Bila nak balik semula ke asrama en hubby akan hantar balik. Lama mama tak ikut sehinggalah dalam bulan September 2013 baru mama ikut hantar balik asrama, tapi tidak pernah pergi lawat ke asrama sehinggalah semalam. Memandangkan agak lama dia tidak dapat pulang bermalam sebab telah diberikan cuti seminggu masa tahun baru cina yang lepas, jadi kebenaran pulang bermalam untuk Februari dah tak ada. Penhujung Mac cuti penggal pertama. Maka tidak ada pulang bermalam sehingga cuti sekolah tu. Jadi mama ajak en hubby ke sana.
Dah naik hitam terbakar kulit anak teruna mama sebab dok sibuk berlatih ragbi. Minggu lepas pasukan dia dapat nombor 2 semasa perlawana yang diadakan di MRSM Alor Gajah. Balik dari ragbi masuk olahraga pulak. Dengan keadaan cuaca sekarang ni panas dan kering memanglah berkilat kulit tu... lepas ni ada lagi perlawanan ragbi tu... jadi kena teruskan latihan ermmm aduhai... nak buat cam mana dah anak mama ni minat bersukan... bagus juga untuk kesihatan kan.. apapun mam tidak kisah asalkan pelajaran tidak ditinggalkan. Prestasi perlu dikekalkan..
No comments:
Post a Comment