelas akan bermula awal pagi dan berakhir sehingga jam 5 petang.  Sebelum peperiksaan akhir semestar 2 kebiasaannya pelajr-pelajar akan mula memohon secara online bagi program ijazah di IPTA.  Di sini setiap pelajar perlu membeli no PIN UPU di BSN. Setelah itu, pelajar boleh ke laman web UPU untu mengisi secara online kursus dan universiti pilihan. Agak mencabar juga untuk membuat pilihan.  Tetapi bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang, rasanya insyallah akan diterima masuk salah satu kursus pilihan antara pilihan pertama hiingga ke 5. Namun bagi mereka yang mendapat CGPA antara 3.0 hongga 3.5... mama rasa agak sukar untuk mementukan kursus pilihan... keadaan ini yang mama lalui untuk menentukan apakah bidang yang hendak anak bongu mama mohon di IPTA. Kalau nak mohon IPTS insyalaah tiada masalah rasanya .. tapi masalah lain pulak yng perlu difikirkan iaitu kos yuran  yang belum termasuk kso sewa asrama, makanan dan penggangkutan..

Sebagai contohnya  kos kejuruteraan di UNITEN, untuk 4 tahun kos yuran sahaja RM 75K...  belum masuk asrama dan makan ... penggangkutaan lagi... Maka sebab itu, mama memang berharap agar anak-anak mama melanjutka pelajaran ke universiti awam.






Thursday, 15 February 2018

UMRAH 2018 Part 6

Kisah seterusnya di Mekah. Hari Sabtu,  solat subuh di masjidil haram. Balik ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi ada program lawatan luar Kota Mekah. Kami di bawa ke Bukit Tsur, tempat di mana Nabi Muhammad dan para sahabat bersembunyi semasa ingin keluar dari Kota Mekah . Selepas ke Bukit Tsur, kami dibawa ke tempat untuk wukuf iaitu padang Arafah dan setelah itu kami ke Jabal Rahmah iaitu Bukit di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan setelah dikeluarkan daripada Surga. Di Bukit ini ramai jemaah yang tidak ketinggalan untuk mendakinya dan di puncak bukit terdapat satu monumen . Dikatakan tempat ini mustajab untuk memohon doa untuk bertemu jodoh. Namun semua jemaah diingakan ketika berdoa hendaklah menghadap ke kiblat bukan menhadab kepada monumen yang berada di puncak tersebut.

Setelah itu kami di bawa ke Jaa'ranah iaitu tempat bermiqat bagi melakukan umrah kali ke dua. Seletah soalt sunat ihram, berniat kami menuju ke masjidil haram. Dalam perjalanan balik kami  ditunjukan bukit di mana terdapat Gua Hiraq tempat Nabi Muhamad menerima wahyu.  Sekiranya ingin mendaki untuk sampai ke Gua Hiraq ianyanya memerlukan masa sekitar 2 jam setengah.

Sampai ke masjidil haram sekitar jam 11.00 pagi. Terus kami melakukan tawaf di dataran kaabah dan setelah itu melakukan saie. Namun kami berhenti untuk menunaikan solat zohor dahulu dan selepas itu kami menyambung saie untuk melengkapkan 7 pusingan dan bergunting. Maka sempurnalah unrah ke dua kami. Setelah selesai kami balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat.

