Anak mama dimasukkan ke hospital kerajaan untuk menjalani pembedahan minor. Umurnya baru je 18 tahun 7 bulan dan baru tamat menduduki peperiksaan matrikulasi pada akhir April yang lepas dan sekarang masih lagi menunggu keputusan peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT insyalalah dalam bulan September ini.
Yang menjadi masalah di sini ialah untuk menggunakan kemudahan perubatan yang disediakan untuk penjawat awam, surat pengesahan diperlukan sekiranya anak tersebut berumur 18 tahun ke atas dan kurang 21 tahun, pengesahan daripada tempat belajar anak ini mesti diberikan kepada pihak hospital. Bagi surat daripada majikan kami tiada masalah sebab semua hospital kerajaan menyediakan kemudahan E GL melalui sistem HRMIS.
Oleh yang demikian mama telah menghubungi kolej matrikulasi tempat anak mama belajar, namum amat mendukacitakan apabila pihak kolej kata tidak boleh mengeluarkan surat pengesanhan berkenaan kerana anak mama dianggap telah tamat belajar di kolej tersebut. Aduhai macam mana ni. Mama tidak putus asa dan menghubungi kementerian pendidikan Bahagian Matrikulasi. Mama dimaklumkan oleh pegawai tersebut mengikut polisi matrikulasi apabila telah tamat peperiksaan maka pelajar telah tamat belajar di kolej berkenaan. Aduhai memang menyusahkan.
Mama hubungi pula bahagian Saraan di JPA. Bukan mudah untuk dapat bercakap dengan pegawai yang berkaitan. Setelah mencuba berkali-kali akhirnya mama dapatjuga cakap dengan pegawai yang berkenaan kerana dasar kemudahan perubatan bagi kakitangana awam dibawah tanggungjawab bahagian ini. Mama ajukan soalan yang sama dan mama dimaklumkan bahawa sekiranya itu polisi matrikulasi, pihak JPA tidak boleh berbuat apa-apa kerana peraturan sedia ada memerlukan surat pengesahan daripada kolej yang menyatakan anak tersebut masih belajar bagi menggunakan GL ibu atau bapa.
Perkara ini amat menyedihkan. Anak mama masih dalam kategori belajar dan masih menjadi tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk menanggung segala keperluan. Hak anak ini sebagai katogeri pelajar telah dinafikan kerana polisi yang dibuat oleh pihak matrikulasi. Jika anak mama bukan kategori belajar, adakan dia dalam klasifikasi PENGGANGGUR. Pihak yang membuat polisi sama ada JPA atau Kementerian Pendidikan tidak teliti dalam menyediakan polisi dan mengkaji kesan akibat polisi tersebut. Masa transisi ini perlu dambil kira dan bagaimana sekiranya anak ini memerlukan rawatan perubatan khusnya di hospital. Tempoh masa 4 bulan selepas menduduki peperiksaan matrikulasi dan tawaran kemasukkan ke IPT merupakan satu tempoh waktu yang lama. Dasar perlu ada anak-anak ini masih lagi menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa dan seharusnya kemudahan rawatan perubatan masih boleh menggunakan GL ibu atau bapanya.
Amat mendukacitakan dan kecewa kerana kami diminta membuat bayaran rawatan hospital 100% kerana dokumen berkenaan tidak dapat diberikan. Pada mama bukan sesuatu yang susah pun. Pihak kolej hanya menyataakan bahawa pelajar ini merupakan pelajar kolej matrikulasi berkenaan bagi sessi 2014/2015 dan sedang menunggu kekputusan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT. Surat pengesahan ini tidak memberikan apa-apa kesan kesan pihak kolej kerana bil hospital tidak akan di hantar ke kolej pun. Ianya hanya untuk mengesahkan yang anak ini masih dalm kategori belajar dan belum bekerja.
Mama hubungi pihak kolej untuk mendapatkan surat sepertimana yang dipohon oleh pihak hospital. Namun apa yang mama dapat pihak kolej meberikan surat pengesahan BEKAS PELAJAR. Dokumen ini tidak boleh digunakan. Oleh itu, bil hospital tidak boleh menggunakan GL ibu @ bapa. Amat menyedihkan. Kemudahan awam sebagi kakitangan awam tidak dapat digunakan. Sekiranya ibu bapa yang bukan bejawatan tinggi dalam sektor awam, ianya akan menyusahkan ibu bapa pelajar berkenaan dengan keadaan hari ini yang memerukan kos sara hidup yang tinggi, anak-anak yang masih belajar dan sekarang tiap hari kena bayar cukai setelah GST dilaksanakan.
Sekiranya anak pengetua kolej matrikulasi berkenaan ataupun anak sahabat baik beliau, anak anak adik beradik beliau, agaknya mama rasa sudah barang tentu surat pengesahan tersebut boleh dikeluarkan ya tak? Tak kan dia tulisnya sebagai BEKAS PELAJAR jika dengan perkataan tersebut, pihak hospital kata ianya tidak boleh diguna pakai dan dia diminta menjelaskan bil hospital 100% sedangkan dia juga merupakan kakitangan awam kan....
Sedihnya, atas perkara yang berlaku,......
minum petang di wad |
No comments:
Post a Comment