PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday 23 June 2015

LOAN @ PINJAMAN BANK BELI KERETA


bank yang  ada di negara kita   dr en google

Kebiasaannya majoriti yang membeli kereta akan membuat pinjaman bank.  Sesetengah syarikat kereta memberikan kemudahan 100% tanpa perlu pembeli mengeluarkan duit muka dengan syarat tertentu seperti khas untuk kakitangan kerajaan. Sebahagiannya pula menetapkan pembeli agar membayar pendahuluan minimum 10 % daripada harga jualan kereta  dengan 90% pembiayaan pinjaman daripada bank.Sebelum membeli kereta mama dah cari maklumat tentang pinjaman bank terutamanya kadar yang dikenakan ke atas bank kepada peminjam. Setiap bank mempunyai kadar yang berbeza. Kadar pinjaman untuk kereta nasional dan juga bukan kereta nasional adalah berbeza. Kereta nasional kadar yang ditetapkan oleh bank lebih tinggi berbanding dengan kereta bukan nasional. Kereta terpakai atau kereta second hand kadar pinjaman adalah lebih tinggi berbanding dengan kereta baru.

Pada masa mama booking kereta kadar pinjaman bank yang ditetapkan ialah antara 2.6-3.0% setahun bagi kereta bukan nasional. Kebanyakan bank akan memberikan kadar 2.7-2.9 % jika kita bertanya kepada jurujual kereta. Mama tak mahu ikut kata jurujual tu. Mama dah cari sendiri kadar bagi setiap bank yang memberikan kemudahan pinjaman. Kita masih boleh berbincang dengan pihak bank.  Bagi BSN, kemudahan untuk kakitangan awam dengan potongan biro angkasa kadar yang ditetapkan pada masa mama berurusan adalah 2.2 %. Klaau ikut potongan biasa (tidak ikut biro angkasa) kadarnya adalah 3.0%. Malangnya BSN menawarkan pinjaman secara konvensional bukan secara Islamik. Jadi mama tolak walaupun tawaran ini sangat menarik.

Mama pergi sendiri jumpa manager bank yang mama buat pinjaman tu. Masa mama jumpa dengan pegawai bank tu dia bagi tau mama kadar pinjaman bagi permohonan mama adalah 2.7%. Mama tanya boleh kurangkan tak... dia jawab tak boleh la. Mama tanya big bos ada tak saya nak jumpa. Ada katanya dan mama dibawa masuk berjumpa bos tersebut. Setelah maklumkan hasrat mama, bertanya beberapa soalan mengenai komitment mama, pendapatan dan sebagainya mama dapat kadar pinjaman 2.55%. walaupun nampak kecil perbezaannya namun cuba kita kira:

   contohnya: pinjaman RM 100,000.00 dengan kadar 2.7% setahun.
                      Tempoh pinjaman 5 tahun 
                     100,000.00 X 2.7 % =  RM 2700.00 setahun x 5 tahun
                                                      =  RM 13,500.00
                  Jumlah bayaran balik pinjaman kita ialah RM 113,500.00  
               
Jika kadar 2.55% pula
                            100,000.00 X 2.55 % =  RM 2,550.00 setahun x 5 tahun
                                                                =  RM 12,750.00
                            Jumlah bayaran balik pinjaman kita ialah RM 112,750.00 

 Jadi mama dapat jimat RM 13,500- RM 12,750 = RM 750.00

lagi lama tempoh pinjaman lagi banyak bayaran balik kepada bank. Usaha mama berbaloi sebab mama boleh gunakan diut tersebut untuk keperluan yang lain kan... shopping baju raya pun boleh

2 comments:

  1. Anda perlu pinjaman? Adakah anda seorang lelaki atau perempuan dan anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda ?? Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan? Apa masalah kredit anda mungkin, di sini datang bantuan anda kerana kami menawarkan pinjaman kepada individu dan syarikat pada kadar yang rendah dan berpatutan yang menarik. Hubungi kami hari ini (DAVIESRUTHFIRM@GMAIL.COM)

    ReplyDelete
  2. salam,,memang ada ye ptongan angkasa utk beli kereta, adakah hny BSN saja ye?

    ReplyDelete