En hubby pergi ke masjidil haram semula untuk solat asar, namun mama dan anak-anak perempuan tidak ke masjid kerana amat keletihan dan hanya solat di hotel. Selepas asar, kami semua sekali lagi ke masdilharam untu solat maghrib dan Isyak. Setelah itu, kami balik untuk makan malam dan berehat. keesokannya kami ke masjid jam 3.30 pagi bagi melakukan tawaf sunat dan berhajat untuk solat di hijir ismail. Namun selepas tawaf sunat, kami yang perempuan telah diminta untuk meninggalkan perkarangan datarn kaabah bagi solat subuh. Azan pertama 4.45 pagi petugas telah mengarahkan jemaah wanita keluar dari dataran kaabah. Maka kami terpaksa keluar dan mencari tempat dalam masjidil haram untuk solat subuh. Selepas solat subuh kami balik ke hotel untuk bersarapan. Setelah itu kami keluar semula untuk ke zam zam tower untuk membawa anak-anak yang pertama kali datang ke sini. Sekitar 1 jam , kami pergi kemasjidil haram untuk solat zohor. Selepas zohor kami balik untuk makan tengahari dan sekitar jam 3 petang kami ke masjid semula sehingga isyak. Selepas solat asar, kami bersama anak-anak meneroka sekitar masjidil haram. Solat maghrib di roof top dan kami juga berjalan sehingga ke King Abdullah untuk soalt isya' pula.

Hari Isnin, kami sekali lagi membuat umrah kali ke 3 dengan pergi ke Hudibiah untuk miqat. Kali ini kami tidak ada lawatan ke tempat lain. Maka selesai miqat kami terus ke masdilharam untuk selesaikan umrah. Umrah kali ini selesai sebelum solat zohor. Berehat sebentar  sementara menunggu azan zohor. Setelah itu, kami balik ke hotel untuk makan dan berehat.  Aktiviti diteruskan macam biasa untuk  ke masjid lagi.

Hari Selasa, kami sekali lagi pergi ke zam-zam tower sekitar 1 jam untuk membeli sedikit cenderhati . Petang  Selasa kami telah diminta berkemas dan selepas solat asar diadakan taklimat untuk tawaf wada iaitu tawaf selamat tinggal.  Keesokan paginya selepas subuh, kami perlu meninggalkan kota Mekah untuk perjalanan ke airport Madinah. Kami dijadualkan berlepas dari airport Madinah sekitar 6.45 petang dan perlu check in 4 jam awal. Maka beg besar kami perlu diletakkan di luar bilik hotel sebelum jam 5 pagi.Petugas akan menganggkut beg ke lobi untuk dimasukkan ke bas masing-masing.

Pagi Rabu, jam 2.20 pagi kami semua sudah bangun dan semua beg sudah siap dikemas. Beg besar kami letakkan di luar bilik manakala hand luggage akan kami bawa turun sendiri. Tawaf wada punya syarat yang perlu dipatuhi. Selepas tawaf wada kita tidak boleh lagi berlengah untuk keluar dari masjilharam, tidak boleh membeli belah atau berselfie, tidak boleh lagi baring dan berehat di bilik hotel. Sekiranya selepas tawaf wada, azan berkumandang, kita perlu keluar dari masjidil haram bukan menunggu untuk solat subuh. Namun sekiranya iqamah sudah kedengaran, maka kita boleh melakukan solat subuh dan selepas itu segera beredar.
Balik ke bilik sekadar untuk ke toilet, dan menukar pakaian sekiranya perlu, ambil beg, bawa turun ke dewan makan untuk sarapan pagi dan seterusnya turun ke lobi untuk menaiki bas bagi perjalanan ke airport Madinah.

Alhamdullilah perjalanan kami ke Madinah berjalan lancar, tiba di airport sekitar jam 2 petang. Sampai di airport kami melakukan solat zohor dan asar secara jamak dan qasar. Selepea itu, kami diberikan makan tengahari. Proeses di imigration juga berjalan dengan lancar dan kami bertolak dari airport Madinah setelah solat jamak maghrib dan isyak di airport. Penerbangan balik bermula jam 7 petang dan selamat sampai di KLIA jam 8.30 pagi .

Alhamdullilah selesai perjalanan umrah kami sekeluarga. Semoga kami diberikan kesempatan menjadi tetamu Allah lagi di masa akan datang.

Padang Arafah
masjid di padang arafah



di roof top semasa solat maghrib

di belakang itu lah Jabal Rahmah


a