PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Friday, 28 November 2014

PENGALAMAN HAJI 2014: RAUDAH

Semua orang yang menziarahi Madinah akan berebut-rebut untuk berada di Raudah. Mendirikan solat di Masjid Nabawi akan memperoleh 1,000 ganda pahala berbanding di masjid-masjid lain kecuali di Masjidil Haram yang memperoleh 100,000 ganda pahala.

 “Raudhah” berarti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang mana dikatakan  terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah.  Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 meter.

Di antara rumahku dan mimbarku terletak sebuah raudhah (taman) dari taman-taman surga. Mimbarku ada di atas telagaku (HR Abu Hurairah RA)

Raudah ini berada di bahagian kubah yang berwarna hijau jika dilihat dari luar masjid Nabawi. Karpet di Raudah adalah karpet yang berwarna hijau. Tiang di kawasan Raudah juga berlainan dengan tiang lain dalam masjid ini.

Tiang raudah yang amat cantik

ruangan bukan raudah karpet merah dan tiangnya berbeza...

lihat perbezaan tiang di raudah

Bagi kaum perempuan untuk dapat masuk ke Raudah bukan suatu yang mudah berbanding dengan lelaki. Raudah untuk lelaki lebih luas dan peluang untuk berada disana adalah lebih banyak sebab ianya dibuka sepanjang waktu. Namun bagi perempuan waktu adalah terhad iaitu selepas subuh jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi, lepas zuhur 1.20 -2.00 petang  dan selepas isyak 9.00 malam - 11 malam.

Apa pun sentiasa berdoa kepada Allah agar kita diberi ruang dan peluang untuk berada di Raudah. Manusia berhimpit-himpit untuk masuk raudah ini. Kalau dapat solat sunat 2 rakaat alhamdullilah...syukur kepadaNYA. Alhamdullilah mama berpeluang untuk berada di Raudah beberapa kali ... siap lari bagai marathon lagi.... tapi bila semakin ramai orang berada di sini pihak pengurusan masjid Nabawi telah meletakkan kami mengikut kumpulan .... biasanya orang Malaysia akan bersama orang Indonesia, dan Thailand. Kumpulan orang Turki, Kumpulan orang Arab dan lain -lain lagi. Apabila berada dalam kumpulan ada beberapa pit stop untuk masuk ke Raudah.Kalau kita dalam kelompok Asia tenggara ok.... orang nya lebih bersopan santun la...




Thursday, 27 November 2014

PENGALAMAN HAJI 2014: MASJID NABAWI

Menyambung kembali kisah mama dan en hubby ni... sampai di hotel, mama tak sabar-sabar nak ke masjid Nabawi... nak buat solat sebanyak mungkin  lebih dari 40 solat fardu dan solat-solat sunat. Lepas masuk je bilik angkat beg semua, terus pergi makan tengahari yang disediakan di dewan makan. Mama duduk aras 4, dewan makan aras 1 hotel. Lepas makan terus sahaja ke masjid yang terletak sangat-sangat dekat dari hotel. Pagar masjid hanya 10 meter dari hotel... dekat sangat kan... syukur alhamdullilah.Semua orang yang peluang ke Majid Nabawi tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan fadilat solat do sini sekurang-kurangnya 40 waktu. Masa mama sampai cuaca di Madinah adalah panas. Suhu sekitar 46 - 47 Celcius.... panas kan. Tidak kira waktu siang atau malam rasanya suhu lebih kurang sama sahaja. Panas dan kering. Berjalanlah banyak mana kita tidak akan berpeluh...
Perbezaan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi hampir 6 jam dan ianya ialah 6 jam kebelakang iaitu kalau di Malaysia dah pukul 12 tengahari, di sini baru jam 6 pagi. Jadi masa mama sampai sini agak sukar untuk menyesuaikan masa, asyik mengantuk aje.... hu..hu..
Waktu Solat di Madinah: subuh 4.40am, Zohor 12.20 pm, Asar 3.30 pm, Maghrib 6.30 pm dan Isyak 8.35pm. Waktu ini juga berubah-ubah ikut hari macam tempat kita di Malaysia.

