PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 24 August 2015

TINTED KERETA

Asslamualaikum.  Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan dengan dipermudahkan oleh Allah dan diberkati dunia dan akhirat.
Kali ni mama nak cerita pasal tinted cermin kereta. Sebelum ni mama memang tak pernah tinted cermin kereta mama sebelum ni. So mama  pun google la pasal tinted cermin kereta ni. Pertamanya nak tau harga tinted dan juga jenis tinted. Tak tau la... ada yang kata tinted ni sama aje... walaupun jenama berbeza... terpulangla kepada masing-msaing. Bagi mama dah tentu ada perbezaan tinted yang murah dan mahal sebab harganya memang jauh berbeza. Kalau tak tak kan jauh beza harganya kan.

Ada tinted yang biasa je untuk tahan panas dan ada juga tinted yang boleh tahan panas dan tahan cermin dari mudah pecah bila diketuk. Bukan tahan cermin untuk tak pecah tau. Ada beza ya... cermin akan pecah juga bila diketuk dengan objek keras tapi ianya akan mengambil masa la. Klau kita ada kat dalam tu sempatlah buat call ke, ambik gambar ke guna hp tu pun kalau tak panik la.

Lagi banyak ketahanan terhadap haba atau suhu panas, maka harganya makin tinggila. Dari segi terang ke gelap pula terpulang pada masing-masing. Ada yang suka gelap, ada yang suka terang... so ikut pilihan hati masing-masing la. Yang tahan ketukanjuga ada berbagai ketebalan... Jadi ini semua akan menentukan harga. Yang penting bagi mama ianya mesti lulus ketelusan cahaya JPJ
dari en google

ni pun dari en google


Selain daripada perkara yang dinayatakan di atas, harga juga akan ditentukan mengikut saiz kereta. Kereta kecil, sedan biasa atau sedan yang besar atau MPV. Lagi besar kereta lagi mahal lah kos nya nanti...
Setelah mengambil kira semua mama pun pilihlah tinted yang mama rasa mampu bayar la.... mama pergi pasang kat Ray Tech Bangi, pilih yang tahan ketukan harganya bermula dari RM 700 sehingga lebih RM 4 K bagi kereta siz mama la. Kalau kereta myvi ke axia rasanya murah lagi. Dari segi tahan haba mama ambil yang 85 % je. Yang 98% tu amat la mahalnya pada pandangan mama la. Masa untuk pasang lama gak la tunggu. Dari pukul 12 tengahari dan siap pukul 3 petang... nasib baik kedai makan dekat, masjid dekat. So lepas makan terus gi masjid jalan kaki je...
ada 3 orang yang pasang...kalau seorang lagi la lama kan..

Dah siap....
Inilah kali pertama seumur hidup mama pasang tinted..... berbaloi ke? Entah la... susah nak bagi komen hi..hi... hanya yang mama boleh kata panas tu kurang la...




Monday, 6 July 2015

ALHAMDULLILAH AKHIRNYA TERCAPAI SUDAH...

Syukur kepada NYA selesai suah proses pembelian kereta mama ni... kererta telah didaftarkan pada 26 Jun 2015. Mama hanya ambil kereta tu pada 4 Julai 2015...sebab daftar Jumaat kalau nak ambil 27 Jun keesokkannya tu geran masih belum dapat di JPJ sebab daftar kan online je... Malasla nak datang lagi minggu depan untuk mabik geran, lagipun maa kerja malas nak keluar untuk urusan peribadikan. Jadi mama ambil keputusan Sabtu lepas baru gi ambil.

Ini merupakan pembelian kereta mama kali ke 5 la sepanjang mama dah kerja. Ini juga lah merupakan masa yang paling panjang untuk beli. Cadangan nak beli 2013, dah pergi pun kat showroom tu, lepas tu tangguh sebsab mama kan masuk IJN dan bercuti panjang. Lepas tu 2014, memeberikan fokus untuk menunaikan rukun Islam ke 5. Tak mahulah beli kereta baru pas tu tinggal dalam tempoh hampir 46 hari. Jadi hajat tu nak beli lepas balik haji. Sekali lagi terpaksa ditangguhkan sebab en hubby tak sihat masuk Hospital serdang lama juga  hampir 21 hari dana lepas tu MC panjang.... awal tahun 2015, hajat nak beli, enhubby kata taunggu lepas GST la mana tau harga kereta akan turun.. Selepas GST 1 April tu, erm harga kereta tak banyak beza pun... sebelum puasa kami pergi book kereta tu... syukur kini selesai semuanya. Mama harap kereta ini merupakan kereta terbaik dan sentiasa dilindungi Allah. Ianya akan memberika kami keselesaan dan keselamatan dan berkhidmat kepada kami hingga ke akhir hayat mama. 

