PENGALAMAN HAJI SECARA MUASSASAH2014

Monday, 19 May 2014

SETAHUN BERLALU

Alhamdulillah diam tak diam telah genap setahun pada 19 Mei 2014 mama menjalani pembedahan thoracotomy. Walaupun pembedahan mama mengalami komplikasi dan mama menjalani pemebedahan thoracotomy buat kali kedua pada 4 Julai 2013 mama besrsyukur ke hadrat Ilahi yang masih meminjamkan mama di muka bumi ini. Alhamdullilah. Mama masih diberikan peluang untuk bersama -sama suami dan anak-anak mama. Allhuakbar.
Kesihatan mama juga bertambah baik. Follow up mama yang terakhir adalah bulan Disember 2013 dan yang akan datang ini pada 21 Jun 2014. Insyallah jika tiada apa-apa masalah ianya mungkin merupakan followup mama yang terakhir.

chest tube yang berada bersama mama selama 21 hari....
bloody ....
sarapan pagi tiap hari hampir sebulan...
serial cxr post thorachotomy



Monday, 12 May 2014

GADGET MONOPOD



Ni la bendanya.... anak perempuan mama yang sulong beli online... aduhai anakku... teruja benar dia dengan monopod ni... mama memang tak minat pun.... ni dia order pas tu adikknya tolong bank in kan pada jumaat 2 mei yang lepas dan dapat benda ni Isnin 5 Mei ....berselfie lah anak dara mama  hi..hi...


Friday, 9 May 2014

BELAJAR KEMAHIRAN DI GIAT MARA

Terdapat pertanyaan bagaimana untuk belajar di Giat Mara...Anak mama ambik kursus fashion and dress making... untuk tempoh 6 bulan...bayaran untuk pendaftaran sebanyak RM 365.00 lepas tu kena banyar lagi lebih kurang RM 60.00 untuk 2 pasang T shirt Giat Mara..
Ealun bulanan diberikan sebanyak RM 200.00 sebulan..
Memang berbaloi kan
Tapi perlu tau makan, tempat tinggal tidak disediakan..
Banyak Giat Mara di seluruh negara yang menawarkan kursus yang berbeza-beza... boleh pilih dengan kesesuaian dan minat masing masing....

Caranya buka web site Giat Mara... di tepi kanan ada permohonan on line...klik dan isi borang tu sub mit on line..




Contoh kursus yang ditawarkan oleh Giat Mara dalam negeri Selangor....nampak ke gambo tu... kalau tak masuk aje website Giat Mara Selangor ....
Antara kursus yang ada adalah seperti berikut:
SENARAI MENGIKUT KLUSTER

KOMPUTER & IT
PERCETAKAN
FABRIK
MEKANIKAL
ELEKTRONIK/MEKATRONIK
SENIBINA
PENGANGKUTAN
ELEKTRIKAL
HAIRDRESSING & COSMETOLOGY
KULINARI
HOSPITALITI
PEMBUATAN

Kursus ini memang bagus....terutama bagi yang tidk berminat untuk belajar lagi ambillah kursus kemahiran ini. Memang boleh dapat menampung kehidupan punya... pucuk pamgkal rajin dan minat...
Anak mama daripada tak pandai lansung menjahit dah boleh buat sendiri baju kurung, baju kurung moden, blouse, skirt, baju kemeja, baju melayu, baju melayu moden, gaun kanak-kanak semuan ni cuma 4 bulan aje belajar dah boleh buat... siap dah ambik upah jahit baju kurung kawan dia lagi....