PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 23 June 2015

LOAN @ PINJAMAN BANK BELI KERETA


bank yang  ada di negara kita   dr en google

Kebiasaannya majoriti yang membeli kereta akan membuat pinjaman bank.  Sesetengah syarikat kereta memberikan kemudahan 100% tanpa perlu pembeli mengeluarkan duit muka dengan syarat tertentu seperti khas untuk kakitangan kerajaan. Sebahagiannya pula menetapkan pembeli agar membayar pendahuluan minimum 10 % daripada harga jualan kereta  dengan 90% pembiayaan pinjaman daripada bank.Sebelum membeli kereta mama dah cari maklumat tentang pinjaman bank terutamanya kadar yang dikenakan ke atas bank kepada peminjam. Setiap bank mempunyai kadar yang berbeza. Kadar pinjaman untuk kereta nasional dan juga bukan kereta nasional adalah berbeza. Kereta nasional kadar yang ditetapkan oleh bank lebih tinggi berbanding dengan kereta bukan nasional. Kereta terpakai atau kereta second hand kadar pinjaman adalah lebih tinggi berbanding dengan kereta baru.

Pada masa mama booking kereta kadar pinjaman bank yang ditetapkan ialah antara 2.6-3.0% setahun bagi kereta bukan nasional. Kebanyakan bank akan memberikan kadar 2.7-2.9 % jika kita bertanya kepada jurujual kereta. Mama tak mahu ikut kata jurujual tu. Mama dah cari sendiri kadar bagi setiap bank yang memberikan kemudahan pinjaman. Kita masih boleh berbincang dengan pihak bank.  Bagi BSN, kemudahan untuk kakitangan awam dengan potongan biro angkasa kadar yang ditetapkan pada masa mama berurusan adalah 2.2 %. Klaau ikut potongan biasa (tidak ikut biro angkasa) kadarnya adalah 3.0%. Malangnya BSN menawarkan pinjaman secara konvensional bukan secara Islamik. Jadi mama tolak walaupun tawaran ini sangat menarik.

Mama pergi sendiri jumpa manager bank yang mama buat pinjaman tu. Masa mama jumpa dengan pegawai bank tu dia bagi tau mama kadar pinjaman bagi permohonan mama adalah 2.7%. Mama tanya boleh kurangkan tak... dia jawab tak boleh la. Mama tanya big bos ada tak saya nak jumpa. Ada katanya dan mama dibawa masuk berjumpa bos tersebut. Setelah maklumkan hasrat mama, bertanya beberapa soalan mengenai komitment mama, pendapatan dan sebagainya mama dapat kadar pinjaman 2.55%. walaupun nampak kecil perbezaannya namun cuba kita kira:

   contohnya: pinjaman RM 100,000.00 dengan kadar 2.7% setahun.
                      Tempoh pinjaman 5 tahun 
                     100,000.00 X 2.7 % =  RM 2700.00 setahun x 5 tahun
                                                      =  RM 13,500.00
                  Jumlah bayaran balik pinjaman kita ialah RM 113,500.00  
               
Jika kadar 2.55% pula
                            100,000.00 X 2.55 % =  RM 2,550.00 setahun x 5 tahun
                                                                =  RM 12,750.00
                            Jumlah bayaran balik pinjaman kita ialah RM 112,750.00 

 Jadi mama dapat jimat RM 13,500- RM 12,750 = RM 750.00

lagi lama tempoh pinjaman lagi banyak bayaran balik kepada bank. Usaha mama berbaloi sebab mama boleh gunakan diut tersebut untuk keperluan yang lain kan... shopping baju raya pun boleh

Monday, 22 June 2015

Pengalaman beli kereta baru 2015

Alhamdullilah antara azam mama tahun ini adalah nak beli kereta baru. Azam ni dah 2 tahun tertangguh. Mula-mula nak beli tahun 2013 tak kesampaian walaupun dah gi showroom tu sebab mama tak sihat masa tu, masuk IJN  kan. tahun lepas ingat nak beli tangguh lagi seab nak menunaikan haji jadi fokus kepada perkara rukun ini. Balik haji ingat nak beli dah, tapi kekangan masa tak kesampaian juga. En hubby pulak tak sihat lepas balik haji dan masuk Hospital Serdang hampir 3 minggu, pas tu sambung mc... jadi tangguh lagi. Ingat nak beli awal tahun, tapi pelaksanaan GST mula 1 April 2015. EN hubby kata tunggu dulu lepas GST. Nanti harga kereta turun rugi dan menyesal. Rupanya lepas GST harga tak la turun banyak mana pun. Ciput je ingatkan turun 4 % ke... rupanya hanya sikit je...alahai...