Inilah kereta yang termahal yang mama beli dalam sejarah kehidupan mama. Mama perlu fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Mama mesti mampu untuk membayar kos pinjaman dan juga kos bahan api, serta kos penyelenggarannya. Setelah mengambil kira semuanya, mama rasa mama juga harus peri peluang pada diri sendiri setelah bekerja sekian lama, teringin juga untuk memiliki kereta ni... sebagai reward untuk diri sendiri.... 

ni la mama punya terkini JQX ****

Monday, 29 June 2015

TIPS Pembelian Kereta Baru



Sambung cerita kisah proses pinjaman bank. Apa yang bank perlu untuk buat pinjaman ialah:
1.       Slip gaji untuk 3 bulan terakhir
2.       Salinan kad pengenalan
3.        Penyata akaun bank jika pinjaman bukan dari bank yang kita masukkan gaji
4.       Surat pengesahan daripada syarikat kereta berkenaan yang kita dah booking kereta

Senang je kan…. Pihak bank akan meneliti tentang komitment kita untuk bayar balik pinjaman, menyemak dengan ckris ada tak kita di blacklistkan. Rekod pinjaman kita yang terdahulu jika ada, bagaimana bayaran balik dulu ada sangkut tak. Kalau semua clear mudahlah pinjaman kita diluluskan.

Ok settle tentang kadar pinjaman, kita terus proses nak booking kereta
Bila dah tentukan kereta jenama apa, berapa cc, model, kat mana nak beli , pergilah ke showroom untuk tengok kereta tu. Beleklah kereta tu luar dalam, test drive . Tanya jurujual tu ada apa-apa promosi tak, berapa rebet … sebab semua kereta baru ni ada rebet tau… atau dengan kata mudahnya diskaun la…
Maklumat ini juga boleh didapat dari laman web jenama kereta berkenaan.
Kalau dah confirm, bayarlah booking fee iaitu yuran menandakan kita bersetuju nak beli kereta tu. Biasanya harga akan ditentukan oleh pihak jurujual. Jika boleh minta bayaran paling minimum. Jurujual kereta akan suruh kita tandatangan pelbagai borang. Pastikan anda baca semua borang tu sebelum tandatangan ya. Jangan tandatangan borang kosong je. Jurujual memang suka nak suruh kita tandatangan cepat-cepat nanti dia orang isi kemudian. Tolong elakkan hal ini daripada berlaku. Kita tidak tau apa jumlah yang akan diisi olehnya. Minta dia kira dulu depan kita dan isi diruang yang disediakan tu sebelum kita menandatanganinya.

Lepas tu bagi tau  yang kita nak buat loan bank yang kita dah pilih. Biasanya syarikat akan tawaran loan bank yang ada “perjanjian” dengan syarikat tersebut. Macam tu juga dengan insuran kereta. Ada syarikat insuran yang dah ada MOU dengan dia orang. Jadi saleman tu pun dapatlah habuan daripada insuran kereta kita tu nanti.Tapi mama nak pilih insuran kereta sendiri. 


tengok contoh ni...biasanya ada senarai harga kereta kan

mama print screen ni...kalau nak jelas gi ke website  http://www.toyota.com.my/camry/#price
contoh yang  camry 2.0G A harga atas jalan : RM 159,900.00
                                            road tax: RM 4327.18

Lebih kurang harga insuran kereta mama juga. Tapi sebab mama nak buat sendiri, makan kos dapat dijimatkan. Mama ambil insuran takaful malaysia. Jumlah sum insured sama dengan yang dinyatakan, tapi insuran mama kena bayar hanya RM 1740.55 sahaja setelah tolah NCB kereta lama mama 55 %. Jimat banyak juga sebab kalau tak saleman tu kira mama kena bayar insuran setelah tolak NCB 55 % tu dia charge RM 2245.00.  Tengok berapa banyak yang mama dapat jimat. Kalau tak saleman tu lah yang dapat habuan duit lebihan insuran kereta tu kan...lebih kurang RM 505.00.

Jadi keseluruhannya mama dapat jimat RM 750.00 + RM 505.00                                                               = RM 1225.00.
Berbaloi kan usaha mama ...