Rutin mama di Madinah:
Bangun jam 2.00 -2.30 pagi mandi  3.00 -3.30 pagi ke masjid sampai lepas subuh.
Sarapan pagi : 6.30-7.00 pagi
Tidur di hotel : 8.00- 9.00-9.30 pagi
Masjid 9.30-11.00 pagi
Makan tengahari di Hotel
Masjid 11.20 am untuk solat zohor dan balil semula ke hotel selepas asar 4.30 petang
Masjid 5.30 pm untuk solat maghrib dan tunggu sampai isya... 
Balik Hotel makan malam... kadang makan malam sebelum maghrib... terpulang kepada masing-masing.Tidur jam 11.30 malam selepas membasuh pakaian dan buat apa yang patut..Inilah kebiasaan mama. Kadang kala mama balik bilik selepas tiap solat fardu ... tengok keadaan la.

 
suasana payaung gergaji yang menguncup di masjid Nabawi

Kerja pembersihan payung gergasi dilakukan

menara hijau menunjukan kawasan Raudah

Makanan yang diberikan untuk jemaah secara packing.... ni utk makan malam..

Tuesday, 25 November 2014

PERJALANAN HAJI 2104 BHG 4

Menyambung cerita mama dan en hubby menjadi tetamu Allah... ermmm mama dapat surat yang memberitahu tarikh penerbangan haji pada 4 Ogos 2014 dengan semakan telefon ke ibupejabat TH. Surat tersebut mama ambil di TH Putrajaya keesokkan harinya. Syukur Alhamdullilah mama dapat penerbangan pertama dengan KT 01 ke Madinah pada  27 Ogos 2014.

Sebenarnya barang keperluan haji mama belum beli lagi sehingga dapat surat pengesahan penerbangan ini. Tapi jubah, telekung tu memang mama tak beli. Mama hanya beli beberapa helai tudung labuh aje. Bila dah dapat surat baru mama beli keperluan utama seperti beg besar untuk mama dan en hubby. Lain-lain keperluan kecil tu mama beli masa kursus haji perdana di Masjid Putra Putrajaya. Semua keperluan haji ada di sana. Tak banyak benda yang mama beli. Barang-barang yang mama bawa seperti yang mama ceritakan dalam episode sebelum ini.

Tu dia beg mama dan en hubby yg dah siap sedia untuk diterbangkan. Mama sarungkan beg tu dengan sarung yang mama semasa kusus haji perdana tu. Manakala tali yang berwarna oren tu kawan pejabat en hubby yang bagi. Kawan en hubby gunakan tali tu pada masa dia pergi haji dengan isterinya tahun 2013.  Lepas tu mama letakkan penanda beg dengan  perca lebihan kain batik sekolah anak mama dulu.... agar lain dari yang lain untuk memudahkan mama mengenal pasti beg nanti. Dari jauh dah boleh tau mana satu beg mama dan en hubby...

Mama dan en hubby di minta berada di Kelana Jaya jam 9 malam, walaupun dalam surat penerbangan tu menyatakan perlu perada di sana pada jam 1.30 pagi 27 Ogos 2014. Ini kerana untuk mengelakkan dari kesesakan untuk ke sana nanti.

Mama dan en hubby telah bercuti mulai 21 Ogos 2014 untuk membuat pelbagai persiapan. Macam mama kata semua persiapan mama belum buat lagi tu yang kena cuti .... lepas tu saudara mara mama dan en hubby datang menziarahi kami sebelum berangkat ke tanah suci.  

Mama dan en hubby memulakan perjalanan pada 26 Ogos 2014 selepas zohor. Hanya adik ipar mama iaitu adik en hunny dan suaminya yang menghantar mama dan en hubby. Anak-anak mama semuanya tidak dapat balik berjumpa kami sebelum berangkat ke tanah suci. Memang sedih tapi kami telah membuat persiapan mental untuk ini. Along di Kuantan, Angah di Kedah dan siteruna pulak di MRSM. Sukar untuk mereka balik sebab waktu tu tengah minggu, banyak kelas penting. Tak pa lah mama dah dapat jumpa mereka seminggu sebelum bertolak kecuali angah.. mama hanya dapat bertemu angah masa hari raya aidil fitri sahaja.... 

