Tuesday, 11 March 2014
MISTERI MH370
Negara dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370 yang belepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi pada 8 Mac 2014. Dikatakatan terputus hubungan pada jam 1.40 pagi dan hilang dari kesan radar sekitar jam 2.30 pagi.
Usaha mengesan dan menyelamat sudah masuk hari ke 4 hari ini. Pelbagai negara juga turut membantu Malaysia, namun sehingga pagi ini masih belum menemui sesuatu yang positif. Sama-sama kita mendoakan agar dipermudahkan usaha mencari dan menyelamat ini dan semua anak kapal dan penumpang MH370 selamat hendaknya.
Pelbagai andaian dan spekulasi yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di media sosial. Harap mereka ini menhentikan perbuatan ini agar tidak menambah duka dan keresahan ahli keluaraga mereka yang terlibat. Tidak kurang juga seorang remaja yang sengaja mereka cerita kononnya ibunya dalam penebangan tersebut dan tiada siapa yang akan menemaninya untuk keputusan SPM yang bakal menjelang minggu hadapan. Aduhai mengapalah dia bersikap demikian sedangkan ibunya tiada dalam penenbangan tersebut.... mengada-ada betul dia.... kalau betul2 terlibat baru tau macam mana perasaan tu.....
Labels:
CELOTEH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment