PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Tuesday, 11 March 2014

MISTERI MH370

                                                 
Negara dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370 yang belepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. Dikatakatan terputus hubungan pada jam 1.40 pagi dan hilang dari kesan radar sekitar jam 2.30 pagi.
 Usaha mengesan dan menyelamat sudah masuk hari ke 4 hari ini. Pelbagai negara juga turut membantu Malaysia, namun sehingga pagi ini masih belum menemui sesuatu yang positif. Sama-sama kita mendoakan agar dipermudahkan usaha mencari dan menyelamat ini dan semua anak kapal dan penumpang MH370 selamat hendaknya.
Pelbagai andaian dan spekulasi yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di media sosial. Harap mereka ini menhentikan perbuatan ini agar tidak menambah duka dan keresahan ahli keluaraga mereka yang terlibat. Tidak kurang juga seorang remaja yang sengaja mereka cerita kononnya ibunya dalam penebangan tersebut dan tiada siapa yang akan menemaninya untuk keputusan SPM yang bakal menjelang minggu hadapan. Aduhai mengapalah dia bersikap demikian sedangkan ibunya tiada dalam penenbangan tersebut.... mengada-ada betul dia.... kalau betul2 terlibat baru tau macam mana perasaan tu.....


Monday, 10 March 2014

POTONGAN CUKAI BERJADUAL (PCB) DAN LHDN


Kali ni mama nak cerita hal PCB. Sebagai kakitangan awam, memang tidak boleh melarikan diri dari cukai pendapatan. Nak tipu-tipu pun tak boleh. Lainlah kalau beberja sendiri yang tidak ada slip gaji. Semua kakitangan awam yang dikenakan cukai akan dimestikan untuk membuat potongan cukai berjadual iaitu PCB. ini babgi meringakan beban apabila pengiraan sebenar melalui e filing yang biasanya diisikan dalam bulan Mac setiap tahun.

Kalau tak memang parah juga nak bayar cukai tu selepuk jumlahnya... bagi mama cukai yang dikenakan adalah tinggi melebihi sebulan gaji tau.... jadi kalau kerajaan umumkan bonus tu, pada mama tak dapatlah nak joli sebab nak bayar cukai pun tak cukup hu...hu...nak buat macam mana dah jadi tanggungjawab atas dunia ni yang cukai kena bayar...

Semenjak mama kerja hanya beberapa tahun pertama aje mama bayar cuaki ni.... lepas tu mama dah tak bayar cukai ... opps jangan salah anggap tau... meh mama nak cerita... lepas tahun 1994, mama tak bayar cukai sebab semuanya mama bayarkan melalui zakat..... apa yang mama kena cukai tu mama tukarkan kepada zakat.... sebagai orang Islam lebih baik mama tunaikan zakat dapat rebet cukai kan... tu sebab mama buat potonga zakat berjadual (PZB) bukan PCB.... faham ke???

cuba lihat ini..... harap membantu
                          


Monday, 3 March 2014

JUMPA ANAK TERUNA MAMA

Dah lama mama tak melawat anak teruna mama di asrama. Mula-mula msuk tahun lepas tiap minggu mamma ke KKB sehinggalah mama masuk IJN 19 Mei 2013.  Mulai dari tarikh itu, mama memang tidak lagi pergi melawat anak mama di asrama tu. Setiap kali cuti sekolah pun atau pulang bermalam, dia kena naik train dari KKB sampai Bandar Tasik Selatan pas tu naik ERL samada ke Putrajaya atau Bandar Baru Salak Tinggi.

Bila nak balik semula ke asrama en hubby akan hantar balik. Lama mama tak ikut sehinggalah dalam bulan September 2013 baru mama ikut hantar balik asrama, tapi tidak pernah pergi lawat ke asrama sehinggalah semalam. Memandangkan agak lama dia tidak dapat pulang bermalam sebab telah diberikan cuti seminggu masa tahun baru cina yang lepas, jadi kebenaran pulang bermalam untuk Februari dah tak ada. Penhujung Mac cuti penggal pertama. Maka tidak ada pulang bermalam sehingga cuti sekolah tu. Jadi mama ajak en hubby ke sana.

Dah naik hitam terbakar kulit anak teruna mama sebab dok sibuk berlatih ragbi. Minggu lepas pasukan dia dapat nombor 2 semasa perlawana yang diadakan di MRSM Alor Gajah. Balik dari ragbi masuk olahraga pulak. Dengan keadaan cuaca sekarang ni panas dan kering memanglah berkilat kulit tu... lepas ni ada lagi perlawanan ragbi tu... jadi kena teruskan latihan ermmm aduhai... nak buat cam mana dah anak mama ni minat bersukan... bagus juga untuk kesihatan kan.. apapun mam tidak kisah asalkan pelajaran tidak ditinggalkan. Prestasi perlu dikekalkan..