Adik ipar mama hantar kami ke Subang Permai rumah anak saudara mama iaitu rumah anak kakak mama yang ke tiga. Kakak dan abang mama telah berada di sana dengan keluarga masing-masing. Adik ipar mama dan suaminya balik selepas asar. Jadi anak buah mama, abang dan kakak aje yang akan hantar mama dan en hubby ke Kelana Jaya selepas solat maghrib nmenaiki hanya sebuah kereta.  Walaupun kami sampai awal, nampaknya jalan dah mula sesak. Sampai di Kelana Jaya, kami nampak ramai sanak saudara yang mengiringi keluarga masing-masing... selepas menurunkan kami mereka semua balik. Tinggalah kami berdua sahaja.... hu..hu... tak lama lepas tu  bekas pengasuh anak mama bersama  sepupunya datang jumpa kami. Sahabat en hubby dan isterinya juga datang menjenguk kami... terima kasih buat kalian. 

Suasana di Kelana Jaya makin lama makin sesak. Nak jalan pun sukar. Hebahan melalui PA sistem amatlah menyedihkan. Tidak dengar apa yang diperkatakan.... semasa di sini kami diberikan sticker untuk dilekatkan pada beg, lencana pengenalan diri, beg sandang dan beberapa cenderahati lain seperti tikar, hand scrub oleh badan koperat yang menaja....

Jam 1.30 pagi kami dah mula berbaris untuk masuk bagi urusan imigration, mendapatkan passport dan juga menimbang bagasi dan seterusnya ke dewan untuk mendengar taklimat sebelum bertolak ke KLIA.

Jam 3.30 pagi kami mula beratur untuk bertolak ke KLIA dengan bas khas yang disediakan. Sebanyak 10 buah bas bergerak menuju ke KLIA dengan escot polis trafik...Perasan mama berdebar-debar, teruja sebak semuanya ada.

Perjalanan kami lancar dan sampai ke KLIA hampir 4.30 pagi dan terus masuk ke pesawat. Mama naik Saudi Air dan tempat duduk mama adalah 2/3 dari depan atau 1/3 dari belakang.  Pesawat ini membawa lebih 450 jemaah. Mama dan en hubby tidak dapat duduk bersama dalam pesawat. Tempat duduk dalam peasawat adalah 3-4-3....kalau duduk tengah boleh dapat suami isteri. Tapi sebab duduk bahagian tepi maka hanya sepasang suami isteri aje dapat, lepas tu sepasang lagi terpaksa duduk depan dan belakang.... 

Pesawat memulakan perjalanan jam 5.40 pagi dan ianya mengambil masa selama lapan jam dan kami sampai di lapangan terbang Madinah jam 7.30 pagi wakti tempatan. Bersyukur sangat-sanagt apabila kami selamat mendarat di Madinah. Air mata mama mengalir laju masa ini Allahuakbar...Alhamdullilah urusan di imigration tidak mengambil masa lama. Dari lapangan terbang kami menaiki bas ke Hotel Movenpick lebihkurang 30 minit dari sini. Alhamdullilah perjalanan dipermudahkan dan kami sampai jam hampir jam 10.30 pagi di bilil hotel masing-masing. Mama duduk 4 orang sebilik. Begitu juga dengan en hubby. Bilik mama dan en hubby sebelah menyebelah aje.

Rakan sebilik mama semuanya dari Melaka. Mama paling muda dalam bilik ni.. yang lain berumur antara 54, 53 dan 51 tahun... syukur mama dapat rakan-rakan yang tidak banyak kerenah dan boleh bertolak ansur.


makanan dalam kapal terbang

Nanti sambung lagi ya.... cerita di masjid Nabawi, Raudah...