Tapi sebab memang dah berhajat nak juga kereta baru sebab kereta sedia ada dah nak masuk 11 tahun lebih kan... so mama pun kata dah sampai masa dah.  Kereta mama tu dah macam-macam kena buat maintainance dan spare part nya mahal. Mama rasa kalau sesiapa bertanya pendapat mama memang mama kata tak usahlah beli jenama ni. Rasanya proton mama tu lagi tak banyak kerenah. Spare part mudah, semua bengkel boleh buat .

Mama memang dah lama mengindam nak pakai jenama kereta ni. Sealau tengok kereta orang. Hajat hati nak beli MPV. tapi en hubby kata MPV tu 4 WD rugi je jalam dalam bandar pakai, maintainance kena buat. Pas tu ada dah MPV 2 WD.... tapi fikir punya fikir tak jadi la. Besar gedabak la pulak bila drive seorang. Anak pun 3 aje... so batal la rancangan nak pakai MPV. walaupun dah 10 tahun mengindam nak pakai MPV tu.  Lepas tu Februari lepas keluarlah modeal baru HRV. Nampak cantik harga pun kira boleh tahan juga la. Bincang-bimcang denagan en hubby dan anak-anak, ermm majoriti kata setuju nak HRV. So kena gi tengok kat show room la kalau cam tu. Dekat ofis mama ada 2 orang dah pakai HRV ni satu putih, satu hitam. Putih pada mama lagi menawan. Tapi masih tak puashati sebab tak boleh tengok dalam kan. So pegilah showroom  tengok sendiri. Cantik tu memanglah cantik tapi rasanya kecik sikit lah banding kereta mama sedia ada. Bahagian bonet memang kecik sungguh. Mama ada 3 anak nak balik kampung 3 hari beg je tak muat kot. Tu belum lagi kalau nak hantar anak-anak mama balik kolej memang tak muat la... maka batal juga la nak beli HRV.

Mama akhirnya telah menempah kereta sedan aje la... sesuai dengan mama dan en hubby. Rasanya ni last la kereta baru untuk mama beli. Kalau dapat kereta percuma dari BSN ke syukur alhamdullilah... kalau tak ni lah kereta yang mama guna sampai mama bersara la. Dah bersara guna aje yang ni gak ha..ha..

Sebelum beli kereta beberapa perkara perlu diambil kira antaranya

1. Perlukah beli kereta baru
2. Kedudukan kewangan semasa dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat
3. Brand kereta apa yang nak di beli
4. Jenis MPV/SUV/ dsb
5. Bank mana nak buat pinjaman
6. Insuran kereta daripada syarikat mana
7. Berapa downpayment dan berapa pinjaman dari bank
8. Tengok apakan tawaran dari syarikat kereta yang nak dibeli.... ada berapa rebet umpamanya
9. Pergi ke show room untuk tengok dan test drive sebelum beli kereta tu
10. Kalau dah berkenaan yang dihajati tu boleh lah buat booking dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Okay tunggu sambungan bahagian seterusnya untuk mama ceritakan mengenai loan bank ya


Tuesday, 19 May 2015

ALKISAH CAJ BAYARAN HOSPITAL KERAJAAN

Kali ni mama nak cerita pasal caj bayaran hospital. Semua telah sedia maklum bahawa sekiranya seorang kakitangan kerajaan boleh menggunakan kemudahan rawatan perubatan sebagai mana dalam Perintah Am Ban F dimana pegawai berkenaan boleh mendapatkan rawatan perubatan dengan menggunakan surat jaminan majikan masing-masing di klinik-klinik kesihatan kerajaan mahun hospital awam atau kerajaan. Selain daripada itu, pegawai tersebut boleh juga mendapatkan kemudahan yang sama bagi kedua ibu bapanya, isteri@sumai, anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah dan anak-anak yang masih belajar di mana-mana institusi dibawah umur 21 tahun.

Anak mama dimasukkan ke hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan minor. Umurnya baru je 18 tahun 7 bulan dan baru tamat menduduki peperiksaan matrikulasi pada akhir April yang lepas dan sekarang masih lagi menunggu keputusan peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT insyalalah dalam bulan September ini.

Yang menjadi masalah di sini ialah untuk menggunakan kemudahan perubatan yang disediakan untuk penjawat awam, surat pengesahan diperlukan sekiranya anak tersebut berumur 18 tahun ke atas dan kurang 21 tahun, pengesahan daripada tempat belajar anak ini mesti diberikan kepada pihak hospital. Bagi surat daripada majikan kami tiada masalah sebab semua hospital kerajaan menyediakan kemudahan E GL melalui sistem HRMIS.

Oleh yang demikian mama telah menghubungi kolej matrikulasi tempat anak mama belajar, namum amat mendukacitakan apabila pihak kolej kata tidak boleh mengeluarkan surat pengesanhan berkenaan kerana anak mama dianggap telah tamat belajar di kolej tersebut. Aduhai macam mana ni. Mama tidak putus asa dan menghubungi kementerian pendidikan Bahagian Matrikulasi. Mama dimaklumkan oleh pegawai tersebut mengikut polisi matrikulasi apabila telah tamat peperiksaan maka pelajar telah tamat belajar  di kolej berkenaan. Aduhai memang menyusahkan.

Mama hubungi pula bahagian Saraan di JPA. Bukan mudah untuk dapat bercakap dengan pegawai yang berkaitan. Setelah mencuba berkali-kali akhirnya mama dapatjuga cakap dengan pegawai yang berkenaan kerana dasar kemudahan perubatan bagi kakitangana awam dibawah tanggungjawab bahagian ini. Mama ajukan soalan yang sama dan mama dimaklumkan bahawa sekiranya itu polisi matrikulasi, pihak JPA tidak boleh berbuat apa-apa kerana peraturan sedia ada memerlukan surat pengesahan daripada kolej yang menyatakan anak tersebut masih belajar bagi menggunakan GL ibu atau bapa. 

Perkara ini amat menyedihkan. Anak mama masih dalam kategori belajar dan masih menjadi tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk menanggung segala keperluan. Hak anak ini sebagai katogeri pelajar telah dinafikan kerana polisi yang dibuat oleh pihak matrikulasi. Jika anak mama bukan kategori belajar, adakan dia dalam klasifikasi PENGGANGGUR. Pihak yang membuat polisi sama ada JPA atau Kementerian Pendidikan tidak teliti dalam menyediakan polisi dan mengkaji kesan akibat polisi tersebut. Masa transisi ini perlu dambil kira dan bagaimana sekiranya anak ini memerlukan rawatan perubatan khusnya di hospital. Tempoh masa 4 bulan selepas menduduki peperiksaan matrikulasi dan tawaran kemasukkan ke IPT merupakan satu tempoh waktu yang lama. Dasar perlu ada anak-anak ini masih lagi menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa dan seharusnya kemudahan rawatan perubatan masih boleh menggunakan GL ibu atau bapanya.

Amat mendukacitakan dan kecewa kerana kami diminta membuat bayaran rawatan hospital 100% kerana dokumen berkenaan tidak dapat diberikan.  Pada mama bukan sesuatu yang susah pun. Pihak kolej hanya menyataakan bahawa pelajar ini merupakan pelajar kolej matrikulasi berkenaan bagi sessi 2014/2015 dan sedang menunggu kekputusan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Surat pengesahan ini tidak memberikan apa-apa kesan kesan pihak kolej kerana bil hospital tidak akan di hantar ke kolej pun. Ianya hanya untuk mengesahkan yang anak ini masih dalm kategori belajar dan belum bekerja.

Mama hubungi pihak kolej untuk mendapatkan surat sepertimana yang dipohon oleh pihak hospital. Namun apa yang mama dapat pihak kolej meberikan surat pengesahan BEKAS PELAJAR. Dokumen ini tidak boleh digunakan. Oleh itu, bil hospital tidak boleh menggunakan GL ibu @ bapa. Amat menyedihkan. Kemudahan awam sebagi kakitangan awam tidak dapat digunakan. Sekiranya ibu bapa yang bukan bejawatan tinggi dalam sektor awam, ianya akan menyusahkan ibu bapa pelajar berkenaan dengan keadaan hari ini yang memerukan kos sara hidup yang tinggi, anak-anak yang masih belajar dan sekarang tiap hari kena bayar cukai setelah GST dilaksanakan.

Sekiranya anak pengetua kolej matrikulasi berkenaan ataupun anak sahabat baik beliau, anak anak adik beradik beliau, agaknya mama rasa sudah barang tentu surat pengesahan tersebut boleh dikeluarkan ya tak? Tak kan dia tulisnya sebagai BEKAS PELAJAR jika dengan perkataan tersebut, pihak hospital kata ianya tidak boleh diguna pakai dan dia diminta menjelaskan bil hospital 100% sedangkan dia juga merupakan kakitangan awam kan....

Sedihnya, atas perkara yang berlaku,......
minum petang di wad